Feeds RSS

Monday, November 9, 2009

Sungguh pantas masa berlalu

Dear nice looking diary,

Syukur, kerana Balqis anak pertama aku yang sudah berumur setahun setengah itu dilahirkan dan membesar dengan keadaan baik. Ada ketikanya ada juga termenung sendiri, memikirkan amanah besar yang dipikul itu. Pastinya aku tak lupa ketika menyambut kelahirannya dulu, saat pertama bergelar bapa, terkebil-kebil melangkah saat dipanggil masuk seorang diri dalam labour room...aku masih tersangat muda, tidak tahu apa-apa tentang itu, dapat melihat wajah si kecil yang masih belum diberi nama itu detik yang terlalu istimewa, tiada perkataan yang mampu dipadankan dengan situasi itu. Detik yang beremosi itu terlalu sukar bagi aku mengawal titisan hiba itu dari menitis menyembah bumi...ku alunankan azan ditelinga kirinya, mudah-mudahan ia menjadi anak yang solehah, jauh dari bisikan syaitan yang durjana.

Banyak perkara ku pelajari sepanjang membesarkan si kecil yang kini berusia setahun lebih itu, pertama pengorbanan, setiap orang pasti melaluinya, saat dimana orang dibuai mimpi enak, bapa ini harus bangun dan berjaga menguruskan lampin berak dan susu si kecil yang baru hadir menyerikan dunia dan pulang kerja memasak untuk isteri yang berpantang. Mungkin aku ini terlalu sangat ingin berdikari, semua itu aku mahu kucuba sendiri.... sedaya upaya untuk tidak menyusahkan orang disekelilingan.. Aku tidak ingin melepaskan peluang itu, untuk menyelami perasaan ibu ayah yang membesarkan aku dahulu. Sudah adatlah kalau ia bermula dengan kesukaran. Aku bukan mahu sangat mengungkit kisah lalu, tapi sebagai sumber inspirasi, pengorbanan my mother tidak harus dilupakan, ia tetap bersama sepanjang zaman. Sepanjang berpantangnya dia, melahirkan adik-adik aku, tidak langsung aku dapat melihat dia menyentuh makanan berzat seperti daging dan sayuran, perutnya hanya sekadar berisi ikan kering bakar dan nasi putih di sepanjang hari. Berzat atau tidaklah diletak dalam syarat berpantang, padanya memadai untuk ia mengenyangkan. Bukan langsung tiada keinginan, tapi kerana kemiskinan...

My diary,

Pengorbanan ibuku itu bukan sedikit, tidak harus dilupakan dalam catitan ini. Salah satu adik , kini menuntut di Egypt, juga lahir dimusim tengkujuh seperti aku, musim yang amat dibimbangi penoreh getah seperti my mother... sumber pendapatan bukan hanya terjejas... tapi akan terputus dek kerana tiada sumber lain lagi yang mampu diusahan dengan pengetahuan yang mereka miliki. Sebab itulah, kadangkala bila keperluan mendesak, ibu terpaksa mengambil upah menebas...ambil upah memanjat pokok buahan manggis tuan tanah.. satu tugasan yang bukan langsung harus dipikul oleh seorang wanita. Kami adik-beradik masak dengan erti berdikari, memasak dan makan apa yang ada dengan sekadar. Walaupun nasib kita sudah ditentukan... bukan bererti kita harus putus asa berusaha kerana kuasa Pemurah bukan terletak pada manusia. Tidak peliklah kenapa setiap ulangtahun kelahiran, aku tidak teruja untuk menyambutnya.

My diary,

Samaada siang atau malam tak ada beza bagi sekecil itu. Tetap ianya masih lagi mahu rasa dibedung kemas seperti berada didalam perut ibunya sebelum itu, tidak selamat perasaanya dunia barunya itu. Dunia ini terlalu cerah, terlalu luas lantas ia diterjemahkan dalam bahasa tangisan... ada tangisannya kerana ingin dibelai...ada ketika tangisan kelaparan..ada juga tangisan supaya ditukarkan lampin yang baru. Tangannya akan terus menggapai-gapai, kakinya mengais-ngais mahu dibedung dan dibelai sepanjang masa.. sungguh comel si kecil itu. Tiada kemahuan apa-apa selain cukup masa dia disuakan susu. Tersedar aku hakikat ini, yang kita dulu pun sedimikanlah rupa, beriya-iya menangis, kerana inginkan kasih sayang dan belaian... alangkah malang bila ada antara kira yang dah berjaya...dia terpukau dengan keindahan dunia, dia alpa untuk membilang orang yang memberi kasih sayang suatu ketika dulu.. laju dia melangkah meninggalkan orang tuanya dibelakang, tanpa ada sebarang bentuk balasan atas kasih sayang yang diterimanya dulu..dia merasa seolah sudah mampu hidup sendiri dan tidak perlu membazir masa menyusahkan dirinya untuk orang tuanya.

Sebagai bapa aku juga gusar yang si kecil itu pun bakal dihinggapi perasaan sama seperti itu dihari tuaku nanti. Semua orang ingin jadi bapa yang terbaik untuk anaknya. Aku ini apa kurang nya, lebih kurang sama tapi terbaik mungkin dalam konteks dan definisi yang berbeza... terbaik bukan semestinya perlu ditunjukkan pada pakaian mahal, mainan mesti yang mahal. Kata motivator, anak-anak memang perlukan banyak perhatian. Perhatian yang macamana aku tidak mengerti kerana aku ada juga melihat, ada orang sekarang beriya-iya mengatakan sudah memberi perhatian anak-anak lebih dari cukup...tapi hakikat dibelakang anak-anak tidak jujur. Kita bangsa yang suka mempercayai sesuatu teori dan mengharap yang terbaik kerana yakin itu sahaja yang diperlukan dengan menolak ketepi pendidikan agama. Sebahagiannya ada yang mengambilnya sekadar yang perlu. Aku percaya model-model psikologi itu hanya Islam yang mulakan kerana kita ummat yang memang berpanduan hidupnya...penunjuk ajar kita Nabi Muhammad... gurunya iaitu Allah yang menciptakan manusia.. sudah lumrah yang pencipta lebih mengetahui apa yang terbaik terhadap barang yang diciptakannya. Lantas membuat aku ini terfikir aku mungkin lebih bercenderung untuk membentuk anak-anak tentang kerohaniannya.. Fakta yang aku percaya mampu mengawal semua itu.....bak kata orang sekarang Emotional Intelligence (EQ). Dalam istilah kita orang beragama, itu ialah akidah atau juga disebut credo... Lebih malang aku melihat bangsa kita, mendidik anak supaya jangan buang sampah merata-rata, tapi kita masih juga tak ubah sikap.. meninggalkan sampah di tempat awam... sedih betul. Aku banyak belajar contoh-contoh begini daripada orang barat walaupun EQ mereka tak seberapa, tapi intergiriti patut kita respek.

Bukan tujuan untuk meninggi-ninggi, aku memang lebih sanggup memenuhkan kereta sendiri dengan sampah yang aku kusimpan daripada membuang merata-rata ditempat awam, pertama, kerana malu kita sebagai orang islam diwar-warkan umat yang paling cemerlang dalam bab-bab kebersihan, dan bab-bab menjaga sensitiviti orang yang juga mempunyai hak keatasnya, contoh paling mudah, macam ku katakan tadi, bila kita tinggalkan sampah ditepi pantai, kita sebenarnya dah beri satu ketidaksenangan pada orang lain. Perbuatan kita dah memberikan pemandangan yang kurang menyenangkan pada orang dan itu berdosa pada aku. Aku mahu mengambil berat hal itu untuk generasi ini, kerana aku tak mahu mereka bakal menjadi penganut ajaran Islam yang tak menjaga hal-hal yang dikatakan remeh sebegitu, lalu memberi satu imej tidak baik pada orang yang bukan islam. Aku bukan memandang kebarat tapi dalam hal sebegini aku lebih menghormati orang barat. Keintergritian mereka kita tak boleh pertikaikan, contoh yang lebih jelas, kalau dipantai orang-orang barat akan bertelanjang dan tidak pula menjadi kesalahan.. jadi semua orang tidak rasa sensitif dan sedia tahu kalau mereka nak telanjang pergi sahaja ke pantai. Tapi kalau masuk dalam kereta mereka akan pakai tali pinggang walaupun melalui jalan yang tak ada polis. Mereka pakai kerana kesedaran bahawa, itu peraturan yang boleh menyelamatkan dari kemalangan bukan kerana takut disaman. Begitu jugak dalam hal lain, seperti contoh mendahulukan pedastrian..mendahulukan orang yang baru keluar lif. Cuba untuk bersikap ramah menegur orang yang tak dikenali dengan sekurang-kurangnya perkataan hai, hello atau good morning.

My diary,

Saja aku membawa Balqis kekedai pagi tadi sebagai peneman, sudah pandai dia menunjuk itu dan ini supaya aku membelikan untuknya. Aku menegurnya.. itu tak best la kakak.. lalu dia akur, Nah, cepat-cepat aku meberikan sebuku roti Gardinia coklat sebelum dia fokus dengan permintaannya.... langkahnya yang masih baru itu masih belum berimbang... seronok bila melihat dia sudah berkehandak berkejaran dengan seeokor kucing dikedai itu.. Maklumlah sudah dapat kaki walaupun dalam kondisi masih bertatih dia kini sudah pun ada kemahuan sendiri... adil sungguh Tuhan, memberi ruang untuk kita mengecapi zaman ketika tiada berkemahuan apa-apa... Sungguh pantas masa berlalu...Tak sabar pula menanti kehadiran sikecil baru, cahaya mata kedua aku untuk ditimang-timang... yang tidak ada apa kemahuan padanya!



Friday, November 6, 2009

Rindu untuk berpetualang

O.R Tambo 2009


Dear diary,

Terbayang-bayang suatu ketika dulu yang aku adalah seorang yang sangat bercita-cita tinggi walaupun SPM nya tidaklah setinggi mana. Aku mamandang teman-teman aku yang melanjutkan kesekolah yang ternama dengan satu perasaan-- seandainyalah aku ini seperti mereka yang jalannya sudah diterangi, alangkah bahagianya. Tinggi menggunung cita-cita aku itu hingga menjadikan aku manusia lone ranger, merempuh apa sahaja halangan tanpa rasa silu dan serik. Mulai saat itu aku tidak menoleh kebelakang lagi...

Tadi, lama aku merenung album digital yang ada dlm simpanan hard disk itu, hanyut seketika dalam bayangan merenung sejauh mana kemajuan yang sudah ku kepergi. Aku masih belum puas mengejar angan gilaku itu. Begitulah terdetiknya dalam doaku--aku berharap agar ada sesuatu yang bermakna dapat kutinggalkan kepada sikecil yang bakal menyambung warisan walaupun aku tidak memiliki walau seinci gambar untuk boleh ku jadikan kenangan waktu kecil dulu.

My diary,

Dulu sewaktu di bangku sekolah, niaian 20 sen pada aku cukup bermakna bagi mengisi ruang perut yang selalu dibiarkan kekosongan. Memadailah dengan menelan sebiji donat dan secawan sirap sejuk.. atau adakala aku ingin mengikut teman-teman membeli nasi lemak di kantin, aku sudah bersedia berlapar disekolah untuk sehari dua supaya esok atau lusa dapat kubeli nasi lemak kuidamkan. Aku habiskan masa diperpustakaan demi melupakan waktu rehat. Apa yang aku perasan, perangai itu terbawa hingga sekarang, ke perpustakaan walaupun bukan untuk membaca macam bukan lagi kejanggalan. Kdg2 aku saja kesana hanya pinjam buku-buku... walaupun aku tahu aku tak akan membacanya.

Berjalan kaki berpuluhan batu dari rumah kesekolah dengan kasut yang rabak. merempuh jalan lama yang berbelukar, menyusuri titian usang kecil demi memendekkan jarak perjalanan. Mengutip getah sekerap dihujung minggu bersama my mother, memetik kulat yang tumbuh dipokok tumbang selepas waktu hujan, paku pakis di belukar untuk sayuran..berak dan mandi disungai sebagai rutinan, berkongsi hasil tanaman kontang di tanah orang. 'Sebesar' itulah dunia yang kutahu pada masa itu.. tiada siapa yang menyakini dan memberi harapan apa-apa pada manusia seperti aku kerana adatnya semua orang tahu. Itulah perjuangan yang tidak siapapun akan faham kecuali orang yang melihat dengan mata hatinya, berfikir dengan akal yang dimilikinya. Semua itu bermakna buat aku.

Berpetualang

My diary,

Masih terasa moment bila mendapat berita peluang bekerja dibumi asing, mulanya aku tidak percaya aku deserve untuk semua itu. Pilot yang membawa penerbangan MAS ke Johannesburg malam itu begitu harmoni dan islamik. Aku sebenarnya tidaklah merasa kekok, kerana bukan kali pertama aku pernah terbang. Cuma beribu persoalan menyulami aku malam itu, destinasi kali ini bukan lagi KUL-KB. Tak nampak langsung kelibat anak melayu menjadi penumpang kelas ekonomi malam itu melainkan aku, selebihnya ramai penumpang ke Cape Town dan Bounes Aires. Mendaratlah aku di O.R Tambo airport keesokan hari, terkontang kanting melangkah kaki seorang diri di bawah bayu afrika selatan yang menyucuk urat-urat sendi. Sumbang rasanya langkah kaki bila berseorangan dibumi orang. Transit sementara itu melelapkan aku seketika, bila tersedar.. terasa benar kehilangan my wife dan anakku..terasa seolah mereka mencari-cari..aku baru menyedari yang rupanya aku kini berada berpuluh ribu batu jauh dari mereka. Masih ada satu lagi penerbangan perlu diambil untuk sampai ke Blantyre. Lambaian my wife dan balqis disaat menghantar di international bording KLIA semalam silih berganti diminda. Balqis masa itu baru 8 bulan. Sayu meninggalkan sikecil yang tak mengerti apa-apa. Syukur, tak begitu sukar perut melayuku menukar tabiat nasi kepada makanan ruji lain. Aku mudah menyesuaikan apa sahaja makanan, roti , pizza, potato chip, tapi ia taklah semudah mana..sebenarnya yang mengawal diri kita hanya mental. Setiap traveller memang harus bersedia mental.

3 bulan kemudian, aku pulang dgn membawa berita gembira, 3 tiket penerbangan semula ke Malawi sudah ditempah, langkah dagang kali ini diiringi anak dan my wife. Peluang apakah ini? Sekali lagi ku menginjak kaki di OR Tambo, Singapore Airline tadi tidak menyediakan sarapan pagi seperti yang aku jangka, tambahan pula sukar mendapat makanan halal di situ, nasib ada satu kedai sandwich walaupun dijual sebelah menyebelah dengan beacon khinzir. Itu aku kira tawakallah.. Pengalaman berharga ini tak akan boleh dibayar dengan wang ringgit.. Pengalaman berperang dengan nafsu untuk keluar dari kepompong 'minda kelas ketiga' seorang anak melayu.

Kalau dulu ditempat sendiri aku rasa, aku sudah berusaha lebih dari orang lain, tapi definasinya sungguh berbeza bila ditempat orang.. disini wujudnya persaingan. Disini aku sempat belajar apa itu makna urgency yang sebenarnya.. kalau kita tidak bersungguh-sungguh, semua usaha jadi sia-sia kerana kita dikerumuni ramai pesaing yang bermacam bangsa. Suatu hari aku terdengar orang yahudi cuba melobi, untuk mengambil alih kerja yg syarikat aku buat disitu. Jadi aku belajar apa itu kesusahan, dugaannya extra ordinary.. memang tiada ertinya kalau berada ditempat orang tanpa rasa sebarang kesusahan.

Aku membayangkan melayu kita yang bersenang lenang di negaranya belum pasti sanggup menghadapi semua itu kalau masih bermindakan 'keja cincai tak apa, asal cukup bulan gaji dapat' ...jika minda kita tidak segera diubah, 10 20 tahun lagi mungkin kita tak mampu untuk mengejar bangsa lain yang sudah beratus tahun maju kehadapan. Peluang itu membuka luas mataku, untuk keluar dari kepompong kemalasan, kadangkala kita perlu ambil sedikit masa merenung diri, menyelongkar rahsia bangsa lain di luar sana melihat bagaimana mereka memulakan hidup ditempat orang, tak usah jauh-jauh, kita tengan Indonesia dan bangladesh yang datang ke Malaysia. Andai kita rajin berusaha, campaklah dimana-mana pasti tumbuh. Jangan merasa hairan kalau terlihat bangsa cina dari tanah besar yang sepatah haram tak tahu bertutur Inggeris tu pun boleh hidup merata di segenap pelusuk Afrika... terus terang saja kita bangsa yg tak mahu susah-susah. Nak dapat kontrak dengan cara senang, cukup sensitif tentang hak istimewa itu walaupun berada di negeri sendiri. Markah kita lemah dalam persaingan.

Sayu aku melihat ladang-ladang gandum yang membentuk lingkaran dari corong tingkap pesawat Airbus SAA, seakan ia melambai ketika aku mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Aku meninggalkan perjalanan yang paling manis dalam hidupku. Aku pasti merindukan lawak jenaka Jean yang selalu mengusik hati, teman sekerja yang baik seperti Anthony, Mike dan Maga . Ku renung gambar-gambar kenangan itu lama-lama, membuat aku rasa rindu untuk berpetualang lagi. Destinasinya.....ku tinggalkan menjadi tanda tanya.. Wasalam.


Kepulauan Madagascar from the air



The screen...saja aku snap masa pegi first time aritu, igtkan itu pertama dan terakhir dah.

Perlukah aku menulis seperti ini lagi?

Dear diary,

Duniaku gelap suatu masa dulu, aku ini buta segalanya.. ku fikir tuhan saja membiarkan kerana ingin menduga usahanya kita.. minda dijajah oleh manusia terus menerus...aku tidak langsung terfikir aku akan jadi manusia yang berjenama.. jenama seperti cikgu, pegawai, pengampu dsb...ku fikir aku hanya mampu menyambung karier seorang penoreh getah atau sepaling tinggi pun, seorang pemuda kampung yang tak ada masa depan dengan kerja yang tidak menentu...mungkin seorang buruh binaan rumah.. atau seorang operator kilang. Tidak langung terdetik aku boleh menenjakkan kaki sejauh2 benua.. di bumi Afrika Selatan yang jauhnya berpuluh ribu batu, duduk dibawah angin sejuk 5 darjah celcius.. bersosial manusia yang pelbagai warna kulit..perbagai jenis warna mata..sehujung pelusuk holand, romania, perancis.. rasa seperti bermimpi.. tidak pernah aku berangan untuk mengejar semua itu dulu.. kerana secara adatnya mustahil daya yang aku ada ini untuk menggapai untuk semua itu. Aku kenal benar siapa keluarga hina ku ini... aku mula bangkit dengan berkongsi warna warni kehidupan, influence dari membaca kisah2 pakwattan salah seorang perantau di U.K 90an membuka tirai yang menutup minda aku yang sempit selama ini. Objektif aku berkongsi plot suka-duka aku yang mungkin ada manfaatnya untuk manusia lain... yang masih kegelapan.

Hakikatnya dunia ini sungguh menyeronokan! membuat kita tak puas-puas mengejar sesuatu.. Aku sedikit2 mencatit kisah silam yang tak putus memberi aku semangat untuk berjuang...dari sekecil2 diari hingga seluas2 blog.. menulis adalah satu keputusan mengukur pencapaian diri aku untuk dipamerkan sebagai renungan, tatapan buat manusia yang berakal.. betul atau tidak itu hanya cetusan peribadi hamba pacar yang hina. Aku bukan orang sastera yang reti mengarang kisah dongeng... semua yang ku tulis itulah realiti.. jalan yang sudah aku lalui berzaman lamanya masih belum lapuk ceritanya... Tanpa tulisan seperti itu aku bimbang kisah yang bernilai itu akan luput dari ingatan ini... rugi kalau nilai yang baik ada dalamnya pergi tanpa catatan.

Mungkin lately.. ramai yang salah pandangan.. lebih-lebih lagi aku salah seorang manusia yang pelik... tapi aku bukan lupa daratan!! Kalau benda yang kita buat betul kenapa kita nak takut. Contoh ada sikit kena mengena..ditakdirkan aku dijodohkan dengan salasilah negeri 9... pada mulanya ramai penasihat tak berbayar cuba menakutkan my mother.. aku mana peduli. Selama mana kita nak ikut telunjuk orang. Takkan keputusan hidup mati kita orang tentukan? My point, as long fullfilled syarat yang islam beri kenapa kita perlu takut, tuhan tak letak syarat negeri mana orang itu..warna kulit apa orang itu.. kita kena akui susah utk keluar dari kepompong yang menghantui generasi ini..kenapa perlu sempitkan pemikiran sampai begitu rupa. Walaupun permulaan agak pahit tapi aku percaya akan ada manisnya! Itu antara contoh warna warni hidup aku ni..

Tak semuanya cerita dapat aku diingat dengan baik, namun ada plot-plot yang aku cuma nak highlightkan sejarah suka dan duka aku itu hidup sebagai pendatang, stranded dibumi asing...yang mana setiap detik cukup bermakna kerana didalam itulah adanya pelbagai kisah, dari sebesar2 perjuangan kami untuk menjadi seorang manusia yang yang diiktiraf warganegaranya hingga sebawah-bawah pengiktirafan iaitu pengiktirafan manusia yang mengukur jurang kefakiran membuat tidak layak untuk kita mendekati mereka dan orang ini, kini mula2 menyebut keberuntungan yang kami raih..tanpa memandang zaman air mata yang dilalui... tiada apa rahsia untuk dibongkar melainkan sabar, rajin, usaha dan tawakal. orang kita sememangnya 'pelupa' dalam setiap kejayaan pastinya ada zaman jerih payah.. Permulaan kehidupan itu penuh dihantui ketakutan...gelap gelita hidup tanpa sebarang petunjuk.. hidup dalam keadaan masyarakat hanya semata-mata menilai manusia atas dasar duit bukan ilmu pengetahuan. Mereka tidak bersalah...cuma aku tiada bukti yang menyatakan duit adalah bukan pengukuran yang adil untuk manusia itu mulia atau tidak. Wassalam.

Saturday, October 17, 2009

Basic Math for SciFi geeks

Kill the Queen
An Alien queen can lay 2.5 eggs per minute. You have 13 soldiers in your platoon. On average, a soldier will kill 4.2 face huggers before one lands on his face. How much time do you have to get to the egg room and destroy the eggs before your entire platoon is impregnated?

Death Star
You are in an X-wing fighter going full speed. You must release your photon-torpedo and hit an exaust port that is only 2 meters wide while dodging TIE fighers. At what distance from the port must you release your photon torpedo?

Boxcar
Lets say that there is a box car that is 60 feet long. One third of it is across the switch. Okay? And now another train is coming. How far do you have to move the box car off the track so that the other train doesn’t smash it? Quickly, there are thousands of lives at stake.

Replicants
Which of the following is a replicant?
A. A man who dreams of unicorns.
B. A girl who can play the piano without ever having a lesson.
C. A man who makes origami unicorns.

Answers:

Kill the Queen
If each soldier kills 4.2 face huggers before getting an Alien Facial and you have 13 soldiers then simply multiply 4.2 X 13 = 54.6. But this isn’t the final answer because you must have one soldier to survive to take on the Alien Queen. So there can be no more than 53 eggs in that room when your soldiers arrive. That being the case you have 53 eggs divided by 2.5 eggs/minute which is 21.2 minutes to get to the egg room.

Death Star
It’s a trick question. It can’t be done without using The Force

Boxcar
20 feet. Unless you want to see a crash then don’t move the boxcar at all.

Replicants
Both A and B. Reason: Person C knows that person A dreams of unicorns. How? Because person C knows that A is a replicant and all replicants of that type dream of unicorns. Obviously a person who can play the piano without ever having lessons is a replicant because her memories come from another person.


Credit http://offtopic.polygeek.com

Tuesday, October 6, 2009

Ukhwati.. Kemanakah pergi rasa malu mu?

Jiwaku seorang muslim terguris pilu, tatkala terlihat pergaulan remaja kian hari yang sungguh telah jauh dari norma-norma agama. Kita sering melihat wanita zaman ini tidak lagi mengindahkan peringatan-peringatan yang telah diajar oleh Nabi kita Muhammad S.W.T dalam hal berpakaian.

“Dua golongan termasuk penghuni neraka, aku (sendiri) belum pernah melihat mereka,.........dan wanita yang berpakaian (tetapi) hakikatnya telanjang, yang berjalan lenggang-lenggok, kepala mereka (ada sesuatu) seperti punuk unta yang bergoyang-goyang. Mereka tidak akan masuk Syurga, bahkan tidak mendapatkan baunya padahal bau Syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian ( HR Muslim no. 2128 )

Renungkan, cara berpakaian mereka sudah begitu jauh dari nilai kesopanan, berpakaian tapi pada hakikatnya bertelanjang? yang dengan jelas dapat menggambarkan tiap lekuk-lekuk tubuhnya tanpa perasaan malu sedikitpun.

Ukhwati...” untuk siapa harusnya engkau menampakkan semua itu...”? “Untuk siapakah engkau seharusnya berhias...”?

“Apakah dirimu rela, kecantikan yang kamu miliki itu dinikmati oleh orang-orang yang dekat dan yang jauh darimu?”. ?”. “Bagaimana engkau mampu menyelamatkan dirimu dari semua renungan tajam serigala buas yang bertopengkan manusia?” “Relakah kamu menjadi umpama barang dagangan yang murah harganya, bagi semua orang, yang mampu dibeli oleh yang jahat ataupun yang terpuji?”. “Mahukah kamu, jika dihargai dengan nilai yang serendah itu?”

Ukhwati...engkau amatlah mahal dan berharga sekali. Pernah atau pun tak terlintas dalam benak fikiranmu, bagaimana seorang pembeli membelek-belek barang yang ingin dibelinya? Jika dia tertarik dan berhajat untuk membelinya, lantas dia akan meminta penjual agar diberikan barangan baru yang sama jenis yang masih tersusun elok di atas rak. Dia ingin supaya yang barang dibelinya adalah barang yang belum pernah disentuh oleh siapapun.

Renungkanlah perumpamaan ini dengan baik. Dari situ, engkau akan tahu betapa berharganya dirimu, yaknilah.. engkau menyembunyikan apa yang harus engkau sembunyikan berdasarkan perintah Allah Ta’ala.

Ukhwati...hadirkanlah hatimu sejenak, buanglah jauh-jauh rasa egomu, bersihkan jiwamu dari bisikan nafsu yang keji kerana ingin ku ajak dirimu untuk mengarungi samudera kisah nyata yang bertaburan hikmah didalamnya.

Disini aku ada cerita, cerita seorang artis terkenal, yang datang di satu negara Arab. Untuk menghiburkan sebuah majlis di negara tersebut.

Salah seorang wanita solehah menghubungi artis tersebut melalui telefon. Dia ingin melaksanakan peranan amar ma’ruf nahi mungkar. Segera ia mencari nombor telefon bilik hotel di mana tempat artis itu menginap, setelah menenemuinya, segera dia menghubungi. Selanjutnya terjadilah dialog seperti dibawah ini:

.....

Ukhti : Kami sangat mengalukan kedatangan awak di negeri kami. Kami sangat gembira atas kehadiran awak disini. Harap awak sudi menjawabnya.”

Artis : “Terima kasih, tanyalah!”

Ukhti : “Jika awak memiliki barang yang berharga, dimana awak akan menyimpannya?”

Artis : “Pastinya ditempat yang khas, dan saya akan pastikan saya menguncinya sehingga tidak seorangpun boleh mengambilnya!.”

Ukhti : “Jika sesuatu itu barang yang paling berharga sekali, dimana awak akan menyembunyikannya?”

Artis :” Ditempat yang sangat khas, sehingga saya pasti ia selamat dan tidak ada satu tangan pun yang boleh menyentuhnya.”

Ukhti :” Apakah sesuatu yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang yang bergelar wanita?”

Artis : (lama tiada jawapan)

Ukhti : “Bukankah kesucian dirinya merupakan sesuatu yang paling berharga yang dia miliki?”

Artis :” Benar, sesuatu yang paling berharga milik wanita adalah kesuciannya.”

Ukhti :” Apakah sesuatu yang amat berharga itu boleh di pertontonkan kepada umum?”

Ukhwati...semoga kisah ini membangkitkanmu dari buaian nafsu syaitan yang telah lama membuai mimpi-mimpi tidurmu, jika tidak pun, maka sedarlah boleh jadi kematian akan menjemputmu setelah setahun, sebulan, seminggu, sehari, sejam atau sesaat kemudian nanti, semua itu tidak disangka-sangka, selama kamu tidak pernah tahu bila ajal bakal menjemputmu. Kematian tidak hanya mengetuk pintu orang yang sakit, tidak juga hanya kepada yang berusia, tetapi juga mereka yang hidup sihat, dewasa, anak muda bahkan anak kecil yang menyusu di pangkuan sang ibunya, sedangkan dirimu masih dan masih dalam keadaan kehilangan rasa malu.

Kempen Menutup aurat Kelantan.


Sumber: Diubahsuai dari artikel asal . Credit setingginya kepada penulis asal.

Monday, October 5, 2009

MUST LISTEN: Kenapa setiap muslim perlu bahasa arab?

Nouman Ali Khan is the Bayyinah Arabic Institute (www.bayyinah.com) lecturer. He gave this speech in Houston, Texas explains the importance of studying Arabic for comprehension of the Quran. And he discusses the pitfalls of many techniques used by students. Finally, he describes the advantages of the methods used by Bayyinah. A must-see for any student studying Arabic to better understand the Quran and Islam. For ummah..listen deeply.



P/s: Lecture yang sangat memberi kefahaman kepada saya dan mungkin kepada anda tentang kenapa kita perlu mengambil tahu bahasa arab.

Sunday, October 4, 2009

Jodoh adalah milik-Nya

Salam ukhwah..

Sebagai hamba Allah Ta'ala yang beriman, kita kena merasa yakin bahwa Allah Ta'ala adalah satu-satunya tempat untuk kita bergantung dari segala bentuk kekurangan kita. Kita akan merasa tenteram, tidak gusar dan berperasaan yang lain kerana semua milik, cita-cita dan keinginan kita sekiranya kita pasrahkan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala, pastinya ia perlu diiringi dengan ikhtiar dalam menempuhi pencarian kita, bukan pasrah
semata-mata tanpa ada niat sedikitpun untuk meraihnya.

Contohnya, dalam masalah jodoh, jodoh memang tidak jatuh dari langit begitu saja, tanpa usaha mencarinya ia mustahil itu diraih. Oleh itu jangan kita terlalu merasa sedih dan bimbang apalagi merasa takut masih belum dipertemukan jodoh kita, jodoh adalah milik Allah Ta'ala, Dia yang berkuasa atas semua itu, kita harus yakin dengan keyakinan yang tiada tolak bandingnya dalam bab jodoh dan selebihnya ia telah pun ditetapkan oleh Allah Ta'ala sebelum menciptakan dunia ini.

Rasulullah S.A.W bersabda, " Allah Ta'ala telah menetapkan takdir seluruh makhluk-Nya lima puluh ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. " ( HR Muslim ).

Jangan merasa sedih dan berkecil hati tentang jodoh kita itu. Jika Allah Ta'ala yang telah menetapkan jodoh buat kita, sejauh manapun ianya dari kita pasti kita akan menemuinya, sebaliknya jika Allah Ta'ala belum menetapkan seseorang menjadi jodoh kita, meskipun dekat, mustahil untuk dia menjadi pasangan hidup kita.

Oleh sebab itu bersabarlah, jangan lah pernah antara kita mengkritik; dengan siapa kita akan dijodohkan atau siapa yang akan menjadi pendamping hidup kita, yakin dan optimislah, selalulah memohon kepada 'Yang memiliki jodoh' iaitu Allah agar kita dipertemukan dengan seseorang pasangan yang terbaik sesuai dengan pilihan Allah Ta'ala.

Kewajipan kita adalah berserah sepenuhnya kepada-Nya dan jangan berputus asa dalam pencarian tulang rusuk kita yang hilang dan pastinya dengan cara-cara yang sesuai batas-batas syariat yang telah ditetapkan oleh agama kita ini.

Wallahu A'lam

Oak Ma Ten..

Monday, September 28, 2009

Macamana raya bro?

Assalam,

Dah lama tak mengemaskini berita, padahal kerja akunya tak ada lah sangat, bizi memikirkan pelajaran, pening dengan macam2 hal, biasalah kalau dah bekerluarga namanya... mcm2 komitment nak kena hadapi, sikit sebanyak terjejas moral, tak berapa nak cergas. Itulah cabaran namanya.

Oh.. ada berita baik. Tahun baik bulan baik aku berhajat nak memperdalamkan lagi dalam pengajian islam, cita-cita ini sudah lama terpendam dibenak aku ni. Kebetulan, minggu inilah aku kena duduk arabic placement test, sudah lama tinggal bahasa arab ni, boleh ke aku agaknya ni? Tulah, memang tak rugi sekolah arab dulu, asas bahasa arab yang aku ada ni, buat aku layak amik kursus Dakwah dan Usuluddin dekat MEDIU. Kursus ni just part time je. Takpelah aku nak belajar sampai tua. Jadi apa pun tak apa.

Degree in Math macam biasalah, kejap on kejap off, teruk betul perangai off on aku ni, portal USM pun dah berapa lama tak berlogin...malas betul melayan karenah online2... ada satu subjek tu aku nama aku tak ada dalam assingment list. Dah penat email lecturer tu, kata saja semua nak dionlinekan...email tak der pulak respon.... malas dah nak melayan, tune study aku pun dah lari... moral tak der beb, malas betul nak ulangkaji. Cuti raya berminggu2 tu tak ada buat apa2. Aku bawak je kehulur-kehilir notes dalam keta, banyak sangat la bro benda lagha ni.... dua tiga saaat je bukak buku, kejap je tangan merayap ke internet, kejap aku gi tv, kejap internet. Hapo nak jadi? Come on aku.. wake up.

Oklah, aku menerpaksa blah dulu ni... Ni gambar terbaru cik Balqis, ada tu dekat terengganu, ada tu gambar dia dekat open house my friend. Kalau nak layan lebih banyak gambar, add la daku di facebookmu cekedess(at)gmail.com. Selamat Hari Raya!

















Oak Ma Ten..

Thursday, September 17, 2009

Selamat tinggal ramadhan...

Assalam,

Tinggal lagi 3 ke 4 hari nak raya. Tahun ni balik ke Kelantan lagi ummi. Ini keputusan ummi, Tiap-tiap tahun pun kami beraya Kelantan dahulu....aku dek kerana tak mahu mana-mana tersinggung awal-awal dah bagi ummi buat keputusannya sendiri. Pada aku tak kisah pun beraya dimana dulu, asalkan balik jenguk orang tua tu. Tetiba ummi bertegas dengan keputusannya untuk balik Kelantan juga memandangkan family aku tu, mana ada sanak saudara kat Malaysia ni, kalau dah semua orang tak balik, mek hanya sambut raya dua tiga beranak tu jela, itupun kalau orang egypt balik. Moga ummi dapat pahala tak terhingga atas pengorbanan yang dibuatnya ini.

Masa balik puasa dulu, dah siap2 tnya kalau kami adik beradik bertiga tak ada yang balik, mek tak nak buat apa-apa untuk sambut raya, ketupat palas nasi dagang gulai itiknya tu. Selalu bertungkus lumus dia dgn masakan tradisi dia tu. Di sebelah kelantan, lemang dan dodol bukan kebiasaan. Melainkan aku, tak ada siapa pun boleh buat keputusan, tapi aku tak kisah sangat bab ni. Tak balik raya, hari lain pun boleh balik... orang tua-tua ni psikologi kena pandai treat, kalau tak nak cepat kena demam-demam, sakit sana sini kalau dgr anak-anak tak balik raya. Mana2 belah pihak pun sama, baik belah saya, baik belah ummi.


Teringin beraya Bahau.

Balik sini pula, tak sempat beraya dengan cucu, balik sana tak da orang balik beraya. Bahau masih belum merasa raya pertama dengan kami. Aku pulak teringin juga rasa kemeriahan belah Bahau dengan lemangnya, dodolnya. Kesimpulannya aku tersepit kat tengah-tengah.

Puasa Dah Nak Pergi

Sekejap je rasa Ramadhan dah dihujungnya... ibadah aku ni langsung tak meningkat-meningkat. teruk betul rasa. 10 malam terakhir tak da langsung semangat nak qiamullai. Mula-mula bukan bersemngat nak khatam quran, dah sampai tengah-tengah, tidur pun lebih. kenyang pun lebih. Asyik dok menghadap makanan sampai lupa nak beribadah. Tarawikh pun hancusss.. Sedih la weh..


Gath Iftar di noodles station

Fati sebagai host untuk buat gathering geng masa belajar dulu, facebook kadang-kadang tu bermakna jadi medium untuk benda-benda maccam gathering ni. Ramai geng-geng lama dulu, berkumpul. Untuk yang single2 tu mudah tak der bnyk halangan nak join gath mcm ni anytime.. tapi yg bekeluarga bnyk komitmen ni... nasib-nasib saja. Alhamdulillah boleh luang masa kerana kebetulan Ummi pun halfday haritu, boleh balik ambil balqis dkt taska, tempat kerja pun tak jauh dengan Alamanda. Terima kasih pada cik Fati.



Balqis dan playground

Balqis sekarang ni pantang nampak playground, mata melilau2.. kat mana pergi kalau tempat tu ada playground mesti kena bawak dia main kalau tak nak dia buat hal. Aduh macam-macam perangai anak perempuan sorang ni. Jalan pulak tak mahu, bukan tak reti , tapi dia penakut sikit, dah boleh la lepas-lepas tangan tapi tak nak bergerak pulak dia. duduk je situ sampai dia rasa tak balanced :)


Sekian dahulu, SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami al-fatani sekeluarga (Firdaus, Leen & Balqis).

Oak Ma Ten..

Ragam Datuk Nazak



Sunday, September 13, 2009

Lemak manis santan kelapa

Lagu ni sedap didengar untuk sapa yang suka lagu-lagu rakyat memang tak bosan, ada macam-macam alat musik diguna yang best aku suka bunyi-bunyi gamelan dia...


Lemak Manis - Roslan Madun


Lemak Manis (Lagu Rakyat)
Roslan Madun

sopan -santun,
anak melayu,
senyum terukir ...
senyum terukir ...
bila disapa.

dalam pantun,
kukirim rindu,
rindu mengalir ...
rindu mengalir ...
di dalam kata.

chorus:-

lemak manis ... alah amboi-amboi,
santan kelapa ... alah amboi-amboi,
kupandang- lah manis ... alah amboi-amboi,
anak siapa? ... (2x)

pohon sena,
pohon meranti,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
buluh perindu.

adik di sana,
abang di sini,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
rindu menderu.

(chorus)

hujan di hulu,
tak reda-reda,
ribut lah turun ...
ribut lah turun ...
bertalu- talu.

abang di hulu,
adik di kuala,
kuhanyut rindu ...
kuhanyut rindu ...
dalam perahu.

(chorus & end)




Oak Ma Ten..

Thursday, September 10, 2009

Bila orang bercakap mengenai baju raya

Assalam,

Apa khabar teman,

Ramadan sudah pun hampir kepenghujung, baju raya tahun ni macamana? pasti ada yang dah siap ditempah sebelum ramadhan lagi tapi aku dan isteri belum bercadang nak beli apa pun. Agaknya ummi pun sudah sampai ke tahap tak kisahnya tentang hendak berbaju raya ni. Apa nak buat, ekonomi tahun ni merundum teruk. Tambah lagi isteri yang bakal melahirkan anak ke dua kami dipenghujung tahun ini nanti.

Ada seorang kawan masa belajar di sekolah rendah dulu. Nama dia Ibrahim. Dia anak yatim... tak macam aku yang ada ayah. Keluarganya susah mungkin lebih tegar dari keluarga aku. Seingat-ingat aku baju sekolah dialah lah yang dijadikan baju rayanya, dek kerana tak ada sangat baju baru untuk dipakai. Itu cerita ibrahim, berbezanya dia dengan aku, disekolah dia tercicir..ikut pelajar bermasalah, merokok. Aku kalau tak kerana mek yang buta huruf tu dok paksa siang malam mengaji.. pasti tercicir sama. Orang kata kalau kita baca quran selalu hatinya cerah. Mungkin ada cahaya yang mengiringi jalan aku untuk sampai ketahap ini. Kesian Ibrahim, entah apalah nasib dia sekarang...

Walaupun aku ni tak setegar keluarga Ibrahim, tapi kami pendatang dimata orang. Duit sentiasa tidak cukup untuk memenuhi kehendak kami adik beradik tambah lagi musim perayaan dulu hendak masuk waktu musim buka sekolah. Baju raya yang sudah bertahun dalam almari itulah yang menjadi penyeri raya sehingga dua tiga musim. Mek memang sengaja telah siap-siap beli saiz yang besar. Bermula saat itu aku langsung tidak kisah akan baju raya, kalau kakak aku dibeli baju baru, aku tak berhajat untuk ada baju baru. Aku hanya sangat berhajar nak kumpul duit raya, untuk beli mercun. Sebagai budak-budak dizaman tu, orang yang memiliki mercun umpama raja, kanak-kanak lain akan mengekori sahaja kemana pergi untuk bersama-sama berseronok. Tapi itu dulu...

Balik hari ni, masuk kealam ibubapa ini, aku rasa tak sampai hati untuk anak kita tak berbaju raya dihari raya. Mek dulu-dulu dia tak mampu, tak apalah, itu sebab bila masuk sahaja raya sekarang ni, dia selalu tanya aku, baju raya dah beli ke abe... dalam kepalanya dia memang berhajat untuk belikan untuk aku. Kesian pulak bila tengok dia bersusah payah, tapi mek kini bukan mek dulu... jauh berbeza. Sudah 2 tahun mek membeli baju raya untuk aku. Aku rasa terharu, melihat gelagat mek, bila nak masuknya raya. Mulalah dia tanya dok menanya aku, baju raya macamana. Excited dia hendak belikan cucunya Balqis baju raya. Dah dua pasang dibelinya... kedua-duanya pink. Aduh boleh tahan jugak citarasa mek.

Salam 21 Ramadhan.












beraya pakai baju sekolah.

Oak Ma Ten..

Tuesday, September 8, 2009

Luahan seorang ibu. sayu dipenghujung ramadhan



Hargai pengorbanan ibu bapa anda sementara mereka masih ada..

Salam 16 Ramadhan.

Oak Ma Ten..

Sunday, August 23, 2009

Dugaan itu ntuk orang seperti aku

Salam 2 Ramdhan,

Ramadhan kau datang lagi, apalah catatan buku amalan aku yang dibawa naik kelangit tahun ini, berapalah kalau nak dikira akan markahnya? Mudah-mudah pointer amalan yang baik tahun lepas melebihi amalan mungkarnya. Duhai kawan, ku ingin berpesan pada diriku dan semua, ayuh manfaatkan bulan istimewa ini dengan amalan-amalan sunnat, bersedekah pada yang tak bernasib baik. Demi melakari warna warni dunia sebagai seorang yang hamba Allah, aku sebolehnya mahu menostalgiakan Ramadhan itu satu kenangan yang sukar dilupakan. Hari pertama puasa tahun ini aku berbuka dengan ondeh-ondeh dan ayam percik yang aku buat sendiri. Kuingin puasa tahun ini menjadi cerita suatu hari nanti. Ramadhan datang dan pergi wahai teman, tapi nostalgia tidak pernah pergi dalam kepala ini, ingin sahaja di coretkan semuanya, agar tulisan ku ini menjadi ratapan untuk anak-anakku dimasa hadapannya. Apanya yang beza puasa orang dulu dan sekarang? Bagi orang zaman ini, tidak ada bezanya, arus kemodenan menenggelamkan sejarah, menyukarkan generasi sekarang menggambarkan sesuatu berlaku di 10-20 tahun dulu. Waktu kita dikampungan, keanak-anakkan... waktu meliang lintuk untuk dikejutkan bersahur.

"Assalamualaikum... Ni sedikit ayam sedekah oleh cikgu napi."

Bila tiba Ramadhan, ini lah yang aku kalimatkan setiap kali terpacak di depan rumah orang yang namanya telah disenaraikan oleh Chik, isteri kepada cikgu Napi. Ditugakan mengambil dan mengedar kepada 4 buah rumah sehari, sepanjang bulan puasa itu.. sangkaan aku barangkali ayam-ayam ini untuk menzakatkan harta mereka yang banyak itu. Bukan semua orang aku kenali dikampung itu, dek kerana pengalaman menghantar kuih yang aku ada inilah, malu itu sudah jauh kulontarkan pergi. Muka tebal inilah...kehulu kehilir dengan basikal mini bilaman kawan-kawan sudahpun pandai kesana kemari bermotosikal ex5, Yahama SS kepunyaan mak bapa masing-masing. Tapi aku ini sanggup, menggadaikan waktu bermain, bila mana orang bertanyakan aku ni anak siapa, aku kenalkan mereka aku ni anak Kak Som Man Maggie. Itu gelaran famos ayahku dikampung itu. Adalah tu sejarahnya...tapi tak pula aku selongkari. Dan aku dapati, nama aku menjadi tersohor, meniti dibibir orang kampung. Berjuruh kata mereka. Sanggup menggadaikan masa bersuka ria seperti budak-budak lain, demi keluarga. Aku berkayuh basikal, mula dari rumah Pok Man nun sebelah kubur hingga ke hujung kampung jiran sebelah yang tidak langsung aku kenal orang-orangnya.

Merantaunya aku ke Kuala Lumpur untuk mencari ilmu, projek tahunan Tuan aku itu dihentikan dek kerana tak ada penggantinya seperti aku, tak ada siapa yang hendak ambil upah macam aku buat. Bagi Ibubapa, budak-budak macam baya itu buat apa bersusah-susah memikirkan soal duit perbelanjaan macam aku, bimbang anak-anak mereka diperhambakan orang, demi duit upah yang tak seberapa seperti aku dapat. yang pasti untuk menjaga air muka keluarga. Sempadan itulah yang menyempitkan minda orang kita. Lagipun bagi orang tempatan... tidak ada apa sangat kerja macam aku buat tu. Bila sahaja anak orang seperti aku yang pernah buat kerja tu, mustahil untuk orang lain buat, kerja tak ada kelas, melabelkan kerjaitu kerja anak pengemis yang mengemis di negeri orang, kerja budak-budak miskin yang ibubapa tak mampu tanggung anak-anak bersekolah. Macam kita sekarang memandang Indon, Bangla... yang buat kerja-kerja yang orang Malaysia kita tak nak buat. Orang kita ini memang suka sangat memandang rendah kerja orang dan melebelkannya dengan yang tidak sepatutnya..

Demi ibu bapa yang sudah lama hidup menderita ditanah orang, aku tak mahu jadi anak yang hanya makan minum dan serba serbinya ditanggung oleh mak bapa yang sudah sedia susah.. aku sanggup memikul sebahagian tanggungjawab mencari rezeki daripada keluarga untuk tanggung adik-adik dan kakak, kalau tak banyak mungkin memadai dapat beli baju raya yang dibeli dari upah yang aku dapat. Setiap kali ramadhan tiba, hendak berniaga sate seperti biasa mana pula kedai kopi buka, kecualilah bila ada tapak kedai orang yang ingin ditumpangkan kuih di gerai ramadhan mereka, mek buat kuih muih untuk dijual, itu pun terpaksa pilih kuih-kuih yang orang lain tak buat. Selalu...mek dan kakak aku bertungkus lumus dengan karipap dan popianya. Tugas aku seperti biasa sebagai penghantarnya...kayuh kesana kemari.. menghantar dan mengutip saki baki kuih yang tidak habis dijual. Karipap mek itu pernah menjadi sebutan suatu masa dulu.

Begitulah sebahagian kisah ramadhan aku zaman sekolah dulu.

Bersambung harapnya...

Atas Singapore Airlines
travel from JNB to SIN


Oak Ma Ten..

Wednesday, August 19, 2009

Merdekakan fikiran



Oak Ma Ten..

Si Karim Kuala Pilah - Selok kero nok sssuko

Aku boleh email dekat group tadik, dengar dengar speaker.


video

Oak Ma Ten..

Postgres dan MySQL dan ke-enterprising-nya

Banyak kalau nak kena compare, tapi aku pergi kepada kesimpulan terus. Kerana aku lebih suka postgres sebab aku sudah terbiasa dengan sybase ASE, dengan postgres pun boleh support partial indexing. Kegunaan partial indexing ni bilamana kita nak query dalam conditon where clause terdapat dua atau lebih conditions, querynya lebih cepat di execute.

Query akan lebih laju itu yang penting. Komplen aku mengenai kedua dua jenis database ni, amat tak seswai untuk kegunaan enterprise. Lebih-lebih lagi mySQL, kerapkali berhadapan dengan data crash issues. Bab ni aku belum try dekat postgres lagi, tapi mengikut pembacaan aku ramai yang kata postgres ni ok dalam menyokong server load untuk insert update ni.

Fungsi kegunaan yang terbaik untuk kedua2 database ini bila aku buat analisis, sangat realiable untuk buat web application yang tak memerlukan banyak orang insert update. Lagi banyak user yang nak insert update lagi risiko database tu untuk jadi gila. Silap haribulan, meletop server.. hahahhaha lawak saja tu. tapi yang pasti, kebiasaannya server akan down. Compared to Postgres, MySQL memang ternyata laju untuk query select sahaja. Tapi jangan silap tanggapan yang postgres ni slow sebab featurenya yang banyak tu, kita boleh create stored procedure, buat partial indexes, union dan statement yang lebih ringkas.

Jadi above all, untuk enterprise punya projek, kita tak boleh nak compare dengan opensource punya barangg.. tak boleh nak bawak bandingan macam tu, open source DBMS tu sekadar buat projek ringan-ringan saja. Macam sistem yang ada dekat telco, banking tak termampu ditanggung oleh opensource.

Untuk enteprising kan sesuatu projek, pada pendapat aku dan ramai juga yang setuju, Sybase ASE terbaik. Sori kalau ada penggemar microsoft disini, Sybase boleh support kebanyakan OS yang ada kat pasaran termasuk SUN OS, aku pun guna window juga jarang-jarang. Tapi sybase powerrr ribu kali ganda power... harganya mahal sikit dari MSSQL, tapi aku download free je untuk developer edition. Kalau untuk kegunaan development boleh la.

Harap artikel ini membantu mereka yang masih keliru dengan kegunaan DBMS opensource dan enterprise.

Hingga bertemu lagi.


Oak Ma Ten..

Monday, August 17, 2009

Contohi kejayaan Siti Fatimah




Oak Ma Ten..

Sunday, August 16, 2009

Mengingati Mati

Shiekh Feaz



Brother Jalal



Oak Ma Ten..

Friday, July 24, 2009

Meruntun jiwa dengar lagu nih.

I'm going to share you a very meaningful song from Ahmad Bukhatir, titled Forgive me. I like this song. Listen it up then..



Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Oak Mah Ten..

Friday, June 12, 2009

Ziarah ke Mangochi

Kerana menulis blog bukan tugasan yang wajib untuk saya tunaikan, jadi tak mengapalah kalau sudah sebulan saya berjauhan dengan arena blog ni, dan kini saya disini kembali. Dunia blog sungguh berbeza harini, menyampaikan apa yang hendak disampai boleh dilakukan setiap saat hanya melalui blog masing-masing...peranan blog ni seingat saya zaman tingkatan 5 dahulu, jadi sekadar tempat menulis apa aktiviti harian kita.. sebab itu asal namanya web log... Harini aliran penulisan blog seiring dengan minda manusia suka kepada inovation untuk mecuba sesuatu yang baru. Manusia teruja untuk berkongsi cerita kehidupan mereka kepada dunia dengan cara yang komersial dan non-privacy. Iaitu menulisnya di blog. Mekanisma yang digunakan, menjadikan masyarakat blog (penulis) terikat untuk menghidangkan para pelawat blog yang mahu mendengar panglipurlara mereka setiap hari. Keterikatan itulah yang mula menjadikan masyarakat blog mula hanyut dengan dunia mereka dan mula menjauhkan diri dari dunia realiti. Namun kita tak dapat sekat kemahuan itu, lebih-lebih lagi orang harini bercakap-cakap tentang kehebatan blog masing-masing. Masing-masing sibuk mengumpulkan ribuan-jutaan followers... Itu tak temasuk lagi F.B, F.S. Namun ramai juga yang memanfaatkannya dengan baik.



Kami bertiga bersapau di sekitar Mangochi (Malawi Lake), jarak perjalanan sahaja memakan masa 3 jam dari bandar Blantyre. Kerana saya tidak arif langsung jalan ke situ saya meminta Siliva, chief driver TNM, untuk memandu kami kesana. Melalui pekan Zomba, dapat lah tengok gunung dia, Zomba Mountain ke dua tertinggi selepas Mulanje di Malawi ni. Dengan perjalanan yang beratus kilometer dengan dapatlah kami bertiga menikmati pemandangan kampung-kampung di Malawi ni dan bukit bukaunya yang mengagumkan. Isteri saya sangat teruja dengan pokok BoaBoa yang sebesar 7-8 pemeluk, maklumlah inilah kali yang paling jauh dan lama saya dapat bawak jalan-jalan melihat the real afrika... dan tiba-tiba haritu dapat tengok BoaBoa. Kami waktu itu melalui satu kawasan savana, kering tempatnya tapi panasnya tak terik sangat. Walaupun savana, tapi tak da nampak binatang liar pun. Hanya pokok-pokoknya sahaja yang menggambarkan itu kawasan itu savana, cuma adalah satu tempat tu, bila betul-betul kami berada sempadan Mozambique, Siliva memberhentikan kereta kami, turun dan menuju ke tempat orang ramai berkumpul, katanya seperti ada Hippo yang baru keluar dari tasik berdekatan. Dapatlah tengok secara live badak hippo tu, tembam setongkol macam Balqis.. tak tahu mana arah nak di tuju.

Sampai sahaja di lake, masa tu, dah pukul dekat pukul 1 dah, sempat spent 1 jam jugak dekat situ. Tak tahu nak describe tempat nya, cantik dan aman, angin sepoi-sepoi bahasa, tasiknya berombak. Dah bosan bergambar, balik. Singgah dekat satu louge berhampiran untuk makan ikan Chambo... ikan tu nak tahu kat tasik Malawi ja ada. Memang harga tak padan kalau nak beli kat Blantyre, kat situ harga murah lah sikit tapi masih mahal kalau nak banding tempat kita. Pada Orang Malawi ikan tu makanan yang mewah, kat luar dari Mangochi ni tak berpeluang nak makan ikan selalu macam kita....

Ada satu minggu lagi kami di sini, hari ini sabtu terakhir kami disini. Saya luangkan masa bawa dorang keluar lagi, kali ni meronda-ronda pekan Blantyre kemudia ke Tyolo Road yang pernah saya ambik gambar dulu, melalui ladang teh yang menghijau dan satu pekan yang menjual sayur-sayuran segar. Berhenti kat pekan tu, cik ummi nak tengok kain-kain untuk beli buat balik, satu pengalaman yang best untuk dia, berada di tengah-tengah orang-orang afrika kawasan yang penuh dengan penjaja-penjaja. Kotor dan berdebu sangat tempat tu kalau nak banding pasar tempat kita yang lengkap serba-serbi. Dorang menjaja atas tanah macam tu saja. Tak sempat nak berlama-lamaan... risau keadaan berdebu tu beri kesan kat Balqis. Ummi nampak sungguh tersenyum dengan kain-kain yang dibeli. Nasib tak baik betul minggu ni minyak kereta kena isi sendiri, sebab dua minggu sebelum tu, saya dah mengahabiskan setangki allocation minyak TNM untuk kereta tu untuk berjalan ke Mangochi. Minyak kereta sini satu tank RM400... Kalau tank tak kosong, mahu sampai ke Mulanje pulak lepas tu. Eceh..sangat lah jahat idea saya ini...berkomplot dengan Ummi Balqis untuk perabiskan duit TNM.

Apa pun harap orang yang membaca terhibur dengan cerita saya yang malas nak menulis ini, kalau tak terhibur, pandai-pandailah hiburkan diri masing-masing ya!

Gambar-gambar yang sekadar ada ini ......berjanggut nak upload.




Sekian dulu dari kami di perantauan,
Abbi Balqis & Family

Thursday, May 28, 2009

Kota Konstantinopal & Berita Malawi hari ini

Salam Blog,

Hampir berbulan-bulan saya ditimpa penyakit malas... sengaja tidak menulis apa-apa di blog ini. Selama hampir sebulan di Malaysia saya cuba mengumpul kekuatan dan hingga kini saya telah pun kembali ke bumi Afrika dan kekuatan yang ada ini dirasakan masih belum cukup untuk saya dapat mengemaskini blog ini selalu. Masa sungguh singkat ditambah dengan komitmen terhadap kerja yang ditinggalkan dengan arrangement 'hand over' yang tunggang langgang. Seminggu dua hari tu haru biru jugak saya dibuatnya....

Sewaktu berada di Malaysia, saya sebenarnya berusaha mendapatkan tempat kerja baru, saya sempat menghadiri 2 interview sewaktu pulang ke Malaysia hari itu dan Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah permudahkan untuk kami bertiga, tawaran pertama saya sudah dapat sewaktu di Malaysia, seminggu sejurus saya menghadiri temuduga. Minggu kedua saya tiba di Afrika, saya menerima satu email menyatakan syarikat mereka berminat untuk upah saya sebagai kuli disitu... dan saya sememangnya menanti tawaran itu kerana jarak dari rumah ke Putrajaya tak sejauh ketika saya berulang alik ke Kuala Lumpur sebelum ini.... Syukurlah.

Mengapa tiba-tiba saya ingin meninggalkan peluang saya bertapak di bumi Afrika? Jawapan simple, pertama, pelajaran.. kedua.. agama.. dan ketiga ...keluarga. Study most terpenting dalam hidup ini... walaupun usia sudah lewat, namun saya tak sanggup menjadikan alasan untuk kenapa saya tidak payah menimba ilmu. Pandangan saya tentang ini adalah, bukanlah ciri-ciri peradaban islam kalau masyarakatnya tidak mencintai ilmu... Ringkasnya cerita mencari ilmu saya ni bukan hari ini, dah bertahun-tahun...impian saya untuk menggapai segulung ijazah masih tidak terpadam walaupun sudah banyak halangan ditempuhi.

Banyak mehnah dalam kita nak mengejar ilmu duhai kawan.. Allah menciptakan ujian-ujian itu untuk menguji yang kita ini benar-benar ikhlas mahu mencari ilmu. Kadang-kadang kita didatangkan pilihan, betapa sukarnya untuk manusia seperti kita memilih, antara ilmu dan harta... semestinya orang macam saya ini selalunya tewas. Lalu keputusan itu membawa ilmu jauh dari pandangan kita. Kedua-dua itu sama pentingnya pada kehidupan hari ini, cuma buat masa ini biarlah saya mendahulukan apa yang saya impikan dan harta itu sekadar untuk keperluan..

Agama, sebenarnya kita tak boleh jadi alasan utama, tapi saya seronok untuk hidup dalam komuniti yang mengamalkan cara hidup islam... hidup bersendirian dibumi asing sebagai orang melayu islam, lebih mencabar kerana timing waktu rehat tak kena dengan waktu sembahyang kita, hendak pulak musim winter macam ini, waktu asarnya akan masuk pada pukul 2:30.... zohor pukul 11....maghrib pukul 5:30.... jadi rasa sungguh tak seronok kerana hidup kita terkejar,pukul 2 kita masuk ofis, pukul 2:30 asar..... kadang-kala tu memang akan ter'miss' lah pulak asar.. adeh.. 'sebenarnya malas'.. bekerja dengan komuniti yang tak ramai Islam ni, sukar sungguh nak dikata... nak-nak waktu diorang tengah disperate dengan macam-masam report yang nak dibuat... macam sekarang ni, dia tahu nak kerja dia saja siap... yang kita ni malam-malam pun tak tido sikit pun tok pikir, dia bukan amik tahu dengan kita punya waktu2 tu kita kena sembahyang.. memang buat apa dia nak ambik tahu pun. Kalau kat Malaysia, suasana kerja kita jauh beza, sebab terbiasa hidup dalam komuniti Islam yang ramai.... nak pegi semayang asar sambil pekena popia.. 2 jam pun tak apa...tapi melampau la tu. Walaupun Islam ada disini, tapi Islam bukan dominan...taip hari mereka kehulu kehilir bercakap mengenai bible...even pak gak dekat sini pun malam-malam dia rajin recite bible... sampai nak hancur kitab dia saya tengok.. :) .Kalu kita... Quran pun elok lagi bersimpan dalam Almari...kulit keras semacam... kadang-kadang tu tak sedar ada halaman yang bercantum, termasuk lah saya. Kadang-kadang buat saya berfikir, orang islam kita 'menyusahkan' diri dia untuk mengamalkan cara hidup islam yang sungguh mudah. Tapi apa pun tempat kita lagi best...walaupun Masjid kita tak semesra Gereja diaorang kat sini.. dan kita ni tak Islamik sangat mcmana dorang menganut kristian, sungguh kita rasa selamat dan bebas duduk dalam komuniti dan agama Islam..... memang bila kita berada diluar kita rasa tempat kita lagi best. Tapi demi menimba ilmu, pengorbanan dan kesabaran kena lebih kalu duduk di tempat org.

Ketiga , pasal keluarga... Walaupun kali ini saya berpeluang membawa Ummi & Balqis bersama-sama ke Afrika, ia bukan alasan kukuh untuk memujuk hati saya terus bekerja disini. Saya rasa cukup lah dengan ini sebagai hadiah yang dapat saya kepada mereka kerana saya tahu tiada apa yang akan dapat saya bayar untuk membeli nilai kesusahan ketika isteri saya berhempas pulas menjaga balqis seorang diri tanpa saya disisi 3 bulan sebelum ini. Maka dengan ini saya sudah nekad... untuk tidak terus bekerja disini. Lagi-lagi... bila saya teringat pesan mek sewaktu balik hari tu, tok payoh lah do gi kijo jauh-jauh, kijo sini pun samo jah... kalu krija sini buat sie male sama macam krija sano... samo jah dapatnya.. tak dok beza.... Aku memberi alasan... Tok samo la mek.. sano boleh kenal tempat ore...boleh cari pengalaman lebih sikit pada ore... Mek tu sebenarnya sunyi kalau saya tak ade....dia rasa jauh kalau dia tak dapat nak berhubung macam selalu dengan saya...dia tiada tempat untuk membebel.. meluahkan perasaan.. berkongsi cerita.. tiadanya saya di Malaysia , Mek seolah hilang sebelah tempat bergantungnya...

Saya baru sudah menyelesaikan pendaftaran subjek untuk tahun ini, Legaaaa.. dari Afrika nun jauh saya menelipon Dr Ahmad, dia masih lagi timbalan dekan sejak saya masuk dulu... sebelum tu saya dah pun call P.A.. nak tanya pasal nak tukar satu subjek F* haritu, dia pun tak tahu nak jawab samaada boleh tukar tak, dia pas kat Dr Ahmad ni... Prof ni baik memang sangat baik.. humble. Dia advice, amiklah sekali lagi... dia ngajar tahun ni... wah macam dipujuk pulak. Saya terus kata OK... sebab saya tahu dia macamana. Dari mula-mula daftar dulu lagi saya kenal dia, berbalas-balas email...dia memang santai. Kalau kita email dia, memang cepat berbalas... ada suatu hari tu dia forward2 email lagi... tapi dah lama email USM saya tak berbuka..leceh nak guna2 email yang jarang kena buka. Hureee... Nampaknya tahun ni subjek Kimia Dr Ahmad tu yang ajar... kalau sebelum ni Prof Ismail...semua budak-budak takut dengan dia ni.. kalau kelas dia jangan datang tak prepare, suka dia saja nak point2 kat sapa-sapa suruh jawab soalan equation... adoih.. kena dekat saya sejuk kepala lutut... lagi kalau time lab pulak..kena time dia buat spotcheck , habis. dia tak suka kalau masuk lab student pakai Lab Kot yang ala yang nampak lengan tu. Jangan la nak buat-buat berlakon tak tahu.. kalau time dia ada memang dia hambat balik.

Itu seronok lah, yang tak seronok... tahun ni kena mengulang subjek yang sama seperti tahun lepas. Sebelum saya datang kesini 3 bulan, saya menangguh pengajian saya. Mungkin ada hikmahnya juga.... saya masa kat Penang hari tu, banyak P.B yang dapat markah rendah. Banyak berfoya-foya kot time tuh.... nak-nak tengah ada pitih sikit masa tu.... derat rato.. tak boleh kena uji sikit.

Ni nak masuk tajuk dah... cukuplah tu dok bobel. Dah berapa perenggan, langsung tak ada kena mengena denga tajuk ni. Panjang lagi ni nak menaipnya ni...... Hari ni hari sejarah besar umat islam, 29 Mei merupakan hari pembukaan kota Konstantinopal, saya sepatutnya tulis banyak cerita mengenai kisah sejarah ni... masih ingat lagi ustazah yang mengajar subjek sirah masa saya tingkatan 4 disekolah agama dulu.... dia selalu menyebut-nyebut nama kontantinopal ini.... masa itu masih buta geografi... kabur-kabur tapi saya memang minat dengan subjek sirah ni. Tengok jugakla pada orang mengajarnya macamnana..... BTW, dah lama-lama baru saya kenal konstantinopal tu dimana. Kota ini dibuka oleh seorang yang luar biasa Sultan Muhamad Al-Fateh. Kalau nak tahu kedudukan kota ini terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Dihubung secara langsung dengan selat Bosphorus. Sekarang ni dah tukar nama kepada Istanbul, ibu negara Turki.

Sebab mengantuk, saya kena ringkaskan, lagi satu dah terlalu banyak sebenarnya cerita mengenainya sultan Muhamad Al-fatih tersebar kat internet.. tak payah lah saya nak cerita panjang panjang. Cuma saya disini nak highlightkan biar kita amik iktibar keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin yang ulung, ilmuan dan hero sejati kepada bangsa islam....tidak mengapalah beliaulah orangnya yang dikatakan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera, dari sumber lain, beliau ni seorang yang sangat patuh pada agama... tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunnat macmam-macam sunnat dari zaman muda. Walaupun beliau merupakan pemimpin yang muda pada zaman itu, beliau sangat menghormati para ulama....bersikap rendah diri dan tawaduk. Dan juga, Sultan Alfateh seorang raja yang tekun menguasai ilmu sehingga dapat menguasai 7 bahasa penting pada masa itu, Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew... inilah hero sejati harus kita tonjolkan dalam masyarakat kita..bukan Panglipuran Si Hang tuah Melayu yang setia kepada raja sehingga sanggup membunuh saudara nya sendiri....saya teruja untuk kembali kezaman dulu-dulu, tengok mcmana mereka berperang.. zaman peluasan empayar islam dulu... orang kita berjihad habis-habisan melawan kristian...sebaliknya lain yang berlaku pada kita sekarang ni... org kristian senang2 tawan kita semula.... tak payah susah2 nak berperang...dia bukan buat kita masuk Kristian tapi dia buat kita lupa tentang Islam.... anyway pasal kostantinopal ni bukan senang untuk menguasai kota ini kerana kedudukannya yang strategik....Kota ini dulu pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia, tapi tak pernah berjaya.... sungguh super power ada pada Sultan Muhamad Alfteh.... dahlah berstatus raja... berilmu... Kita ni ilmuan pun tak... panglima tentera pun tak... raja lagi lah tidak... tapi apapun kita tak terlepas dari tanggungjawab menyebarkan Islam macam orang dulu-dulu... sebagaimana sultan muhamad berjuang membuka kota konstantinopal ini dengan kehebatan ilmu yang dimiliki...kita pun kena habis-habisan la cari ilmu nak lawan musuh kita ni!

Ada satu keratan yang saya ambil ini dari mana-mana blog yang terjumpa,
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia” – Napoleon Bonaparte.

“Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya” – Napoleon Bonaparte.


Wasalam...


Salam dari Blantyre, Malawi

P/S : Kepada Abg Die & K.Moh, Semoga bahagia dengan kehadiran cahaya mata kedua, Imran Hakimi.... (anak saudara saya la tu)

Friday, May 8, 2009

Time to fly

Dear blog,

1. First, how shall i say...I have chance to travel to Africa again...not only me, but all of us..

2. The flight takeoff from Kuala Lumpur to Singapore ,Singapore to Johanesburg, and there are 5 hours transit in the Joburg, then we have next flight to Blantyre. Almost complete 24hours journey...

3. Like I said, I won't be alone, I has Balqis and Ummi with me. Really happy with that.

4. It was 14 degrees cold in the southern hemisphere now, and sometimes it will decreased to 8 degrees, and i'm thinking much about my the only daughter, Balqis... she just recovered from sick.

5. Alhamdullillah, the doctor said the bacteria infection had slowly gone. Only God knows my feeling at that moments..,we'll fly together. yeah!

6. It's Balqis first birthday incoming.

Bye Malaysia.

P/s: Kami bertiga sudah pun selamat sampai di Malawi... Alhamdulillah semua selamat

Saturday, April 25, 2009

Beli PowerBook

Lama betul menunggu peluang untuk update blog. Terima kasihlah pada yang bertanya dan tinggalkan komen2. Dimana hendak saya mulakan ceritanya..

Powerbook pun sudah cukup
Pada suatu hari ketikamana saya berjalan-jalan seorang diri di sebuah plaza, tiba-tiba saya telah terbeli PowerBook ini, ini sebenarnya barang lama tapi masih dalam kategori good condition. Sungguh dia idaman hati saya sejak belajar di kolej lagi dan cukuplah dengan apa yang saya dapat ini, cukup untuk buat kerja, dek kerana kerja saya ni lebih menghendakkan saya pakai UNIX. kalau fikir nak yang bagus-bagus, nak berstail-stail mcm orang dah lama saya terbeli macbook pro. Maka cewah la jugak, ini konon-konon first time taip blog guna mac. 3-4 hari jugak la nak bagi hilang kekok. Itulah, kalau kat window asyik dok mengright-click je benda-benda. My wife sudah boleh berseronok lah dengan laptop Dell dia tu...

Ke pesta buku.
Pagi isnin saya merayau-rayau di PWTC, entah... tak tahu nak hala kemana. Seperti yang difikirkan ada baiknya saya ke Pesta Buku... dah sampai kesana, macam2 pulak fikir hendak dibeli. Memborong buku sakan jugak... sekadar percubaan untuk meniaga online. Selepas deal dengan pengedar dia, dapat la sikit pada harga borong. Kedai online saya yang bakal dinamakan eSHOPPY ini akan dilancarkan pada bila-bila masa dari sekarang. Sabar & Tunggu OK..........

Ke pesta buku lagi
Hari sabtu semalam, ke pesta buku lagi, kali ni dengan balqis dan umminya. Tak seronok langsung, orang ramai macam ulat. Nak bernafas pun susah.... Humaira bukan boleh duduk diam kalu tempat panas2 mcm tu. Mula la garu2 kepala... pusing kiri pusing kanan. atlast, Ummi Balqis saya sudah dapat dia punya terjemahan Al-Quran kecik, jgn main-main kaler pink lagi, novel Salju Sakinah dia dan Memoir Seorang Giesha. Saya sempat sambar satu Kamus Dewan. 30% diskaun, not bad. Lepas ni boleh la bercita2 untuk menaip novel pulak... hacceee. Poket sudah kering, hati sudah gembira, terus saya ajak ummi Balqis balik. Penat bukan sebab lama berpusing, tapi penat dengan sikap orang Malaysia yang tak mahu beri laluan pada kita yang bawak anak kecik. Penting diri sendiri betul orang kita.

Babby sitter
Saya seminggu dua ni menagasuh balqis saja kerja nya. Minggu depan tak tentu lagi ni? 10hb Mac ni entah jadi ke tidak ni?

Berniaga lembu
Berkesempatan juga saya pulang ke Kelantan melawat keluarga tersayang. Bukit Bunga masih tak banyak yang berubah, tetap sama seperti dulu. Cuaca sangat panas. Tak tahan dek kerana pembawakan suhu di Blantyre... Saya menyatakan hasrat untuk menternak lembu pada mulanya, tapi dek kerana masalah tempat saya dicadangkan untuk hanya berniaga lembu, ayah sudi membantu dari segi penjagaan dan beli lembu. Bela semingu lepas itu jual. Mudah-mudahan ini pun berhasil la juga.

Apa khabar orang Malawi
Apa khabar Jean Kalampa, Maganizo Kawiya, Mike, Anthony dan kawan-kawan yang lain? Sebelum balik, Jean sempat menghadiahkan saya 2 ukiran patung seorang tua afrika. Sangat cantik dan berterima kasih, sungguh dia seorang teman yang friendly. Saya membalasnya dengan sekeping kad buatan tangan, kat Malawi cenderahati macam itu boleh dibeli dari penjual jalanan.

Teringat Minah Johannesburg
Encik Wan, peniaga bunga batu di Johannesburg, berkahwin dengan Mat Salih South africa pada asalnya, banyak memberi tunjuk ajar kepada saya, kemana untuk saya berjalan, jalan mana yang kena saya guna kalau tak nak kena rompak. Memang betul, sepanjang 2 malam saya bermalam di Bandar Sandton, tak ada apa2 yang tak baik berlaku. Terima kasih atas nasihat beliau. Saya merindukan saat merayau-rayau di Mandela Square... ada seorang minah mat salih ni, dia say hi, then bila dia nampak saya pegang kamera, terus dia tanya nak mintak tolong ambik gambar. Maka dapatlah saya tangkap sekping gambar di Mandela Square tu... Alangkah bagusnya kalau ini yang berlaku ditempat kita. Shopping mall kat Mandela Square tu sangat hebat, mungkin lebih besar dari Midvalley. Kat dalam banyak dijual barang antik kepunyaan mat salih. Wah.. sungguh terasa nak beli, tapi harga kita kalau nak banding duit kita tak berbaloi.

Ok, got to go. Hingga bertemu lagi my friends tiger and pooh.....

Tuesday, April 14, 2009

Gambar di Sandton , Johannesburg

Wow saya terpaku disini! kota Joburg yang meninggalkan seribu kenangan buat saya..




Sandton - Johannesburg

Gambar Tyolo Rd

Ladang teh ni ada sepanjang jalan sampai ke Limbe.. memang lawa view dia

background gumtree
Tak tahu apa spesis pokok ni

Gambar jalan-jalan di Mulanje






Tengah Update.....

Sunday, March 29, 2009

Zikra buat sang mujahidatun, perindu cinta Ilahi

Buat para muslimah amnya, istimewa buat puteri abbi, Balqis & umminya.... Mari kita renung sejenak, kemana halatuju dan pilihan yg kita ada, selamat bermujahadah para mujaa9hidun

Gadisku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.......

Gadisku....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ...... sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah..........

Gadisku ....

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.

Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ... Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Gadisku......

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..

Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri".


Credit : Muhammad Nazir (SIM)

Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Dengar mmmolek orang kita

Biar kita gedebe dengan Hujah...



Tuesday, March 24, 2009

Nostalgia rumah lama (3)

Malam sudah melabuhkan tirai, stylus ipaq ni, semacam berjoget2 :), ada sesuatu yg ingin dicoretkan... Dari sampai tadi saya tercari-cari akan dimana saya letak buku nota fido-dido , selalu saya usung kehulu kehilir, mungkin malam ni nasib tak baik... terlupa bawak balik, punah semangat menulis tadi . Saya teruskan dengan apa yg ada sahajalah... Buku nota fido dido saya itu ibu segala ingatan saya, disitulah punca dimana kalau saya lupa akan sesuatu..saya tak ada ummi balqis utk mengingatkannsaya tentang apa2 disini. Segala keyword-keyword penting ada dlm nota tu kalau tiba2 ilham muncul. Mudah utk si pelupa mcm saya memulihkan ingatan. Suhu diluar pagi ni sudah menurun ker 15°c ... dgn angin sejuk kencang bertiup kt luar, cuaca di Blantyre 2-3 hari ni hujan, sejuk. Malasnya sungguh rasa nk bergerak dari katil, kalau tak der lah heater rumah ni, hampir sah saya pergi kerja dgn muka tak mandi pagi... Bukan tak penah dibuat saya perangai ni zaman2 sekolah dulu... Nak mandi pagi punyalah liat saya sorang ni, kesejukan mandi air telaga pagi2 menusuk sampai ke tulang sum-sum... dah lagi tu, sebelum mandi nak kena mengaral (timba) air dulu... Lagi lah tak sanggup. Hmmm..memandangkan cerita2 lama pun bermain2 di kepala ni, so...... saya teruskan bercerita pasal zaman itu. Entry nostalgia rumah lama pun bersambung..

Untuk mek memastikan tak ada alasan kami bertiga mandi lambat, selalu mek pastikan dia sempat jeram air panas subuh-subuh, kdg2 air panas tu dicampunya dgn campuran daun jambu batu, special case utk saya ni yg selalu sgt kena virus kudis buta. Barangkali masa tu sudah puas mek berusaha mengubati kudis saya itu, tak jugak2 berkesan. Bubuh pininselin...ubat yg paling power masa tu.. Pun tak jadi2... Mmg buta sungguh kudis itu. Tak mengenal org... Bukan mampu utk mek nk beli ubat selalu-selalu mcm org... Tapi ikhtiar tetap berterusan.. Daun jambu dikatakan boleh redakan bengkak2 ? Mek tak suka membazir duit... Kalau tak menjadi, ikhtiar cara lain. Mek punya garang, kalau bab bazir membazir ni tak usah ckplah, kalau syampu rambut tertumpah pun, silap hari bulan ada yg kena tibai... jangan lah nk buat terbolah-terbolah (cuai)..kata org kelantan..

Cerita ini sebelum saya bersekolah rendah, subuh-subuh hening, semua kakak-kakak termasuk saya kena turun ketelaga bersama2 utk mandi. Saya ni menyamar je mcm nk pergi sekolah...padahal lepas hantar kakak, ayah akan bwk tempat mek menoreh getah lepas tu. Saya tak suka panggil kebun getah.. Sebab kebun itu bukan kami yg punya... Kami panggi dia 'ddalle getoh'... Menandakan tempat tu, tempat org mcm mek menoreh getah.. Kalau org tanya ... Nok gi mano ? Kita jawab.. Nok gi ddale getoh mek smenta.. Mksud dia... Nak pegi tempat mek menoreh getah meta. Sekejap lagi, enjin motor honda 90c old school ayah akan berbunyi, atau kelantan panggil honda butir nangka*. Tak ada baju yg bergosok menunggu untuk kakak2 saya, mereka memang nampak selekeh serabai..tak mcm anak perempuan kak nik sepiah yg sebaya mereka, kami berjiran selang 1 biji rumah.. Anak-anak mereka cukup dgn kelengkapan sekolah..baju tegang bergosok. Waktu itu tak ada sorang pun pandang org seperti mek, saya, kakak2 saya ni, setaraf seperti mereka pandang mek dan kami hari ini..sekali pun sesama kami budak2. Org pandang kita ni, dahla menumpang, tak da tanah sejengkal kera, ada hati nak masuk geng dia... Samalah mak ayah dia... Kalau apa2 berlaku, tak der org lainlah yg dia nk point... Kitaorang make it dgn apa yg ada.. Kerana persekitaran itu, saya sgt saya berbeza dgn budak lain, zaman sebudak itu saya dah ada terdetik untuk berfikir benda2 ini semua dgn waras. Cuba saya tak pandai menulis lagi. Kami tak sikit komplen dgn wang saku sekolah sbnyk 20 sen sehari diberi setiap kami... Cuma kalau musim farduain tu penat sikitlah... Itupun boleh kata jrg kakak-kakak saya ni mkn tghri, 20 sen apa sahaja yg boleh dibeli zaman tu nasik lemak pun dah 50 sen...melainkan tiga hari kumpul, baru boleh beli sepinggan nasi lemak. Sementara tunggu kami bertiga sudah, mek akan siapkan makanan harian kami untuk sarapan, telur dadar goreng dan ikan rebus goreng.. Menu itu lah yg paling ringkas dan jimat. Masak dapur kayu rasa dia lain. Telur dadar dia selalunya berbau asap kayu.. Separuh dibawa bekal masuk ddale getoh mek, saya dan mek mkn lepas mek habis menoreh nanti sambil menunggu getah jadi beku. Itu saya kata... mkn dikebun getah lebih sedap dari dirumah... Sbb dlm suapan mek utk saya..saya boleh rasa sayangnya seorang ibu pada kita... Walaumacamana dia marah kita, sebelum2 ni...berharga sungguh moment itu.

Cerita masak-memasak dapur kayu tidak berkesudahan disitu, org kebanyakan zaman tu dah pakai dapur gasolin atau dapur arang dan ada yg pakai gas pun ada, kami tak der jauh lagi nak merasai dapur jenis itu, kami ada cara tradisional kami, berasapnya dapur kami bergantung pada bnyk mana kayu api yg ada...untuk memastikan kayu api sentiasa ada, ni lagi satu aktiviti yg kami adik beradik selalu kena buat, mencari kayu api dlm belukar.. Ada suatu-suatu masa dalam seminggu sekali, kami semua akan dikerah masuk belukar utk cari kayu api. Selalu saya tak banyak dapat buat keluar, tak pandai nk pilih.. kdg2 sebatang pun tak dapat. Ya, bukan senang nak dapat kayu yg betul2 kering dan pulak tu kena pastikan tuan belukar tu takkan pakai kayu yg mcm kita nk ambik tu.. Kalau tak mencuri lah kira...jadi darah daging.. Gelap perut kata mek. Tak da satu pun hutan yg kami masuk utk cari kayu tu, kami sendiri punya.. Dah siap kumpulkan setempat.. Ikat dgn rafia dan pakat junjung sikit sorang bawak balik kerumah, tugas belum habis habis disitu, nak masak tu kenalah kerat dan belah kecik2 dulu siap2, then mcmana saya boleh describe perbandingan proses itu dgn kita hari ini, kerana ini bukan aktiviti yg sekali-sekala hujung minggu, santai... Ini soal perut ... Berisi dgn tidak. Hari-hari itulah yg kami adik beradik cuba pastikan.. Pastikakan kayu api itu cukup utk masak2, minyak pelita cukup utk mlm2, tiub utk nyalakan api cukup.. Kalu tidak.. Silap haribulan kadang2 tu bukan kayu api tak ada.. Tapi beras yg tak der... Kerana yakin ada getah yg ditoreh belum berjual, mek menebalkan muka mengetuk rumah org malam2 meminjam beras utk pastikan anknya tidak kelaparan... bayangkan masa2 hujan.... Kayu tak boleh nak kutip siap2... Kalau habis, memang habisla, memang tak berasap la.. Nak guna arang mcm org tak mampu.. Jgn kata nk bli arang jer tak Boleh.. sgt membazir dan mahal...tak mampu dgn apa yg kami ada waktu itu.. Seingat saya mek tak pernah masak guna arang, Kalau tiba musim hujan, memang akan dipastikan stok kayu api cukup. Musim hujan mcm tu, kaum tani mcm mek , nak menoreh pun tak boleh, apa pun x boleh, duit nk beli beras dan lauk pun entah cukup entah tidak..jgn kata nk beli arang. kdg2 terdesak mek ambil upah menebas....untuk extra money. Kami semua dikerah mencari kayu api setiap masa yg terluang. Ada masa sambil2 cari kayu, mek rajin kutip pucuk paku, balik buat sayur, ada masa kutip kulat di pokok getah yg tumbang.. Itulah sumber yg Allah beri utk kami, waktu yg dia tahu masa2 org seperti kami ini tak berduit. Cuba byg kehidupan kita skrg yg sudah tak rasa susah sikit pun ... anak2 kita dibesarkan dlm serba serbi ada.. Boleh kah kita hidup jika kita kembali ke zaman itu? Anda boleh bayangkan inilah susahnya org mcm kami dulu...Sekali lagi saya nak kata, ia nampak mudah pada org yg tak pernah rasa. Kalau ands yg skrg ni balik kezaman tu, rasa masa itu baru anda faham... Panjang pulak tazkirah ni.. Cerita tak sampai mana2lagi.

Masak dapur kayu

Back tu masak tadi, memasak dgn dapur dapur kayu, rumitnya tak usah lah cakap... mula-mula nak kena bakar tiub dulu bagi dia nyala sikit, kemudian sikit sikit tambah kayu... Kalau nak pastikan api marak... Nak kena sorong kayu tu bnyk2 dan tunggu... Nk bagi api surai, kena tarik keluar...Kalau api nampak nk padam.. Kena tiup.... silap teknik tiup, buka api yg marak, tapi abu yg naik kemuka.. Saya gerenti.. ramai org skrg ni kalau tak tahu cara-cara tradisional ni, leceh...tak tahulah kalau masih ada org menggunakan tradisi ini. Cekap saya menyalakan api waktu tu, tak sampai seminit dah nyala dan boleh masak.. kakak2 saya pun tak handal mcm saya... Kalau saya zaman skrg ni bagi 1 jam pun tak cukup nk bagi betul2 nyala..malumlah pakai gasolin.. mana nak nyalanya. sebab dah lama sgt tinggal, mungkin habis semua skill dah hilang sekarang... Orang pasti tak faham kenapa saya kata rumit, hakikatnya itulah... Saya beri peluang balik rumah try, sape yg rasa handal nyalakan api pakai kayu seminit bagitahu lah .... Menyalakan dapur kayu api bukan semudah kita nyalakan dapur arang.

Habis situ cerita masak, kita go back to mandi pagi, Saya kecik2 dulu org penting, sekali sehari atleast kalau bab naik motor saya kena naik sekali sehari... Seat saya yg paling digemari, bhgian depan sekali, atas tank minyak sambil kedua tgn memegang handle. Tak tahaan.. Kembang kuncup hidung ni kena angin pagi.. K. Moh dan K.Mah, mereka berdua dibelakang. Kalau saya rasa nk duduk belakang, tmpt saya ialah mula2 sekali selepas ayah, saya kena ada org apit baru boleh dok blkg. 2 org kakak saya mengapit... sejak kecik lagi tak diajar dibonceng seat belakang.. Merbahaya ayah marah, sbb saya kecik2 dulu time mek gunting rambut pun boleh tertido,---boleh la tgk lepastu saya tetiba jadi botak ceng ..kat atas motor jgn kata apa lah...tiap2 kali mesti hanyut ..

Ke tempat Mek menoreh

Yg tak boleh dilupa, moment bila dpt naik motor dinihari mcm tu.., saya memang jrg2 dibawa berjalan jauh sikit dari rumah...Kg sebelah tu kira paling jauh lah. Masa tu, fikiran kita tak rasa dunia ni seluas yg ada hari ini.. So, itulah masa bersiar2 saya dgn motor jipang ayah. Setiap kali balik dari hantar kakak ke sekolah, ayah akan berhenti dikedai kopi utk beli kuih, saya mesti pilih yg satu tu... Nama dia kuih LEGA..memang lega dpt kuih lega tuh..mek suka saya pun suka.. Ayah pekena kopi sedas, berborak seround dua, barulah hantar saya masuk ddale getah.. mek lepas subuh tadi dh bergerak... ..dlm kebun getah mek, saya akan diturukan ke disatu point utk menunggu mek habis menoreh.. Ayah kembali ke station motor, untuk ambik passeger... Kerana apa namanya tempat itu stesen motor, kalau public transpot mcm bas, teksi ada stesen, public moto pun ada jgn stesen dia. Sambil tunggu-tunggu mek, ada satu corner, saya selalu buang masa, ikut rasa nk main apa, main belaga buah getah sorang2, tangkap belalang, tuyuk (pepatung),..Semua itu saya main sorang2...siapa lagi kawan yg ada waktu begitu, selain nyamuk dan pacat... kawan2 lain semua di sekolah tadika, tinggal saya yg masih lagi belum kenal A,B,C masa tu.. sebenar2nya ddale getah dan inilah tempat saya mula2 disekolahkan.. Saya belajar apa itu makna menjadi org susah..bersahabat dgn pokok2 getah... Pacat dan nyamuk ddale getah tak kena ckp bnyk, berduyun2..kiri kanan depan belakang, atas bawah, dah tak rasa apa2... Tmpt saya duduk tu, yg mana tempat susu-susu getah dikumpulkan dalam beberapa tangkung dan di separuh bekukan.. Sekejap lagi, mek akan mula proses memijak2 getah yg separuh beku tadi ...acara itu akan dibuat atas sekepingan zink , hanya nak pastikan supaya dia jadi leper..utk senang di mesin..... Mek 2 baldi penuh susu getah dia kandar sorang2 dia je. Jgn main2 dgn mek..... Tiba turn memijak, saya selalu kalau bab pijak-pijak ni... Saya mulalah rajin , kalau suruh kutip susu, punyalah malas, nak terbongkok2 satu pokok ke satu yg lain. Pijak-pijak sekadar nk bgi leper jer..saya cuma bagi leper sikit2.. Yg lain mek pasti bereskan. Jgn igt sesenang mana, tak kena cara, kena bebel kat mek... Kena pasti jgk dia leper betul2 mcm lempeng tuh, sebelum dia kering dan jadi beku... silap2 haribulan setongkol getah getah sekerap jadinya.. bukan sekeping getah.. Dah setel acara pijak memijak, saya dan mek akan berjalan mengandar keluar getah basah tadi untuk ke tempat memesen... Sapa ada pengalaman pikul memikul getah ni tahula... Berat weh jgn main2.. Getah yg basah2 tu... Dua tiga keping pun boleh buat lelah ternganga2 dah..mcm nk pengsan.. Dalam nk prose getah tu, mesin getah, kalau nak pusing...tenaga kena bnyk... Kalau tak cukup rrreng org kelantan panggil.. Jgn dok tebeng.. mula2 masukla ,tak sampai sekerat pancit. Kesian kt getah terkontang kanting dia kt mesin tu... Untuk itulah kenapa sebelum tadisaya dan mek akan mkn bekal yg dibawa... Semua tu kudrat mek sorang. Besarnya pengorbanan mek membesar kami.. Pohonn lemon di belakang bangsal mesin getah tu jadi saksi, setiap kali nak balik... Mek akan ambil buah dia utk buat cuci2 tangan.. bau keramat getah 10 hari 10 malam pun tak hilang. Tak percaya cubalah lalu kilang dia. Itu belum lagi betul2 pegang dia.

Bersambung..