Feeds RSS

Sunday, August 23, 2009

Dugaan itu ntuk orang seperti aku

Salam 2 Ramdhan,

Ramadhan kau datang lagi, apalah catatan buku amalan aku yang dibawa naik kelangit tahun ini, berapalah kalau nak dikira akan markahnya? Mudah-mudah pointer amalan yang baik tahun lepas melebihi amalan mungkarnya. Duhai kawan, ku ingin berpesan pada diriku dan semua, ayuh manfaatkan bulan istimewa ini dengan amalan-amalan sunnat, bersedekah pada yang tak bernasib baik. Demi melakari warna warni dunia sebagai seorang yang hamba Allah, aku sebolehnya mahu menostalgiakan Ramadhan itu satu kenangan yang sukar dilupakan. Hari pertama puasa tahun ini aku berbuka dengan ondeh-ondeh dan ayam percik yang aku buat sendiri. Kuingin puasa tahun ini menjadi cerita suatu hari nanti. Ramadhan datang dan pergi wahai teman, tapi nostalgia tidak pernah pergi dalam kepala ini, ingin sahaja di coretkan semuanya, agar tulisan ku ini menjadi ratapan untuk anak-anakku dimasa hadapannya. Apanya yang beza puasa orang dulu dan sekarang? Bagi orang zaman ini, tidak ada bezanya, arus kemodenan menenggelamkan sejarah, menyukarkan generasi sekarang menggambarkan sesuatu berlaku di 10-20 tahun dulu. Waktu kita dikampungan, keanak-anakkan... waktu meliang lintuk untuk dikejutkan bersahur.

"Assalamualaikum... Ni sedikit ayam sedekah oleh cikgu napi."

Bila tiba Ramadhan, ini lah yang aku kalimatkan setiap kali terpacak di depan rumah orang yang namanya telah disenaraikan oleh Chik, isteri kepada cikgu Napi. Ditugakan mengambil dan mengedar kepada 4 buah rumah sehari, sepanjang bulan puasa itu.. sangkaan aku barangkali ayam-ayam ini untuk menzakatkan harta mereka yang banyak itu. Bukan semua orang aku kenali dikampung itu, dek kerana pengalaman menghantar kuih yang aku ada inilah, malu itu sudah jauh kulontarkan pergi. Muka tebal inilah...kehulu kehilir dengan basikal mini bilaman kawan-kawan sudahpun pandai kesana kemari bermotosikal ex5, Yahama SS kepunyaan mak bapa masing-masing. Tapi aku ini sanggup, menggadaikan waktu bermain, bila mana orang bertanyakan aku ni anak siapa, aku kenalkan mereka aku ni anak Kak Som Man Maggie. Itu gelaran famos ayahku dikampung itu. Adalah tu sejarahnya...tapi tak pula aku selongkari. Dan aku dapati, nama aku menjadi tersohor, meniti dibibir orang kampung. Berjuruh kata mereka. Sanggup menggadaikan masa bersuka ria seperti budak-budak lain, demi keluarga. Aku berkayuh basikal, mula dari rumah Pok Man nun sebelah kubur hingga ke hujung kampung jiran sebelah yang tidak langsung aku kenal orang-orangnya.

Merantaunya aku ke Kuala Lumpur untuk mencari ilmu, projek tahunan Tuan aku itu dihentikan dek kerana tak ada penggantinya seperti aku, tak ada siapa yang hendak ambil upah macam aku buat. Bagi Ibubapa, budak-budak macam baya itu buat apa bersusah-susah memikirkan soal duit perbelanjaan macam aku, bimbang anak-anak mereka diperhambakan orang, demi duit upah yang tak seberapa seperti aku dapat. yang pasti untuk menjaga air muka keluarga. Sempadan itulah yang menyempitkan minda orang kita. Lagipun bagi orang tempatan... tidak ada apa sangat kerja macam aku buat tu. Bila sahaja anak orang seperti aku yang pernah buat kerja tu, mustahil untuk orang lain buat, kerja tak ada kelas, melabelkan kerjaitu kerja anak pengemis yang mengemis di negeri orang, kerja budak-budak miskin yang ibubapa tak mampu tanggung anak-anak bersekolah. Macam kita sekarang memandang Indon, Bangla... yang buat kerja-kerja yang orang Malaysia kita tak nak buat. Orang kita ini memang suka sangat memandang rendah kerja orang dan melebelkannya dengan yang tidak sepatutnya..

Demi ibu bapa yang sudah lama hidup menderita ditanah orang, aku tak mahu jadi anak yang hanya makan minum dan serba serbinya ditanggung oleh mak bapa yang sudah sedia susah.. aku sanggup memikul sebahagian tanggungjawab mencari rezeki daripada keluarga untuk tanggung adik-adik dan kakak, kalau tak banyak mungkin memadai dapat beli baju raya yang dibeli dari upah yang aku dapat. Setiap kali ramadhan tiba, hendak berniaga sate seperti biasa mana pula kedai kopi buka, kecualilah bila ada tapak kedai orang yang ingin ditumpangkan kuih di gerai ramadhan mereka, mek buat kuih muih untuk dijual, itu pun terpaksa pilih kuih-kuih yang orang lain tak buat. Selalu...mek dan kakak aku bertungkus lumus dengan karipap dan popianya. Tugas aku seperti biasa sebagai penghantarnya...kayuh kesana kemari.. menghantar dan mengutip saki baki kuih yang tidak habis dijual. Karipap mek itu pernah menjadi sebutan suatu masa dulu.

Begitulah sebahagian kisah ramadhan aku zaman sekolah dulu.

Bersambung harapnya...

Atas Singapore Airlines
travel from JNB to SIN


Oak Ma Ten..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen dan pandangan dialukan.