Feeds RSS

Sunday, December 28, 2008

Melangkah ke 1430H

credit gambar diberi kepada http://umaralfateh.wordpress.com

Alhamdulillah, dari usia kita yang berbaki ini diberi peluang menyambut tahun baru hjrah.. Saya bila berbicara tajuk hijrah ini teringatkan pelajaran hadis 40 mengenai niat yang diajar oleh ust. Muhamad (bekas Pengetua) suatu ketika dulu.. Innamala'malubinniat... Matan hadis ini saya hafal dan masih ingat meskipun tidak kesemuanya. Begitulah konsep al-ilmu fissudur yang diterapkan di sekolah saya dan sekolah yayasan yang lain... saya menghafal, saya mengingat dan faham. Hadis ini merupakan pelajaran pertama dalam kitab Imam Nawawi.

Setiap amalan itu perlu ada niatnya, begitulah mafhum hadis tersebut. Dalam konteks hadis ini ada perkaitannya dengan kisah hijrah seorang pemuda, hijrah yang dimaksudkan itu adalah mengenai kisah penghijrahan seorang sahabat yang digelar Muhajir Ummu Qais untuk berkahwin dengan Ummu Qais. Bagi yang tak ada asas mengenai pelajaran hadis pastinya tak boleh nak bayangkan macamana hubungkait peristiwa itu dengan hukum hakam yang dibincangkan dan kesan-kesannya. Walaupun tak dapat tangkap apa apa, disini sedikit sebanyak kita kena mengetahui apa yang dikisahkan oleh Rasulullah itu. Niat itu perkara aula, kerana ia untuk membezakan ibadat dengan adat. Hadis ini berbunyi :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Hijrah Rasulullah, hijrah yang membawa agenda untuk penyebaran Islam. Hari ini peristiwa itu sudah pun berlalu 1430 tahun daan telahpun melewati zaman kegemilangannya. Masyarakat Islam yang ada hari ini, bukan lagi mindanya 'secergas' masyarakat Islam kerajaan Uthmaniyyah dahulu di zaman kegemilangannya. Kalau dulu dunia Islam menjadi sumber rujukan, menakluki dunia dengan peradaban, ilmu dan budaya tetapi kini kita dibayangi oleh barat, terutama yahudi yang sedaya updaya memadamkan nama Al-Ghazali, Al-Biruni, Ibnu Sina, Abnu Batuta dan lain-lain dari lipatan sejarah menggantikan nama-nama baru dalam bidang falsafah dan teknologi seperti Wright bersaudara, Newton, Thomas Edison, Harris Ford dengan memasyhurkan teori-teori mereka kepada dunia Islam. Penaklukan minda yang dianjurkan oleh barat sangat berkesan dalam kehidupan orang Islam, menyebabkan kita sudah ketinggalan dalam pelbagai aspek; ilmu; teknologi dan persenjataan. Islam yang kita anuti ini sebenarnya bermula dari penderitaan, kesyumulannya menyebabkan ia mudah diterima dan bangkit dengan penyerahan yang ikhlas selari dengan pengetian Islam, Iman dan Ihsan, ia senang diterima dan sesuai untuk bangsa mana sekalipun.

Dalam soal ini, jika manusia tahu dan tidak dicelarukan oleh munafik2 seperti TV3 hari ini, tidak timbul lagi isu hudud dan qisas yang diulang tayang di TV3 sehingga saya berasa muak dan jijik untuk melihat buletin utama lagi. Saya mengajak kita sama-sama berdoa semoga bangunan TV3 hancur ditelan bumi kerana tak ada gunanya ramai orang Islam disana, tak ada satu pun yang berani menegur kemungkaran yang berlaku. Kita patut menggelarkan mereka seeokor dajjal kerana suka menyebarkan berita2 palsu dan menyebarkan permainan politik kotor. Celaka bagi orang yang suka buat fitnah seperti TV3.... Saya timbul keraguan disini, tidakkah saudara Khairy menyedari yang dia juga ada tanggungjawab mempertahankan undang2 Islam kerana dia beragama Islam, ataupun dia memang bukan seorang yang Islam yang patuh pada suruhan Allah lebih mudah lagi golongan munafiqin, pagi Islam petang lain pulak? Saya mengulas seperti ini bila saya melihat keseluruhan video wacana perdana yang dianjurkan oleh Unit Penerangan Negeri Kelantan. Seperti yang dikatakan Husam, minda Khairy sama seperti minda utusan malaysia yang sering mengucar kacirkan pemikiran melayu tentang Islam. Dalam sejarah Islam, golongan munafiq ini muncul disaat Islam menguasai ekonomi, ketenteraan, undaang-undang, petanian iaitu sewaktu nabi di Madinah. Orang seperti Abdullah bin Ubai ini di dalam firman Allah (An-Nisa : 145) , Allah pasti mencampakkan mereka ke neraka bernama Haamiyah, darjat neraka yang paling bawah sekali.

Kembali kepada persoalan hijrah, peranan apa yang dimainkan oleh kita setakat ini dalam penyebaran Islam? masih belum ada lagi? Di tahun baru Islam ini, ayyuhal muslim! Saya ingin mengajak diri saya dan muslimin muslimah khususnya di Malaysia semua supaya mempunyai azam untuk menjadi seorang pendakwah yang ada pendirian mengenai islam dan tidak takut mengkritik. Saya juga penakut pada zahirnya, tapi saya bersemangat atas dasar memperjuangkan Islam, bersedia dengan apa cara sekalipun untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam, berperanan membangkitkan seruan jihad dikalangan anak muda.. walaupun hanya terdetik niat untuk membaling sepasang kasut ke muka Bush, ianya jihad disisi Allah. Kita sekurang2nya bersyukur kerana kita diberi nikmat mengenal Islam walaupun Islam kita hanya warisan dari nenek moyang, kewajipan mendalami dan menyebarkan tidak pernah terlepas. Pernahkah kita rasa kasihan kepada orang2 non-muslim yang tidak tahu apa2 dan masih mencari2 tuhan mereka yang sebenarnya. Islam tersebar luas kesan dari hijrahnya Rasulullah, bangkit dari penderitaan dan peranan kita hanya untuk meneruskan perjuangan Islam sudahpun luas tersebar, lebih senang pastinya... Tak ada perjuangan tanpa risiko, Fikir2kanlah!

Salam Maal Hijrah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen dan pandangan dialukan.