Feeds RSS

Friday, December 12, 2008

Journey Penang ke Ipoh

Baru dapat mengadap blog.. 1 malam di Penang, 2 hari 3 malam di Kelantan , 2 hari di Penang, sekarang ni dah tak ada kat penang. 2 hari lepas bertungkus lumus menyiapkan assigment dan preparation untuk exam geografi. Setelah 2 hari isteri dan anak saya di Penang, saya semalam mengambil keputusan untuk balik ke KL.


Semasa di Kelantan, kami ke Pekan Sungai Golok dengan Mek dan Idham. Saya beli sehelai jeans Levi's yang boleh tahan jugak berharga 400 bhat (lebih kurang 42 R. malaysia). Isteri saya dapat sebijik handbag baru... Senyum sakan la dia. Very the colorful one... Harga 300 baht... selepas tu kami singgah kekedai baby.. saya tengokkan walker balqis. Tapi tak reti nak tawar menawar... terus tak jadi. Lepas tu makan-makan... jenuh mencari kedai halal yang buka.. last2 jumpa la satu tu.. itupun dia tak berapa boleh cakap melayu.. Krap..rung kap... Kami balik dengan tak puas hati.. rasa nak saja duduk lama2.... barang kat sana memang murah.

Hari ini kami sekeluarga belum lagi sampai ke KL... Tak ada kerja sangat so saya decide untuk tido semalaman kat sini di hotel budget di Ipoh. Kos hanya RM66. Not bad, tapi bilik bau cina sket la.. Masih ada satu hari lagi untuk horrey2.. Kami decide untuk pusing-pusing bandar Ipoh keesokan hari.

Sekarang saya berada di Ipoh parade, disebabkan checkout terlalu awal takut kena bayar parking lebih, saya dan isteri bersarapan di Starbuck sambil menunggu kedai-kedai kat sini buka. Saja nak tgok kot2 ada souviner yang boleh buat balik KL. Ok la.. dah menghampiri waktunya untuk beredar.

Wasalam


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen dan pandangan dialukan.