Feeds RSS

Monday, November 9, 2009

Sungguh pantas masa berlalu

Dear nice looking diary,

Syukur, kerana Balqis anak pertama aku yang sudah berumur setahun setengah itu dilahirkan dan membesar dengan keadaan baik. Ada ketikanya ada juga termenung sendiri, memikirkan amanah besar yang dipikul itu. Pastinya aku tak lupa ketika menyambut kelahirannya dulu, saat pertama bergelar bapa, terkebil-kebil melangkah saat dipanggil masuk seorang diri dalam labour room...aku masih tersangat muda, tidak tahu apa-apa tentang itu, dapat melihat wajah si kecil yang masih belum diberi nama itu detik yang terlalu istimewa, tiada perkataan yang mampu dipadankan dengan situasi itu. Detik yang beremosi itu terlalu sukar bagi aku mengawal titisan hiba itu dari menitis menyembah bumi...ku alunankan azan ditelinga kirinya, mudah-mudahan ia menjadi anak yang solehah, jauh dari bisikan syaitan yang durjana.

Banyak perkara ku pelajari sepanjang membesarkan si kecil yang kini berusia setahun lebih itu, pertama pengorbanan, setiap orang pasti melaluinya, saat dimana orang dibuai mimpi enak, bapa ini harus bangun dan berjaga menguruskan lampin berak dan susu si kecil yang baru hadir menyerikan dunia dan pulang kerja memasak untuk isteri yang berpantang. Mungkin aku ini terlalu sangat ingin berdikari, semua itu aku mahu kucuba sendiri.... sedaya upaya untuk tidak menyusahkan orang disekelilingan.. Aku tidak ingin melepaskan peluang itu, untuk menyelami perasaan ibu ayah yang membesarkan aku dahulu. Sudah adatlah kalau ia bermula dengan kesukaran. Aku bukan mahu sangat mengungkit kisah lalu, tapi sebagai sumber inspirasi, pengorbanan my mother tidak harus dilupakan, ia tetap bersama sepanjang zaman. Sepanjang berpantangnya dia, melahirkan adik-adik aku, tidak langsung aku dapat melihat dia menyentuh makanan berzat seperti daging dan sayuran, perutnya hanya sekadar berisi ikan kering bakar dan nasi putih di sepanjang hari. Berzat atau tidaklah diletak dalam syarat berpantang, padanya memadai untuk ia mengenyangkan. Bukan langsung tiada keinginan, tapi kerana kemiskinan...

My diary,

Pengorbanan ibuku itu bukan sedikit, tidak harus dilupakan dalam catitan ini. Salah satu adik , kini menuntut di Egypt, juga lahir dimusim tengkujuh seperti aku, musim yang amat dibimbangi penoreh getah seperti my mother... sumber pendapatan bukan hanya terjejas... tapi akan terputus dek kerana tiada sumber lain lagi yang mampu diusahan dengan pengetahuan yang mereka miliki. Sebab itulah, kadangkala bila keperluan mendesak, ibu terpaksa mengambil upah menebas...ambil upah memanjat pokok buahan manggis tuan tanah.. satu tugasan yang bukan langsung harus dipikul oleh seorang wanita. Kami adik-beradik masak dengan erti berdikari, memasak dan makan apa yang ada dengan sekadar. Walaupun nasib kita sudah ditentukan... bukan bererti kita harus putus asa berusaha kerana kuasa Pemurah bukan terletak pada manusia. Tidak peliklah kenapa setiap ulangtahun kelahiran, aku tidak teruja untuk menyambutnya.

My diary,

Samaada siang atau malam tak ada beza bagi sekecil itu. Tetap ianya masih lagi mahu rasa dibedung kemas seperti berada didalam perut ibunya sebelum itu, tidak selamat perasaanya dunia barunya itu. Dunia ini terlalu cerah, terlalu luas lantas ia diterjemahkan dalam bahasa tangisan... ada tangisannya kerana ingin dibelai...ada ketika tangisan kelaparan..ada juga tangisan supaya ditukarkan lampin yang baru. Tangannya akan terus menggapai-gapai, kakinya mengais-ngais mahu dibedung dan dibelai sepanjang masa.. sungguh comel si kecil itu. Tiada kemahuan apa-apa selain cukup masa dia disuakan susu. Tersedar aku hakikat ini, yang kita dulu pun sedimikanlah rupa, beriya-iya menangis, kerana inginkan kasih sayang dan belaian... alangkah malang bila ada antara kira yang dah berjaya...dia terpukau dengan keindahan dunia, dia alpa untuk membilang orang yang memberi kasih sayang suatu ketika dulu.. laju dia melangkah meninggalkan orang tuanya dibelakang, tanpa ada sebarang bentuk balasan atas kasih sayang yang diterimanya dulu..dia merasa seolah sudah mampu hidup sendiri dan tidak perlu membazir masa menyusahkan dirinya untuk orang tuanya.

Sebagai bapa aku juga gusar yang si kecil itu pun bakal dihinggapi perasaan sama seperti itu dihari tuaku nanti. Semua orang ingin jadi bapa yang terbaik untuk anaknya. Aku ini apa kurang nya, lebih kurang sama tapi terbaik mungkin dalam konteks dan definisi yang berbeza... terbaik bukan semestinya perlu ditunjukkan pada pakaian mahal, mainan mesti yang mahal. Kata motivator, anak-anak memang perlukan banyak perhatian. Perhatian yang macamana aku tidak mengerti kerana aku ada juga melihat, ada orang sekarang beriya-iya mengatakan sudah memberi perhatian anak-anak lebih dari cukup...tapi hakikat dibelakang anak-anak tidak jujur. Kita bangsa yang suka mempercayai sesuatu teori dan mengharap yang terbaik kerana yakin itu sahaja yang diperlukan dengan menolak ketepi pendidikan agama. Sebahagiannya ada yang mengambilnya sekadar yang perlu. Aku percaya model-model psikologi itu hanya Islam yang mulakan kerana kita ummat yang memang berpanduan hidupnya...penunjuk ajar kita Nabi Muhammad... gurunya iaitu Allah yang menciptakan manusia.. sudah lumrah yang pencipta lebih mengetahui apa yang terbaik terhadap barang yang diciptakannya. Lantas membuat aku ini terfikir aku mungkin lebih bercenderung untuk membentuk anak-anak tentang kerohaniannya.. Fakta yang aku percaya mampu mengawal semua itu.....bak kata orang sekarang Emotional Intelligence (EQ). Dalam istilah kita orang beragama, itu ialah akidah atau juga disebut credo... Lebih malang aku melihat bangsa kita, mendidik anak supaya jangan buang sampah merata-rata, tapi kita masih juga tak ubah sikap.. meninggalkan sampah di tempat awam... sedih betul. Aku banyak belajar contoh-contoh begini daripada orang barat walaupun EQ mereka tak seberapa, tapi intergiriti patut kita respek.

Bukan tujuan untuk meninggi-ninggi, aku memang lebih sanggup memenuhkan kereta sendiri dengan sampah yang aku kusimpan daripada membuang merata-rata ditempat awam, pertama, kerana malu kita sebagai orang islam diwar-warkan umat yang paling cemerlang dalam bab-bab kebersihan, dan bab-bab menjaga sensitiviti orang yang juga mempunyai hak keatasnya, contoh paling mudah, macam ku katakan tadi, bila kita tinggalkan sampah ditepi pantai, kita sebenarnya dah beri satu ketidaksenangan pada orang lain. Perbuatan kita dah memberikan pemandangan yang kurang menyenangkan pada orang dan itu berdosa pada aku. Aku mahu mengambil berat hal itu untuk generasi ini, kerana aku tak mahu mereka bakal menjadi penganut ajaran Islam yang tak menjaga hal-hal yang dikatakan remeh sebegitu, lalu memberi satu imej tidak baik pada orang yang bukan islam. Aku bukan memandang kebarat tapi dalam hal sebegini aku lebih menghormati orang barat. Keintergritian mereka kita tak boleh pertikaikan, contoh yang lebih jelas, kalau dipantai orang-orang barat akan bertelanjang dan tidak pula menjadi kesalahan.. jadi semua orang tidak rasa sensitif dan sedia tahu kalau mereka nak telanjang pergi sahaja ke pantai. Tapi kalau masuk dalam kereta mereka akan pakai tali pinggang walaupun melalui jalan yang tak ada polis. Mereka pakai kerana kesedaran bahawa, itu peraturan yang boleh menyelamatkan dari kemalangan bukan kerana takut disaman. Begitu jugak dalam hal lain, seperti contoh mendahulukan pedastrian..mendahulukan orang yang baru keluar lif. Cuba untuk bersikap ramah menegur orang yang tak dikenali dengan sekurang-kurangnya perkataan hai, hello atau good morning.

My diary,

Saja aku membawa Balqis kekedai pagi tadi sebagai peneman, sudah pandai dia menunjuk itu dan ini supaya aku membelikan untuknya. Aku menegurnya.. itu tak best la kakak.. lalu dia akur, Nah, cepat-cepat aku meberikan sebuku roti Gardinia coklat sebelum dia fokus dengan permintaannya.... langkahnya yang masih baru itu masih belum berimbang... seronok bila melihat dia sudah berkehandak berkejaran dengan seeokor kucing dikedai itu.. Maklumlah sudah dapat kaki walaupun dalam kondisi masih bertatih dia kini sudah pun ada kemahuan sendiri... adil sungguh Tuhan, memberi ruang untuk kita mengecapi zaman ketika tiada berkemahuan apa-apa... Sungguh pantas masa berlalu...Tak sabar pula menanti kehadiran sikecil baru, cahaya mata kedua aku untuk ditimang-timang... yang tidak ada apa kemahuan padanya!



Friday, November 6, 2009

Rindu untuk berpetualang

O.R Tambo 2009


Dear diary,

Terbayang-bayang suatu ketika dulu yang aku adalah seorang yang sangat bercita-cita tinggi walaupun SPM nya tidaklah setinggi mana. Aku mamandang teman-teman aku yang melanjutkan kesekolah yang ternama dengan satu perasaan-- seandainyalah aku ini seperti mereka yang jalannya sudah diterangi, alangkah bahagianya. Tinggi menggunung cita-cita aku itu hingga menjadikan aku manusia lone ranger, merempuh apa sahaja halangan tanpa rasa silu dan serik. Mulai saat itu aku tidak menoleh kebelakang lagi...

Tadi, lama aku merenung album digital yang ada dlm simpanan hard disk itu, hanyut seketika dalam bayangan merenung sejauh mana kemajuan yang sudah ku kepergi. Aku masih belum puas mengejar angan gilaku itu. Begitulah terdetiknya dalam doaku--aku berharap agar ada sesuatu yang bermakna dapat kutinggalkan kepada sikecil yang bakal menyambung warisan walaupun aku tidak memiliki walau seinci gambar untuk boleh ku jadikan kenangan waktu kecil dulu.

My diary,

Dulu sewaktu di bangku sekolah, niaian 20 sen pada aku cukup bermakna bagi mengisi ruang perut yang selalu dibiarkan kekosongan. Memadailah dengan menelan sebiji donat dan secawan sirap sejuk.. atau adakala aku ingin mengikut teman-teman membeli nasi lemak di kantin, aku sudah bersedia berlapar disekolah untuk sehari dua supaya esok atau lusa dapat kubeli nasi lemak kuidamkan. Aku habiskan masa diperpustakaan demi melupakan waktu rehat. Apa yang aku perasan, perangai itu terbawa hingga sekarang, ke perpustakaan walaupun bukan untuk membaca macam bukan lagi kejanggalan. Kdg2 aku saja kesana hanya pinjam buku-buku... walaupun aku tahu aku tak akan membacanya.

Berjalan kaki berpuluhan batu dari rumah kesekolah dengan kasut yang rabak. merempuh jalan lama yang berbelukar, menyusuri titian usang kecil demi memendekkan jarak perjalanan. Mengutip getah sekerap dihujung minggu bersama my mother, memetik kulat yang tumbuh dipokok tumbang selepas waktu hujan, paku pakis di belukar untuk sayuran..berak dan mandi disungai sebagai rutinan, berkongsi hasil tanaman kontang di tanah orang. 'Sebesar' itulah dunia yang kutahu pada masa itu.. tiada siapa yang menyakini dan memberi harapan apa-apa pada manusia seperti aku kerana adatnya semua orang tahu. Itulah perjuangan yang tidak siapapun akan faham kecuali orang yang melihat dengan mata hatinya, berfikir dengan akal yang dimilikinya. Semua itu bermakna buat aku.

Berpetualang

My diary,

Masih terasa moment bila mendapat berita peluang bekerja dibumi asing, mulanya aku tidak percaya aku deserve untuk semua itu. Pilot yang membawa penerbangan MAS ke Johannesburg malam itu begitu harmoni dan islamik. Aku sebenarnya tidaklah merasa kekok, kerana bukan kali pertama aku pernah terbang. Cuma beribu persoalan menyulami aku malam itu, destinasi kali ini bukan lagi KUL-KB. Tak nampak langsung kelibat anak melayu menjadi penumpang kelas ekonomi malam itu melainkan aku, selebihnya ramai penumpang ke Cape Town dan Bounes Aires. Mendaratlah aku di O.R Tambo airport keesokan hari, terkontang kanting melangkah kaki seorang diri di bawah bayu afrika selatan yang menyucuk urat-urat sendi. Sumbang rasanya langkah kaki bila berseorangan dibumi orang. Transit sementara itu melelapkan aku seketika, bila tersedar.. terasa benar kehilangan my wife dan anakku..terasa seolah mereka mencari-cari..aku baru menyedari yang rupanya aku kini berada berpuluh ribu batu jauh dari mereka. Masih ada satu lagi penerbangan perlu diambil untuk sampai ke Blantyre. Lambaian my wife dan balqis disaat menghantar di international bording KLIA semalam silih berganti diminda. Balqis masa itu baru 8 bulan. Sayu meninggalkan sikecil yang tak mengerti apa-apa. Syukur, tak begitu sukar perut melayuku menukar tabiat nasi kepada makanan ruji lain. Aku mudah menyesuaikan apa sahaja makanan, roti , pizza, potato chip, tapi ia taklah semudah mana..sebenarnya yang mengawal diri kita hanya mental. Setiap traveller memang harus bersedia mental.

3 bulan kemudian, aku pulang dgn membawa berita gembira, 3 tiket penerbangan semula ke Malawi sudah ditempah, langkah dagang kali ini diiringi anak dan my wife. Peluang apakah ini? Sekali lagi ku menginjak kaki di OR Tambo, Singapore Airline tadi tidak menyediakan sarapan pagi seperti yang aku jangka, tambahan pula sukar mendapat makanan halal di situ, nasib ada satu kedai sandwich walaupun dijual sebelah menyebelah dengan beacon khinzir. Itu aku kira tawakallah.. Pengalaman berharga ini tak akan boleh dibayar dengan wang ringgit.. Pengalaman berperang dengan nafsu untuk keluar dari kepompong 'minda kelas ketiga' seorang anak melayu.

Kalau dulu ditempat sendiri aku rasa, aku sudah berusaha lebih dari orang lain, tapi definasinya sungguh berbeza bila ditempat orang.. disini wujudnya persaingan. Disini aku sempat belajar apa itu makna urgency yang sebenarnya.. kalau kita tidak bersungguh-sungguh, semua usaha jadi sia-sia kerana kita dikerumuni ramai pesaing yang bermacam bangsa. Suatu hari aku terdengar orang yahudi cuba melobi, untuk mengambil alih kerja yg syarikat aku buat disitu. Jadi aku belajar apa itu kesusahan, dugaannya extra ordinary.. memang tiada ertinya kalau berada ditempat orang tanpa rasa sebarang kesusahan.

Aku membayangkan melayu kita yang bersenang lenang di negaranya belum pasti sanggup menghadapi semua itu kalau masih bermindakan 'keja cincai tak apa, asal cukup bulan gaji dapat' ...jika minda kita tidak segera diubah, 10 20 tahun lagi mungkin kita tak mampu untuk mengejar bangsa lain yang sudah beratus tahun maju kehadapan. Peluang itu membuka luas mataku, untuk keluar dari kepompong kemalasan, kadangkala kita perlu ambil sedikit masa merenung diri, menyelongkar rahsia bangsa lain di luar sana melihat bagaimana mereka memulakan hidup ditempat orang, tak usah jauh-jauh, kita tengan Indonesia dan bangladesh yang datang ke Malaysia. Andai kita rajin berusaha, campaklah dimana-mana pasti tumbuh. Jangan merasa hairan kalau terlihat bangsa cina dari tanah besar yang sepatah haram tak tahu bertutur Inggeris tu pun boleh hidup merata di segenap pelusuk Afrika... terus terang saja kita bangsa yg tak mahu susah-susah. Nak dapat kontrak dengan cara senang, cukup sensitif tentang hak istimewa itu walaupun berada di negeri sendiri. Markah kita lemah dalam persaingan.

Sayu aku melihat ladang-ladang gandum yang membentuk lingkaran dari corong tingkap pesawat Airbus SAA, seakan ia melambai ketika aku mengambil keputusan pulang ke Malaysia. Aku meninggalkan perjalanan yang paling manis dalam hidupku. Aku pasti merindukan lawak jenaka Jean yang selalu mengusik hati, teman sekerja yang baik seperti Anthony, Mike dan Maga . Ku renung gambar-gambar kenangan itu lama-lama, membuat aku rasa rindu untuk berpetualang lagi. Destinasinya.....ku tinggalkan menjadi tanda tanya.. Wasalam.


Kepulauan Madagascar from the air



The screen...saja aku snap masa pegi first time aritu, igtkan itu pertama dan terakhir dah.

Perlukah aku menulis seperti ini lagi?

Dear diary,

Duniaku gelap suatu masa dulu, aku ini buta segalanya.. ku fikir tuhan saja membiarkan kerana ingin menduga usahanya kita.. minda dijajah oleh manusia terus menerus...aku tidak langsung terfikir aku akan jadi manusia yang berjenama.. jenama seperti cikgu, pegawai, pengampu dsb...ku fikir aku hanya mampu menyambung karier seorang penoreh getah atau sepaling tinggi pun, seorang pemuda kampung yang tak ada masa depan dengan kerja yang tidak menentu...mungkin seorang buruh binaan rumah.. atau seorang operator kilang. Tidak langung terdetik aku boleh menenjakkan kaki sejauh2 benua.. di bumi Afrika Selatan yang jauhnya berpuluh ribu batu, duduk dibawah angin sejuk 5 darjah celcius.. bersosial manusia yang pelbagai warna kulit..perbagai jenis warna mata..sehujung pelusuk holand, romania, perancis.. rasa seperti bermimpi.. tidak pernah aku berangan untuk mengejar semua itu dulu.. kerana secara adatnya mustahil daya yang aku ada ini untuk menggapai untuk semua itu. Aku kenal benar siapa keluarga hina ku ini... aku mula bangkit dengan berkongsi warna warni kehidupan, influence dari membaca kisah2 pakwattan salah seorang perantau di U.K 90an membuka tirai yang menutup minda aku yang sempit selama ini. Objektif aku berkongsi plot suka-duka aku yang mungkin ada manfaatnya untuk manusia lain... yang masih kegelapan.

Hakikatnya dunia ini sungguh menyeronokan! membuat kita tak puas-puas mengejar sesuatu.. Aku sedikit2 mencatit kisah silam yang tak putus memberi aku semangat untuk berjuang...dari sekecil2 diari hingga seluas2 blog.. menulis adalah satu keputusan mengukur pencapaian diri aku untuk dipamerkan sebagai renungan, tatapan buat manusia yang berakal.. betul atau tidak itu hanya cetusan peribadi hamba pacar yang hina. Aku bukan orang sastera yang reti mengarang kisah dongeng... semua yang ku tulis itulah realiti.. jalan yang sudah aku lalui berzaman lamanya masih belum lapuk ceritanya... Tanpa tulisan seperti itu aku bimbang kisah yang bernilai itu akan luput dari ingatan ini... rugi kalau nilai yang baik ada dalamnya pergi tanpa catatan.

Mungkin lately.. ramai yang salah pandangan.. lebih-lebih lagi aku salah seorang manusia yang pelik... tapi aku bukan lupa daratan!! Kalau benda yang kita buat betul kenapa kita nak takut. Contoh ada sikit kena mengena..ditakdirkan aku dijodohkan dengan salasilah negeri 9... pada mulanya ramai penasihat tak berbayar cuba menakutkan my mother.. aku mana peduli. Selama mana kita nak ikut telunjuk orang. Takkan keputusan hidup mati kita orang tentukan? My point, as long fullfilled syarat yang islam beri kenapa kita perlu takut, tuhan tak letak syarat negeri mana orang itu..warna kulit apa orang itu.. kita kena akui susah utk keluar dari kepompong yang menghantui generasi ini..kenapa perlu sempitkan pemikiran sampai begitu rupa. Walaupun permulaan agak pahit tapi aku percaya akan ada manisnya! Itu antara contoh warna warni hidup aku ni..

Tak semuanya cerita dapat aku diingat dengan baik, namun ada plot-plot yang aku cuma nak highlightkan sejarah suka dan duka aku itu hidup sebagai pendatang, stranded dibumi asing...yang mana setiap detik cukup bermakna kerana didalam itulah adanya pelbagai kisah, dari sebesar2 perjuangan kami untuk menjadi seorang manusia yang yang diiktiraf warganegaranya hingga sebawah-bawah pengiktirafan iaitu pengiktirafan manusia yang mengukur jurang kefakiran membuat tidak layak untuk kita mendekati mereka dan orang ini, kini mula2 menyebut keberuntungan yang kami raih..tanpa memandang zaman air mata yang dilalui... tiada apa rahsia untuk dibongkar melainkan sabar, rajin, usaha dan tawakal. orang kita sememangnya 'pelupa' dalam setiap kejayaan pastinya ada zaman jerih payah.. Permulaan kehidupan itu penuh dihantui ketakutan...gelap gelita hidup tanpa sebarang petunjuk.. hidup dalam keadaan masyarakat hanya semata-mata menilai manusia atas dasar duit bukan ilmu pengetahuan. Mereka tidak bersalah...cuma aku tiada bukti yang menyatakan duit adalah bukan pengukuran yang adil untuk manusia itu mulia atau tidak. Wassalam.

Thursday, September 10, 2009

Bila orang bercakap mengenai baju raya

Assalam,

Apa khabar teman,

Ramadan sudah pun hampir kepenghujung, baju raya tahun ni macamana? pasti ada yang dah siap ditempah sebelum ramadhan lagi tapi aku dan isteri belum bercadang nak beli apa pun. Agaknya ummi pun sudah sampai ke tahap tak kisahnya tentang hendak berbaju raya ni. Apa nak buat, ekonomi tahun ni merundum teruk. Tambah lagi isteri yang bakal melahirkan anak ke dua kami dipenghujung tahun ini nanti.

Ada seorang kawan masa belajar di sekolah rendah dulu. Nama dia Ibrahim. Dia anak yatim... tak macam aku yang ada ayah. Keluarganya susah mungkin lebih tegar dari keluarga aku. Seingat-ingat aku baju sekolah dialah lah yang dijadikan baju rayanya, dek kerana tak ada sangat baju baru untuk dipakai. Itu cerita ibrahim, berbezanya dia dengan aku, disekolah dia tercicir..ikut pelajar bermasalah, merokok. Aku kalau tak kerana mek yang buta huruf tu dok paksa siang malam mengaji.. pasti tercicir sama. Orang kata kalau kita baca quran selalu hatinya cerah. Mungkin ada cahaya yang mengiringi jalan aku untuk sampai ketahap ini. Kesian Ibrahim, entah apalah nasib dia sekarang...

Walaupun aku ni tak setegar keluarga Ibrahim, tapi kami pendatang dimata orang. Duit sentiasa tidak cukup untuk memenuhi kehendak kami adik beradik tambah lagi musim perayaan dulu hendak masuk waktu musim buka sekolah. Baju raya yang sudah bertahun dalam almari itulah yang menjadi penyeri raya sehingga dua tiga musim. Mek memang sengaja telah siap-siap beli saiz yang besar. Bermula saat itu aku langsung tidak kisah akan baju raya, kalau kakak aku dibeli baju baru, aku tak berhajat untuk ada baju baru. Aku hanya sangat berhajar nak kumpul duit raya, untuk beli mercun. Sebagai budak-budak dizaman tu, orang yang memiliki mercun umpama raja, kanak-kanak lain akan mengekori sahaja kemana pergi untuk bersama-sama berseronok. Tapi itu dulu...

Balik hari ni, masuk kealam ibubapa ini, aku rasa tak sampai hati untuk anak kita tak berbaju raya dihari raya. Mek dulu-dulu dia tak mampu, tak apalah, itu sebab bila masuk sahaja raya sekarang ni, dia selalu tanya aku, baju raya dah beli ke abe... dalam kepalanya dia memang berhajat untuk belikan untuk aku. Kesian pulak bila tengok dia bersusah payah, tapi mek kini bukan mek dulu... jauh berbeza. Sudah 2 tahun mek membeli baju raya untuk aku. Aku rasa terharu, melihat gelagat mek, bila nak masuknya raya. Mulalah dia tanya dok menanya aku, baju raya macamana. Excited dia hendak belikan cucunya Balqis baju raya. Dah dua pasang dibelinya... kedua-duanya pink. Aduh boleh tahan jugak citarasa mek.

Salam 21 Ramadhan.

Sunday, August 23, 2009

Dugaan itu ntuk orang seperti aku

Salam 2 Ramdhan,

Ramadhan kau datang lagi, apalah catatan buku amalan aku yang dibawa naik kelangit tahun ini, berapalah kalau nak dikira akan markahnya? Mudah-mudah pointer amalan yang baik tahun lepas melebihi amalan mungkarnya. Duhai kawan, ku ingin berpesan pada diriku dan semua, ayuh manfaatkan bulan istimewa ini dengan amalan-amalan sunnat, bersedekah pada yang tak bernasib baik. Demi melakari warna warni dunia sebagai seorang yang hamba Allah, aku sebolehnya mahu menostalgiakan Ramadhan itu satu kenangan yang sukar dilupakan. Hari pertama puasa tahun ini aku berbuka dengan ondeh-ondeh dan ayam percik yang aku buat sendiri. Kuingin puasa tahun ini menjadi cerita suatu hari nanti. Ramadhan datang dan pergi wahai teman, tapi nostalgia tidak pernah pergi dalam kepala ini, ingin sahaja di coretkan semuanya, agar tulisan ku ini menjadi ratapan untuk anak-anakku dimasa hadapannya. Apanya yang beza puasa orang dulu dan sekarang? Bagi orang zaman ini, tidak ada bezanya, arus kemodenan menenggelamkan sejarah, menyukarkan generasi sekarang menggambarkan sesuatu berlaku di 10-20 tahun dulu. Waktu kita dikampungan, keanak-anakkan... waktu meliang lintuk untuk dikejutkan bersahur.

"Assalamualaikum... Ni sedikit ayam sedekah dari Cikgu Napi."

Bila tiba Ramadhan, ini lah yang aku kalimatkan setiap kali terpacak di depan rumah orang yang namanya telah disenaraikan oleh Chik, isteri kepada cikgu Napi. Ditugakan mengambil dan mengedar kepada 4 buah rumah sehari, sepanjang bulan puasa itu.. sangkaan aku barangkali ayam-ayam ini untuk menzakatkan harta mereka yang banyak itu. Bukan semua orang aku kenali dikampung itu, dek kerana pengalaman menghantar kuih yang aku ada inilah, malu itu sudah jauh kulontarkan pergi. Muka tebal inilah...kehulu kehilir dengan basikal mini bilaman kawan-kawan sudahpun pandai kesana kemari bermotosikal ex5, Yahama SS kepunyaan mak bapa masing-masing. Tapi aku ini sanggup, menggadaikan waktu bermain, bila mana orang bertanyakan aku ni anak siapa, aku kenalkan mereka aku ni anak Kak Som Man Maggie. Itu gelaran famos ayahku dikampung itu. Adalah tu sejarahnya...tapi tak pula aku selongkari. Dan aku dapati, nama aku menjadi tersohor, meniti dibibir orang kampung. Berjuruh kata mereka. Sanggup menggadaikan masa bersuka ria seperti budak-budak lain, demi keluarga. Aku berkayuh basikal, mula dari rumah Pok Man nun sebelah kubur hingga ke hujung kampung jiran sebelah yang tidak langsung aku kenal orang-orangnya.

Merantaunya aku ke Kuala Lumpur untuk mencari ilmu, projek tahunan Tuan aku itu dihentikan dek kerana tak ada penggantinya seperti aku, tak ada siapa yang hendak ambil upah macam aku buat. Bagi Ibubapa, budak-budak macam baya itu buat apa bersusah-susah memikirkan soal duit perbelanjaan macam aku, bimbang anak-anak mereka diperhambakan orang, demi duit upah yang tak seberapa seperti aku dapat. yang pasti untuk menjaga air muka keluarga. Sempadan itulah yang menyempitkan minda orang kita. Lagipun bagi orang tempatan... tiada nilai sangat kerja macam aku buat tu. Bila sesuatu pekerjaan untuk orang seperti yang lakukan, kerja itu paling "lowest" class. Mustahil untuk orang lain ikut. Kerja tak ada kelas. Kita sibut dengan tugas melabelkan kerja-kerja tertentu untuk anak pengemis yang tiada tanah di negeri orang. Kerja yang layak untuk budak-budak miskin yang ibubapa tak mampu tanggung anak-anak bersekolah. Macam kita sekarang memandang Indon, Bangla... yang buat kerja-kerja yang orang Malaysia kita tak nak buat. Orang kita ini kadang-kadang terlalu memandang rendah kerja orang dan melebelkannya dengan yang tidak sepatutnya..

Demi ibu bapa yang sudah lama hidup menderita ditanah orang, aku tak mahu jadi anak yang hanya makan minum dan serba serbinya ditanggung oleh mak bapa yang sudah sedia susah.. aku sanggup memikul sebahagian tanggungjawab mencari rezeki daripada keluarga untuk tanggung adik-adik dan kakak, kalau tak banyak mungkin memadai dapat beli baju raya yang dibeli dari upah yang aku dapat. Setiap kali ramadhan tiba, hendak berniaga sate seperti biasa mana pula kedai kopi buka, kecualilah bila ada tapak kedai orang yang ingin ditumpangkan kuih di gerai ramadhan mereka, mek buat kuih muih untuk dijual, itu pun terpaksa pilih kuih-kuih yang orang lain tak buat. Selalu...mek dan kakak aku bertungkus lumus dengan karipap dan popianya. Tugas aku seperti biasa sebagai penghantarnya...kayuh kesana kemari.. menghantar dan mengutip saki baki kuih yang tidak habis dijual. Karipap mek itu pernah menjadi sebutan suatu masa dulu.

Begitulah sebahagian kisah ramadhan aku zaman sekolah dulu.

Bersambung harapnya...

Atas Singapore Airlines
travel from JNB to SIN


Oak Ma Ten..

Friday, June 12, 2009

Ziarah ke Mangochi

Kerana menulis blog bukan tugasan yang wajib untuk saya tunaikan, jadi tak mengapalah kalau sudah sebulan saya berjauhan dengan arena blog ni, dan kini saya disini kembali. Dunia blog sungguh berbeza harini, menyampaikan apa yang hendak disampai boleh dilakukan setiap saat hanya melalui blog masing-masing...peranan blog ni seingat saya zaman tingkatan 5 dahulu, jadi sekadar tempat menulis apa aktiviti harian kita.. sebab itu asal namanya web log... Harini aliran penulisan blog seiring dengan minda manusia suka kepada inovation untuk mecuba sesuatu yang baru. Manusia teruja untuk berkongsi cerita kehidupan mereka kepada dunia dengan cara yang komersial dan non-privacy. Iaitu menulisnya di blog. Mekanisma yang digunakan, menjadikan masyarakat blog (penulis) terikat untuk menghidangkan para pelawat blog yang mahu mendengar panglipurlara mereka setiap hari. Keterikatan itulah yang mula menjadikan masyarakat blog mula hanyut dengan dunia mereka dan mula menjauhkan diri dari dunia realiti. Namun kita tak dapat sekat kemahuan itu, lebih-lebih lagi orang harini bercakap-cakap tentang kehebatan blog masing-masing. Masing-masing sibuk mengumpulkan ribuan-jutaan followers... Itu tak temasuk lagi F.B, F.S. Namun ramai juga yang memanfaatkannya dengan baik.


Kami bertiga bersapau di sekitar Mangochi (Malawi Lake), jarak perjalanan sahaja memakan masa 3 jam dari bandar Blantyre. Kerana saya tidak arif langsung jalan ke situ saya meminta Siliva, chief driver TNM, untuk memandu kami kesana. Melalui pekan Zomba, dapat lah tengok gunung dia, Zomba Mountain ke dua tertinggi selepas Mulanje di Malawi ni. Dengan perjalanan yang beratus kilometer dengan dapatlah kami bertiga menikmati pemandangan kampung-kampung di Malawi ni dan bukit bukaunya yang mengagumkan. Isteri saya sangat teruja dengan pokok BoaBoa yang sebesar 7-8 pemeluk, maklumlah inilah kali yang paling jauh dan lama saya dapat bawak jalan-jalan melihat the real afrika... dan tiba-tiba haritu dapat tengok BoaBoa. Kami waktu itu melalui satu kawasan savana, kering tempatnya tapi panasnya tak terik sangat. Walaupun savana, tapi tak da nampak binatang liar pun. Hanya pokok-pokoknya sahaja yang menggambarkan itu kawasan itu savana, cuma adalah satu tempat tu, bila betul-betul kami berada sempadan Mozambique, Siliva memberhentikan kereta kami, turun dan menuju ke tempat orang ramai berkumpul, katanya seperti ada Hippo yang baru keluar dari tasik berdekatan. Dapatlah tengok secara live badak hippo tu, tembam setongkol macam Balqis.. tak tahu mana arah nak di tuju.

Sampai sahaja di lake, masa tu, dah pukul dekat pukul 1 dah, sempat spent 1 jam jugak dekat situ. Tak tahu nak describe tempat nya, cantik dan aman, angin sepoi-sepoi bahasa, tasiknya berombak. Dah bosan bergambar, balik. Singgah dekat satu louge berhampiran untuk makan ikan Chambo... ikan tu nak tahu kat tasik Malawi ja ada. Memang harga tak padan kalau nak beli kat Blantyre, kat situ harga murah lah sikit tapi masih mahal kalau nak banding tempat kita. Pada Orang Malawi ikan tu makanan yang mewah, kat luar dari Mangochi ni tak berpeluang nak makan ikan selalu macam kita....

Ada satu minggu lagi kami di sini, hari ini sabtu terakhir kami disini. Saya luangkan masa bawa dorang keluar lagi, kali ni meronda-ronda pekan Blantyre kemudia ke Tyolo Road yang pernah saya ambik gambar dulu, melalui ladang teh yang menghijau dan satu pekan yang menjual sayur-sayuran segar. Berhenti kat pekan tu, cik ummi nak tengok kain-kain untuk beli buat balik, satu pengalaman yang best untuk dia, berada di tengah-tengah orang-orang afrika kawasan yang penuh dengan penjaja-penjaja. Kotor dan berdebu sangat tempat tu kalau nak banding pasar tempat kita yang lengkap serba-serbi. Dorang menjaja atas tanah macam tu saja. Tak sempat nak berlama-lamaan... risau keadaan berdebu tu beri kesan kat Balqis. Ummi nampak sungguh tersenyum dengan kain-kain yang dibeli. Nasib tak baik betul minggu ni minyak kereta kena isi sendiri, sebab dua minggu sebelum tu, saya dah mengahabiskan setangki allocation minyak TNM untuk kereta tu untuk berjalan ke Mangochi. Minyak kereta sini satu tank RM400... Kalau tank tak kosong, mahu sampai ke Mulanje pulak lepas tu. Eceh..sangat lah jahat idea saya ini...berkomplot dengan Ummi Balqis untuk perabiskan duit TNM.

Apa pun harap orang yang membaca terhibur dengan cerita saya yang malas nak menulis ini, kalau tak terhibur, pandai-pandailah hiburkan diri masing-masing ya!

Gambar-gambar yang sekadar ada ini ......berjanggut nak upload.


Sekian dulu dari kami di perantauan,
Abbi Balqis & Family

Saturday, April 25, 2009

Beli PowerBook

Lama betul menunggu peluang untuk update blog. Terima kasihlah pada yang bertanya dan tinggalkan komen2. Dimana hendak saya mulakan ceritanya..

Powerbook pun sudah cukup
Pada suatu hari ketika mana saya berjalan-jalan seorang diri di sebuah plaza, tiba-tiba saya telah terbeli PowerBook ini, ini sebenarnya barang lama tapi masih dalam kategori good condition. Sungguh dia idaman hati saya sejak belajar di kolej lagi dan cukuplah dengan apa yang saya dapat ini, cukup untuk buat kerja, dek kerana kerja saya ni lebih menghendakkan saya pakai UNIX. kalau fikir nak yang bagus-bagus, nak berstail-stail mcm orang dah lama saya terbeli macbook pro. Maka cewah la jugak, ini konon-konon first time taip blog guna mac. 3-4 hari jugak la nak bagi hilang kekok. Itulah, kalau kat window asyik dok mengright-click je benda-benda. My wife sudah boleh berseronok lah dengan laptop Dell dia tu...

Ke pesta buku.
Pagi isnin saya merayau-rayau di PWTC, entah... tak tahu nak hala kemana. Seperti yang difikirkan ada baiknya saya ke Pesta Buku... dah sampai kesana, macam2 pulak fikir hendak dibeli. Memborong buku sakan jugak... sekadar percubaan untuk meniaga online. Selepas deal dengan pengedar dia, dapat la sikit pada harga borong. Kedai online saya yang bakal dinamakan eSHOPPY ini akan dilancarkan pada bila-bila masa dari sekarang. Sabar & Tunggu OK..........

Ke pesta buku lagi
Hari sabtu semalam, ke pesta buku lagi, kali ni dengan balqis dan umminya. Tak seronok langsung, orang ramai macam ulat. Nak bernafas pun susah.... Humaira bukan boleh duduk diam kalu tempat panas2 mcm tu. Mula la garu2 kepala... pusing kiri pusing kanan. atlast, Ummi Balqis saya sudah dapat dia punya terjemahan Al-Quran kecik, jgn main-main kaler pink lagi, novel Salju Sakinah dia dan Memoir Seorang Giesha. Saya sempat sambar satu Kamus Dewan. 30% diskaun, not bad. Lepas ni boleh la bercita2 untuk menaip novel pulak... hacceee. Poket sudah kering, hati sudah gembira, terus saya ajak ummi Balqis balik. Penat bukan sebab lama berpusing, tapi penat dengan sikap orang Malaysia yang tak mahu beri laluan pada kita yang bawak anak kecik. Penting diri sendiri betul orang kita.

Babby sitter
Saya seminggu dua ni menagasuh balqis saja kerja nya. Minggu depan tak tentu lagi ni? 10hb Mac ni entah jadi ke tidak ni?

Berniaga lembu
Berkesempatan juga saya pulang ke Kelantan melawat keluarga tersayang. Bukit Bunga masih tak banyak yang berubah, tetap sama seperti dulu. Cuaca sangat panas. Tak tahan dek kerana pembawakan suhu di Blantyre... Saya menyatakan hasrat untuk menternak lembu pada mulanya, tapi dek kerana masalah tempat saya dicadangkan untuk hanya berniaga lembu, ayah sudi membantu dari segi penjagaan dan beli lembu. Bela semingu lepas itu jual. Mudah-mudahan ini pun berhasil la juga.

Apa khabar orang Malawi
Apa khabar Jean Kalampa, Maganizo Kawiya, Mike, Anthony dan kawan-kawan yang lain? Sebelum balik, Jean sempat menghadiahkan saya 2 ukiran patung seorang tua afrika. Sangat cantik dan berterima kasih, sungguh dia seorang teman yang friendly. Saya membalasnya dengan sekeping kad buatan tangan, kat Malawi cenderahati macam itu boleh dibeli dari penjual jalanan.

Teringat Minah Johannesburg
Encik Wan, peniaga bunga batu di Johannesburg, berkahwin dengan Mat Salih South africa pada asalnya, banyak memberi tunjuk ajar kepada saya, kemana untuk saya berjalan, jalan mana yang kena saya guna kalau tak nak kena rompak. Memang betul, sepanjang 2 malam saya bermalam di Bandar Sandton, tak ada apa2 yang tak baik berlaku. Terima kasih atas nasihat beliau. Saya merindukan saat merayau-rayau di Mandela Square... ada seorang minah mat salih ni, dia say hi, then bila dia nampak saya pegang kamera, terus dia tanya nak mintak tolong ambik gambar. Maka dapatlah saya tangkap sekping gambar di Mandela Square tu... Alangkah bagusnya kalau ini yang berlaku ditempat kita. Shopping mall kat Mandela Square tu sangat hebat, mungkin lebih besar dari Midvalley. Kat dalam banyak dijual barang antik kepunyaan mat salih. Wah.. sungguh terasa nak beli, tapi harga kita kalau nak banding duit kita tak berbaloi.

See you next time Africa!

Tuesday, April 14, 2009

Gambar di Sandton , Johannesburg

Wow saya terpaku disini! kota Joburg yang meninggalkan seribu kenangan buat saya..




Sandton - Johannesburg

Gambar Tyolo Rd

Ladang teh ni ada sepanjang jalan sampai ke Limbe.. memang lawa view dia

background gumtree
Tak tahu apa spesis pokok ni

Gambar jalan-jalan di Mulanje







Sunday, March 29, 2009

Zikra buat sang mujahidatun, perindu cinta Ilahi

Buat para muslimah amnya, istimewa buat puteri abbi, Balqis & umminya.... Mari kita renung sejenak, kemana halatuju dan pilihan yg kita ada, selamat bermujahadah para mujaa9hidun

Gadisku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.......

Gadisku....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ...... sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah..........

Gadisku ....

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.

Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ... Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Gadisku......

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..

Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri".


Credit : Muhammad Nazir (SIM)

Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Tuesday, March 24, 2009

Nostalgia rumah lama (3)

Malam sudah melabuhkan tirai, stylus ipaq ni, semacam berjoget2 pula :), ada sesuatu yg ingin dicoretkan... Dari sampai tadi saya tercari-cari akan dimana saya letak buku nota fido-dido , selalu saya usung kehulu kehilir, mungkin malam ni nasib tak baik... terlupa bawak balik, punah semangat menulis tadi . Saya teruskan dengan apa yg ada sahajalah... Buku nota fido dido saya itu ibu segala ingatan saya, disitulah punca dimana kalau saya lupa akan sesuatu..saya tak ada ummi balqis utk mengingatkannsaya tentang apa2 disini. Segala keyword-keyword penting ada dlm nota tu kalau tiba2 ilham muncul. Mudah utk si pelupa mcm saya memulihkan ingatan. Suhu diluar pagi ni sudah menurun ker 15°c ... dgn angin sejuk kencang bertiup kt luar, cuaca di Blantyre 2-3 hari ni hujan, sejuk. Malasnya sungguh rasa nk bergerak dari katil, kalau tak der lah heater rumah ni, hampir sah saya pergi kerja dgn muka tak mandi pagi... Bukan tak penah dibuat saya perangai ni zaman2 sekolah dulu... Nak mandi pagi punyalah liat saya sorang ni, kesejukan mandi air telaga pagi2 menusuk sampai ke tulang sum-sum... dah lagi tu, sebelum mandi nak kena mengaral (timba) air dulu... Lagi lah tak sanggup. Hmmm..memandangkan cerita2 lama pun bermain2 di kepala ni, so...... saya teruskan bercerita pasal zaman itu. Entry nostalgia rumah lama pun bersambung..

Untuk mek memastikan tak ada alasan kami bertiga mandi lambat, selalu mek pastikan dia sempat jeram air panas subuh-subuh, kdg2 air panas tu dicampunya dgn campuran daun jambu batu, special case utk saya ni yg selalu sgt kena virus kudis buta. Barangkali masa tu sudah puas mek berusaha mengubati kudis saya itu, tak jugak2 berkesan. Bubuh pininselin...ubat yg paling power masa tu.. Pun tak jadi2... Mmg buta sungguh kudis itu. Tak mengenal org... Bukan mampu utk mek nk beli ubat selalu-selalu mcm org... Tapi ikhtiar tetap berterusan.. Daun jambu dikatakan boleh redakan bengkak2 ? Mek tak suka membazir duit... Kalau tak menjadi, ikhtiar cara lain. Mek punya garang, kalau bab bazir membazir ni tak usah ckplah, kalau syampu rambut tertumpah pun, silap hari bulan ada yg kena tibai... jangan lah nk buat terbolah-terbolah (cuai)..kata org kelantan..

Cerita ini sebelum saya bersekolah rendah, subuh-subuh hening, semua kakak-kakak termasuk saya kena turun ketelaga bersama2 utk mandi. Saya ni menyamar je mcm nk pergi sekolah...padahal lepas hantar kakak, ayah akan bwk tempat mek menoreh getah lepas tu. Saya tak suka panggil kebun getah.. Sebab kebun itu bukan kami yg punya... Kami panggi dia 'ddalle getoh'... Menandakan tempat tu, tempat org mcm mek menoreh getah.. Kalau org tanya ... Nok gi mano ? Kita jawab.. Nok gi ddale getoh mek smenta.. Mksud dia... Nak pegi tempat mek menoreh getah meta. Sekejap lagi, enjin motor honda 90c old school ayah akan berbunyi, atau kelantan panggil honda butir nangka*. Tak ada baju yg bergosok menunggu untuk kakak2 saya, mereka memang nampak selekeh serabai..tak mcm anak perempuan kak nik sepiah yg sebaya mereka, kami berjiran selang 1 biji rumah.. Anak-anak mereka cukup dgn kelengkapan sekolah..baju tegang bergosok. Waktu itu tak ada sorang pun pandang org seperti mek, saya, kakak2 saya ni, setaraf seperti mereka pandang mek dan kami hari ini..sekali pun sesama kami budak2. Org pandang kita ni, dahla menumpang, tak da tanah sejengkal kera, ada hati nak masuk geng dia... Samalah mak ayah dia... Kalau apa2 berlaku, tak der org lainlah yg dia nk point... Kitaorang make it dgn apa yg ada.. Kerana persekitaran itu, saya sgt saya berbeza dgn budak lain, zaman sebudak itu saya dah ada terdetik untuk berfikir benda2 ini semua dgn waras. Cuba saya tak pandai menulis lagi. Kami tak sikit komplen dgn wang saku sekolah sbnyk 20 sen sehari diberi setiap kami... Cuma kalau musim farduain tu penat sikitlah... Itupun boleh kata jrg kakak-kakak saya ni mkn tghri, 20 sen apa sahaja yg boleh dibeli zaman tu nasik lemak pun dah 50 sen...melainkan tiga hari kumpul, baru boleh beli sepinggan nasi lemak. Sementara tunggu kami bertiga sudah, mek akan siapkan makanan harian kami untuk sarapan, telur dadar goreng dan ikan rebus goreng.. Menu itu lah yg paling ringkas dan jimat. Masak dapur kayu rasa dia lain. Telur dadar dia selalunya berbau asap kayu.. Separuh dibawa bekal masuk ddale getoh mek, saya dan mek mkn lepas mek habis menoreh nanti sambil menunggu getah jadi beku. Itu saya kata... mkn dikebun getah lebih sedap dari dirumah... Sbb dlm suapan mek utk saya..saya boleh rasa sayangnya seorang ibu pada kita... Walaumacamana dia marah kita, sebelum2 ni...berharga sungguh moment itu.

Cerita masak-memasak dapur kayu tidak berkesudahan disitu, org kebanyakan zaman tu dah pakai dapur gasolin atau dapur arang dan ada yg pakai gas pun ada, kami tak der jauh lagi nak merasai dapur jenis itu, kami ada cara tradisional kami, berasapnya dapur kami bergantung pada bnyk mana kayu api yg ada...untuk memastikan kayu api sentiasa ada, ni lagi satu aktiviti yg kami adik beradik selalu kena buat, mencari kayu api dlm belukar.. Ada suatu-suatu masa dalam seminggu sekali, kami semua akan dikerah masuk belukar utk cari kayu api. Selalu saya tak banyak dapat buat keluar, tak pandai nk pilih.. kdg2 sebatang pun tak dapat. Ya, bukan senang nak dapat kayu yg betul2 kering dan pulak tu kena pastikan tuan belukar tu takkan pakai kayu yg mcm kita nk ambik tu.. Kalau tak mencuri lah kira...jadi darah daging.. Gelap perut kata mek. Tak da satu pun hutan yg kami masuk utk cari kayu tu, kami sendiri punya.. Dah siap kumpulkan setempat.. Ikat dgn rafia dan pakat junjung sikit sorang bawak balik kerumah, tugas belum habis habis disitu, nak masak tu kenalah kerat dan belah kecik2 dulu siap2, then mcmana saya boleh describe perbandingan proses itu dgn kita hari ini, kerana ini bukan aktiviti yg sekali-sekala hujung minggu, santai... Ini soal perut ... Berisi dgn tidak. Hari-hari itulah yg kami adik beradik cuba pastikan.. Pastikakan kayu api itu cukup utk masak2, minyak pelita cukup utk mlm2, tiub utk nyalakan api cukup.. Kalu tidak.. Silap haribulan kadang2 tu bukan kayu api tak ada.. Tapi beras yg tak der... Kerana yakin ada getah yg ditoreh belum berjual, mek menebalkan muka mengetuk rumah org malam2 meminjam beras utk pastikan anknya tidak kelaparan... bayangkan masa2 hujan.... Kayu tak boleh nak kutip siap2... Kalau habis, memang habisla, memang tak berasap la.. Nak guna arang mcm org tak mampu.. Jgn kata nk bli arang jer tak Boleh.. sgt membazir dan mahal...tak mampu dgn apa yg kami ada waktu itu.. Seingat saya mek tak pernah masak guna arang, Kalau tiba musim hujan, memang akan dipastikan stok kayu api cukup. Musim hujan mcm tu, kaum tani mcm mek , nak menoreh pun tak boleh, apa pun x boleh, duit nk beli beras dan lauk pun entah cukup entah tidak..jgn kata nk beli arang. kdg2 terdesak mek ambil upah menebas....untuk extra money. Kami semua dikerah mencari kayu api setiap masa yg terluang. Ada masa sambil2 cari kayu, mek rajin kutip pucuk paku, balik buat sayur, ada masa kutip kulat di pokok getah yg tumbang.. Itulah sumber yg Allah beri utk kami, waktu yg dia tahu masa2 org seperti kami ini tak berduit. Cuba byg kehidupan kita skrg yg sudah tak rasa susah sikit pun ... anak2 kita dibesarkan dlm serba serbi ada.. Boleh kah kita hidup jika kita kembali ke zaman itu? Anda boleh bayangkan inilah susahnya org mcm kami dulu...Sekali lagi saya nak kata, ia nampak mudah pada org yg tak pernah rasa. Kalau ands yg skrg ni balik kezaman tu, rasa masa itu baru anda faham... Panjang pulak tazkirah ni.. Cerita tak sampai mana2lagi.

Masak dapur kayu

Back tu masak tadi, memasak dgn dapur dapur kayu, rumitnya tak usah lah cakap... mula-mula nak kena bakar tiub dulu bagi dia nyala sikit, kemudian sikit sikit tambah kayu... Kalau nak pastikan api marak... Nak kena sorong kayu tu bnyk2 dan tunggu... Nk bagi api surai, kena tarik keluar...Kalau api nampak nk padam.. Kena tiup.... silap teknik tiup, buka api yg marak, tapi abu yg naik kemuka.. Saya gerenti.. ramai org skrg ni kalau tak tahu cara-cara tradisional ni, leceh...tak tahulah kalau masih ada org menggunakan tradisi ini. Cekap saya menyalakan api waktu tu, tak sampai seminit dah nyala dan boleh masak.. kakak2 saya pun tak handal mcm saya... Kalau saya zaman skrg ni bagi 1 jam pun tak cukup nk bagi betul2 nyala..malumlah pakai gasolin.. mana nak nyalanya. sebab dah lama sgt tinggal, mungkin habis semua skill dah hilang sekarang... Orang pasti tak faham kenapa saya kata rumit, hakikatnya itulah... Saya beri peluang balik rumah try, sape yg rasa handal nyalakan api pakai kayu seminit bagitahu lah .... Menyalakan dapur kayu api bukan semudah kita nyalakan dapur arang.

Habis situ cerita masak, kita go back to mandi pagi, Saya kecik2 dulu org penting, sekali sehari atleast kalau bab naik motor saya kena naik sekali sehari... Seat saya yg paling digemari, bhgian depan sekali, atas tank minyak sambil kedua tgn memegang handle. Tak tahaan.. Kembang kuncup hidung ni kena angin pagi.. K. Moh dan K.Mah, mereka berdua dibelakang. Kalau saya rasa nk duduk belakang, tmpt saya ialah mula2 sekali selepas ayah, saya kena ada org apit baru boleh dok blkg. 2 org kakak saya mengapit... sejak kecik lagi tak diajar dibonceng seat belakang.. Merbahaya ayah marah, sbb saya kecik2 dulu time mek gunting rambut pun boleh tertido,---boleh la tgk lepastu saya tetiba jadi botak ceng ..kat atas motor jgn kata apa lah...tiap2 kali mesti hanyut ..

Ke tempat Mek menoreh

Yg tak boleh dilupa, moment bila dpt naik motor dinihari mcm tu.., saya memang jrg2 dibawa berjalan jauh sikit dari rumah...Kg sebelah tu kira paling jauh lah. Masa tu, fikiran kita tak rasa dunia ni seluas yg ada hari ini.. So, itulah masa bersiar2 saya dgn motor jipang ayah. Setiap kali balik dari hantar kakak ke sekolah, ayah akan berhenti dikedai kopi utk beli kuih, saya mesti pilih yg satu tu... Nama dia kuih LEGA..memang lega dpt kuih lega tuh..mek suka saya pun suka.. Ayah pekena kopi sedas, berborak seround dua, barulah hantar saya masuk ddale getah.. mek lepas subuh tadi dh bergerak... ..dlm kebun getah mek, saya akan diturukan ke disatu point utk menunggu mek habis menoreh.. Ayah kembali ke station motor, untuk ambik passeger... Kerana apa namanya tempat itu stesen motor, kalau public transpot mcm bas, teksi ada stesen, public moto pun ada jgn stesen dia. Sambil tunggu-tunggu mek, ada satu corner, saya selalu buang masa, ikut rasa nk main apa, main belaga buah getah sorang2, tangkap belalang, tuyuk (pepatung),..Semua itu saya main sorang2...siapa lagi kawan yg ada waktu begitu, selain nyamuk dan pacat... kawan2 lain semua di sekolah tadika, tinggal saya yg masih lagi belum kenal A,B,C masa tu.. sebenar2nya ddale getah dan inilah tempat saya mula2 disekolahkan.. Saya belajar apa itu makna menjadi org susah..bersahabat dgn pokok2 getah... Pacat dan nyamuk ddale getah tak kena ckp bnyk, berduyun2..kiri kanan depan belakang, atas bawah, dah tak rasa apa2... Tmpt saya duduk tu, yg mana tempat susu-susu getah dikumpulkan dalam beberapa tangkung dan di separuh bekukan.. Sekejap lagi, mek akan mula proses memijak2 getah yg separuh beku tadi ...acara itu akan dibuat atas sekepingan zink , hanya nak pastikan supaya dia jadi leper..utk senang di mesin..... Mek 2 baldi penuh susu getah dia kandar sorang2 dia je. Jgn main2 dgn mek..... Tiba turn memijak, saya selalu kalau bab pijak-pijak ni... Saya mulalah rajin , kalau suruh kutip susu, punyalah malas, nak terbongkok2 satu pokok ke satu yg lain. Pijak-pijak sekadar nk bgi leper jer..saya cuma bagi leper sikit2.. Yg lain mek pasti bereskan. Jgn igt sesenang mana, tak kena cara, kena bebel kat mek... Kena pasti jgk dia leper betul2 mcm lempeng tuh, sebelum dia kering dan jadi beku... silap2 haribulan setongkol getah getah sekerap jadinya.. bukan sekeping getah.. Dah setel acara pijak memijak, saya dan mek akan berjalan mengandar keluar getah basah tadi untuk ke tempat memesen... Sapa ada pengalaman pikul memikul getah ni tahula... Berat weh jgn main2.. Getah yg basah2 tu... Dua tiga keping pun boleh buat lelah ternganga2 dah..mcm nk pengsan.. Dalam nk prose getah tu, mesin getah, kalau nak pusing...tenaga kena bnyk... Kalau tak cukup rrreng org kelantan panggil.. Jgn dok tebeng.. mula2 masukla ,tak sampai sekerat pancit. Kesian kt getah terkontang kanting dia kt mesin tu... Untuk itulah kenapa sebelum tadisaya dan mek akan mkn bekal yg dibawa... Semua tu kudrat mek sorang. Besarnya pengorbanan mek membesar kami.. Pohonn lemon di belakang bangsal mesin getah tu jadi saksi, setiap kali nak balik... Mek akan ambil buah dia utk buat cuci2 tangan.. bau keramat getah 10 hari 10 malam pun tak hilang. Tak percaya cubalah lalu kilang dia. Itu belum lagi betul2 pegang dia.

Bersambung..

Monday, March 16, 2009

Jumpa Nota Dari Ummi Balqis

Belek2 note list dlm pda tadi, terjumpa nota ini......... fikiran ini melayang2

Abang...I am alwes missing u... rajin2 la sms ney ekk... Ney sunyi tau abg xde.. Ney misti asek ngigau abg..cibi misti asik cari2 abg.. Tp xpe.. Ni la pengorbanan kita cari duit... Sabar aje lah kan.. Cuma, yg ney x sanggup.. Ney blk kerja.. Tp xde org kat umah.. Sedihnya...

P/s: Counting the day.

Selamat Malam Malawi!

Salam Perantauan,
Firdaus
Namiwawa,
BLZ, Rep. Of Malwi
16-03-2009

Sunday, March 15, 2009

Nostalgia rumah lama (2)

********Sorry artikel ni banyak typo. Harap dimaafkan***************

Hari ini hari ahad, hari yg membahagiakan kalau time ni abbi balqis berada di kuala lumpur. . Hari inilah, aktiviti membawa balqis dan ummunya berjalan2. Selalunya jrg saya ni nk melekat dirumah, lagipun ank baru sorang org kata, kecik lagi pulak tu.. Ada sajalah halnya nk pergi, pergi kelas, pergi study group, pergi fair, pergi library. Uh, dh lama betul tak study kt national library...sekat balqis kami lahir, waktu berjln sungguh terhad, bnyk dugaan kalau nk berjalan dgn anak kecik ...kejap dia mangis nk susu, kejap dia kencing berak...kena dgn kitaorang ni yg lemah betul dlm merancang benda2 mcm ni, kalau rasa-rasa nk pergi, pergi, tak tunggu esok dah, tidor dlm kereta pun penah, skrg jadi dh tak kisah.... Tetiba kalau rasa rajin, tercongok di kelantan, tetiba di thailand, tetiba terjongol di sepang, tiba2 dibahau. Tapi tiba di Malawi. hari seperti hari ini tiada apa beza dgn hari biasa... Krija sapa ceroh mat dehe kata.. Owh ok, ni sebelum kita kemana2, saya nk umumkan, saya rasa mcm nak tukarlah tajuk aku dan sesuatu tu kepada nostalgia rumah lama. Saya rasa tajuk ini lebih sesuai. Untuk cerita no 1 tu, belek2 dkt archive. OK?

Mek dulu2 yg menoreh mcm inilah gamaknya dia rasa.... tak tahu penat kerja siang malam. Tak ada fikir nk cuti2, nak makan lauk sedap2, tak ada fikir nk jalan2 makan angin mcm orang, even dah tua2 skrg ni pun, kalu nmpk kita beli benda mahal2 dia marah... Kerana zaman kami susah dulu seringgit tu besanyar seperti 10 ringgit pada waktu itu. Ingat lagi, saya kecik2 dulu, ada la makcik tua yg berniaga kedai nasi di simpang jalan nk masuk ke rumah kami, tuan kedai tu adalah juga tuan tanah kepada rumah yang yang duduk itu.... Rumah kami tu kita buat dgn duit sendiri setelah maksu beri kebenaran duduk atas tanah dia, selalulah dia suruh saya tolong dia beli barang kedai dia, kadang2 dapat upah saya simpan, kdg2 saya sorok hehe.. tak nak bagi mek simpan. Byk yg tak berupah dari berupah.. Kalau upah pun tak bnyk upahnya, 10 sen, 20 sen mcm tu je. Bukan saya shja yg kena kerah, mek pun selalu kena kerah tolong dia dikedai dia, tanpa sebarang upah. Kata mek... Kita hidup menumpang mcm nilah..jadi hamba org sampai kesudah, tak ditolong apa kata pulak, di tolong satu kerja kita pun tak dpt buat. Mana nk dtg duit kalau mek tak pergi menoreh masa tuh...Kalau dpt upah tu lain lah ceritanya. Tahu kenapa? Sbb dialah berasa ada hak utk guna tenaga kita tanpa bayaran kerana kita menumpang tanah dia, namun tanah be-cah itu selama ini, bukan ada dpt apa2 hasil pun semak dan tanahnya berlumpur, kalau musim hujan air naik sampai keatas rumah. Tapi tak dinafikan baik hatinya, kerana benarkan kami mendirikan rumah disitu, kami sungguh terhutang budi padanya. Kerana itu, kami dari kecik mek ajar kami jgn sekali2 mkn sebarangan buah2 kayu maksu walaupun yg buruk, yg gugur. Satunya perbuatan itu mcm mencuti, dosa, kedua nanti nanti mcm2 hal org nk tuduh kita....

Mek dulu jgn main2.. Dia pernah ambik upah panjat pokok manggis maksu tuuu...tabik spring kalu org zaman skrg boleh buat mcm tu. Cerima rumah itu penghujungnya sungguh menyedihkan, ayah dikhianati jiran sendiri, jiran itu adu domba pada maksu, kerana dimata dia nmpk skrg maksu lebih baik dgn mek... Saya lupa apa dia exactly peristiwa itu, apa dia ckp sbnrnya pada maksu, igt2 lupa... Rasanya dia kata kita buat maksu, sbb tu maksu nmpk tunduk kt kita...gitulah lebih kurang. Tak sangkalah.. punyalah baik dgn ayah sebelum ni, dtg tgk tv kat rumah saya mlm2.. mandi air satu telaga.. beerak sama bergali lubang...sama2 org menumpang la kita kata, perangai jer berbeza, dia suka laga ayam, laga anak spilar...dia pandai buat wau..... Itu satu2 kemahiran yg dia ada... nasarudin, anak dia tu yg mula ajar saya laga ank spilar. Kalu gi umh dia, ayam laga dia, atau org kmpung saya panggil ayam baik , dia akan kurung dlm serkup khas tak campur ayam lain... ptg2 kerja dia membelek2 ayam2 baik dia tuh.. akhibatnya, boleh nmpk ank2 dia mostly and about to rosak & tak boleh pakai....laki bini hidup tak tenteram, bergadunh 24jam.. Aduh, mcm2 kes nk cerita. Dia ni konon2 nk berlagak seperti tuan kepada tanah tu, dan tak sedar dia tu pun menumpang juga, tapi dek kerana kita nih orang siam, dia sedaplah bercakap. Sesusah keluarga saya, motorsikal buruk ada, tv hitam putih ada..hehe. Dia, org tmpatan lagi, ada ic la kita kata mudah, naik basikal jer, rumah, jgn kata motor, tv pun tumpang thk umh saya...waktu tu umh saya femes dikalangan org2 mcm kami.... Rumah dia satu pelik, penuh gmbr perempuan berbikini....

Menurut riwayat mek katanya suatu hari, dia beritahu ayah, demo keno pindoh dah Man, tak boleh lg duduk tumpang tanah maksu ni, ada org tak suka ke demo.. Dlm sbnr2 maksudnnya dia tuju ke maksu la yg tak suka kt kami... Sbb pada dia lebih layak jadi 'ketua penumpang tanah' di kawasan itu... Bila ayah tanya dia siapa, demo tahu ko ore tu? Dia mula2 kata ... Adalah.. Pas tu lama2, ayah lama jadi tak sabar sbb mereka dua ni kawan baik, tido sebantal lah kiranya mudah kata, tiap2 masa asyik dok ulang ayat sama je... Ayah terus cut off, kalu mcm tu, tak dok ore lain dah, mung la hok tok suka aku dok sini deh... Berbalah besar harituh, siap nak pukul2 dgn kayu, bertetak bagai. Kini dh berpululuh tahun cerita tu, ayah masih tak baik2 lagi dengan dia... Dia pun sudah disisih org, sbb perangai belaga ayam dia tuh. Tak tahu kemana membawa diri.. Sekali sekala nampak dia balik...dh tua2 mgkin ada kesedaran la.... Tapi semuanya terlambat, bini dia bercerai dan kawin lain... Menduda dia sampai ketua...

Peristiwa bertetak tu berlaku tak lama lepas adik perempuan sy lahir, ayah ambil keputusan nk enjakkan rumah kami naik keatas sikit dan membesarkan sedikit anjung rumah tu, dan jiran2 nmpk kita mcm berduit...padahal org tak kira yg dh bertahun2 rumah tu ditenggelami air... Waktu adik saya lahir tu kan musim hujan.. Apa lagi, tenggelam habis ayam itik. Tambah pulak ayah baru bercadang nk beli lembu utk bela... Lagila menjuling2 mata dia. Difitnahnya mcm2 lagi... Mentang2 kita ni org siam.., bertalu-talu air mata maksu minta maaf pada mek masa kami pindah dari situ, atas apa dia buat kt kitaorang selama ini bila sedar kami dianiaya... Tapi itulah, sekejap saja kami cuba lupakan dan maafkan.

Lagi apa yg membuat saya tak lupa rumah tu dulu, cerita burung terkukir, ayah dulu suka membela burung terkukur, cantik burung-burung tu... pagi2 ayah bangun tidur mesti agah burung tu supaya berkukur... Kru..krrruuu..krru.. Sambil petik jari... Mcm tulah bunyi lebih kurang. Pastu kumur2.. Sembur kat burung, kOnon2 bagi dia segar.... Lawak betul. Dulu selalunya memang ada pertandingan bunyi buruk terkukur... Yg galak berkukur mesti menang, sebab tu ayah setiap hari kononnya mengasah bakat burung tuh. Hehe. Mcm magic rasanya petik2 jari panggil2 dia, dia berbunyi..kur kurr..kur.kuuuuur... bestnya ayah penah ajarmcmne nk mandikan burung tu dengar sembur air dari mulut tu, tapi saya punya semburan tak sekuat ayah... Kalau saya sembur mesti lencun burung tu.. Haha.

Malam2 kami bertiga diajar mengaji.. kdg2 dgn ayah, kdg2 dgn mek.. Yg bnyk dgn mek, yg kalu nk cepat habis boleh tgk tv, mengajilah dgn ayah... Mek kalu kita malas2..selagi tak dua tiga kali baca, dia membebel.... Kalau malas ngaji saya buat2 tidur awal... Walaupun x mengntuk. Mengaji pakai cahaya pelita jerlah... pagi2 mek dkt ladang getah, kalau siang ... Dulu sebelum kilang tembakau di kg. saya terbakar, balik menoreh mek kerja kilang tembakau... Mesti mek penat gila.... Kalau tak nak Pot...pet..pot...pet... cepat2 bagi lancar bacaan. Selagi tak lancar, lagi tuh mek suruh ulang... Sampai kitaorang ni masing2... Bo eh? Bo eh mek? Maksudnya... Dah ek...dah ek mek... Haha.. Mek mmg disiplin bab ngaji quran walaupu dia buta huruf, tapi cerah hati dia kalau bab2 ibadat.

Ada lagi sambunggannya insyaallah.. Cerita kami bila musim hujan mek tak menoreh, kitaorang dikerah pergi dlm kebun getah, kutip kulat, pucuk paku buat sayur... Dah nk subuh dah ni, harus saya berhenti disini. Ilalliqa./

Namiwawa,
Rep. Of Malawi

Saturday, March 14, 2009

Si miskin itulah yang kaya

Aduh, rasa penat otak nak berhadapan dugaan ini, saya ingin mengeluh.. anda mgkin pernah berdepan dgn situasi begini, dibuat salah tak dibuat pun salah.. macamana kita ni nak mengukur kepandaian org kalau kita awal2 lagi menganggap orang lain semua tak pandai? Bagi saya semua ini karut, ada sesuatu sebenarnya kalau seseorang tu berperasangka begitu pada orang. Pertama dia pun seperti orang tu jugak. Macam contoh , kita berbangga kita sebagai anak yang baik sebab kita selalu bagi duit mak kita tiap-tiap bulan, dan assume orang lain tak pernah bagi duit kat mak dia, cerita sebenarnya ,in fact kita buat mcm tu sbb nk tunjuk kt org jelah sbnrnya. Org lain bgi skali sminggu pun x ada nk heboh2. Malangnya dia lebih2 nk tunjuk kt org... apa pesen? Entah2 org mcm tu dulu-dulu sebenarnya sama macam org lain yg tak bagi jgk.. Apa benda pun tak jadi kalau kita ni tak percaya pada kebolehan orang. Kita tak percaya sebab kita pun macam tu jugak sebenarnya. Entah, pening jugak ni nak bagi menerangkannya… nanti kalau saya ada istilah tepat saya bagitahu kemudian. Status big man tak melabangkan orang itu bijak, orang kaya ramai juga yang tak pandai… tapi sebab dia berduit orang rasa dia pandai. Mestikah manusia yang ada banyak duit dulu baru kita nak hormat? Itulah yang berlaku pada manusia seperti ini, Tak tenteram hidup kalau kita asyik nk mencari kesalahan, saya tahu kenapa manusia jadi begitu... Kerana pangkat dan tak nk tunjuk dia tu langsung tak bodoh... pertahankan kebodohan..cakap kita-kita ni mana ada satu yg boleh di iyakan.. cakap dia semua nk org yes kan... Apa benda tu. Dgn saya, org mcm ni selalunya tak lama, sumpahan org mcm kita jadi selalunya. Yang buruk lagi dh tahu tak betul, bila diri tu dh serba salah cuba sedaya upaya nk meyakinkan org lain... Masih nk tegak benang. Takleh nk ckp apa.. Yes man jerlah.

Saya cuba tak nak jadi rasis disini, tapi saya rasis dgn org mcm ini, rasis saya kerana perbuatan itu saya anggap menganiya org, menganiaya org yg dia tahu tak melawan. Lawan sikit nak ugut.. Nk buat mcm pening2 serabut.. Tapi silap, dpn mgkin tak melawan bnyk, tapi hati menyimpan. Bukan dendam, tapi berharap tuhan bagi petunjuk kt org ini. Berharap suatu hari mgkin, kita ni bila saya ker anak saya ker jadi cikgi, pensyarah, prof etc., mungkin anak2 org mcmnilah yg akan dtg tuntut markah dengan kita sebab tak cukUp point nk grad. Nak markah boleh.. Mesti saya akan bagi assignment gila2 susah kt budak mcm ni... Usaha malas harap nk membodek, apa igt mak bapak anda kaya jutawan, ada pangkat boleh beli markah, markah aku lebih mahal dari harta bapak engkau.. Cewah, saya berangan2 skejap. Hu.... Terasa jaaaaaauhnya lagi nk sampai situ..Kawan-kawan, nasihatkanlah saya ni bersabar..dan Insyaallah, saya bukan berdendam orgnya... Tapi harga kemaafan saya pada org ini bukan murah. Saya dan keluarga berdepan kesusahan dari zaman bila lagi. Tak sudah-sudah...nk dikira dgn jari tak terhitung, kita boleh lupa. Tapi sepemaaf2 org pun, jgn kta tak der sikit pun dia simpan. Tuhan pun boleh maafkan org bila dia bertaubat, dgn kita dtg mitak maaf pun tidak, apa tidak.. Mcmner tu. Persoalannya mahu ker org mcmtuh nk kisah apa perasaan kita? Orang melayu ni ramai percaya pada hadis sedangkan nabi ampunkan ummatnya. Tak ada satu pun hadis yg ckp mcm tu, hadis karut orang melayu adalah.. Dh sng2 buat dosa dgn org, harap org mudah maafkan dia. Dilema betul org kita ni.

Waktu menyudahkan entry ini, Saya di kedai alibaba membeli sedikit pizza utk trainee . Harini user training utk IT Dept kt sini dan hari ini hari pertarungan hidup dan mati saya disini.. Kemuncak segala kemuncak. Sistem akan diguna pada hari ahad ini. Mudah-han x der halangan dan boleh balik ikut jadual. Namun hati ni ttp tak percaya ia takkan sudah disitu..maka mcm lah karenah masalah problem saya nanti. Entah-entah lebih dasyat daripada yg selama ini. Tak penting dah lagi pada saya.. Biar kita ada kesamarataan antara dunia dan akhiran. Kejar yg dunia, akhirat tercicir, keja akhirat dunia kita tercicir. Perjuangan itu yg harus juangkan.



Berharap kerja-kerja saya disini selama ini mudah2an ia diberkati sahaja...tak der pangkat, harta menimbun yg ingin saya kejari... Saya ingin menimba ilmu... Cukup dengan diri kita, anak, keluarga kita diasaskan kepada ilmu dan keselesaan itu akan dtg lambat laun.. Utk insan yg bertungkus lumus cari duit siang malam igtlah, dlm konsep rezeki ada konsep keberkatannya.. Kita sering percaya rezeki itu tetap ada dan kitalah tuan yg punya atas apa yg dimiliki. Mcmna kalau esok kita sedar kita hilang segala-galanya. Rezeki kita itu belum tentu kita yg dpt nikmatnya. Mungkin ia hanya utk disampai kepada org lain melalui kita.. Tapi yg mcmne pilihan kita, rezeki berkat atau kerbat. selagimana kerja kita tak diberkati, apa yg kita kejari, kita mungkin dapat. Tapi kita tak tahu munGkin esok atau lusa tuhan tarik kesenangan kita. Pada mereka yg sudah dikaburi wang ringgit mungkin pengajaran yg kecil itu masih tak cukup mengingsafkan mereka... Maka sebab itulah tuhan menciptakan mizan utk kta. Mizan yg akan menentukan mana itu kebenaran dan mana itu kebatilan. Allahualam bissawab.



Alibaba Takeaway,
Blantyre.
2:05 PM GMT+2

Gambar-gambar fresh dipetik dari pda;








Wednesday, March 11, 2009

Dalam sixpence ada ceritanya

Memandangkan encik boss pukul 7 tadi sudah nmpk berapa kali menguap dan dh pun terlelap atas kerusinya.. Ada tanda2 awal skejap lagi dia akan ajk saya balik. Benar sungguh, dua jam kemudian dia tetiba tersedar, gosok2 mata konon2 saya tak perasan dia sudah sejam lebih tertidur. Lentok baiiik punya. Tetiba, terdengar... Jom balik ah.. Ting! Saya buat2 muka mcm mengantuk walaupun otak tetiba rasa segar. Fuh... Tak terkata bahagianya malam ini.

Cerita apa harini saya nak tulis, belum ada tajuknya lagi ni.... Insyaallah akan difikirkan nanti. Terima kasih encik mata...masih memberi ruang saya berblogging. Sambil menaip apa yg terlintas, sambil ppc ni mendengangkan mp3 yg ada, silih berganti lagu-lagunya, hingga ianya menghinggap ke lagu nyanyian sixpence none than richer, ingatan saya melayang ker zaman saya muda-mudi dulu. Back to 2 tahun sebelum, zaman tu adalah zaman ummi balqis masih dengan gaya kasut converse dan jeans jrg2 basuhnya itu. Memang ummi dan abbi balqis dulu-dulu selekeh habis... Tapi ummi balqiss dh hensem bnyk skrg, abbi hensem sikit jgk la..hehe. Ok, cerita yg tak sangka2 sekali menjelma, 2 tahun kami hanya ber aku-engkau. 2 tahun lepas tuh tetiba terjebak ke lembah jiwa-jiwa... aku-engkau pada saya sesuai waktu kita untuk menilai hati budi, aku engkau bermula dari kosong tanpa ada sebarang dihati perasaan ganjil-ganjil, rindu dan sayang menyayang dan whatsoever.. Aku-engkau memang aku aku , engkau engkau. Dan masa itu, saya belum ada rasa nk menjebakkan diri dengan dunia sayang menyayang ni, saya punya nekad kuat untuk habiskan belajar.. Saya memang pasang angan2 nk merantau ke England dari dulu. Tapi org selalu kata, bila seru sudah sampai, lari kemana pun... Akan sampai jugak.. Memang sudah lama dan jarang2 saya tak pulang ke opis waktu itu, suatu hari tu saya terima satu sms dari org yg sama tapi nadanya berbeza dari yg biasa ...bunyinya lebih kurang...." Sekarang siapa yg sombong? ."

Masa saya mengirim balas mesej apa yg patut, hari itu kena dgn hari dimana kematian arwah atuknya. Saya masih igt, dlm2 dia rasa sedih2 mcm mcm tuh pun, ada ker saya suruh beli souvenir lagi bila naik kl. Memang tak patut. Tapi perasaan tak ada yg ganjil, cuma adalah sikit timbul persoalan...curiga kerana kalau dulu-dulu, sms yg saya forward ker, sms yg "oit aper citer" pun sampai kdg2 2-3 hari baru berbalas, tapi hari itu, dan hari berikutnya, frequency sms mendadak naik..tidak seperti selalu.. Sampai hari saya mendaftar di USM bulan berikutnya, boleh rasa jauh sungguh jarak USM dgn KL... Baru duduk sehari saya rasa lama.. Dan begitulah hakikat mahabbah -(kasih sayang, cinta dan apa shja) sekejap sahaja tuhan jatuhkan benih2 itu diantara hambanya kalau dia nak... Tidak, kenapa aku berperasaan begini... hatiku rupanya masih ada di Kuala Lumpur.. Terus saya terlupa tentang janji pada diri yg dulu, dan kenapa selama ini ia tak terlintas, sampai dlm hati ni antara percaya dan tidak, bertalu2 soalan "eh biar betul. Aku-engkau-awak-saya-xxx-yyyy? Haha.. Memang nak melompat terjun bangunan rasa". Ok let finish it, memang! lagu bnyk memainkan peranan utk kita mengingatkan kita tentang sesuatu. Dan lagu Sixpence itu bukan hanya lagu, ia kisah 2 bulan yang penuh berliku-liku. Dan 2 bulan kemudian itu sahaja kami ditunangkan....Masa itu saya rasa yg wow.. It's truth...... Kenapa kita buat itu, kenapa kita buat ini, rupanya Allah dah rancang, pasti ada hubungkait dengannya.

Next topik, balqis. Apa khabar anak abbi balqis? Lama tak dgr balqis bebel atatatar.... Masih bulat lagi ker anak abbi... Minum susu bnyk2... Cepat besar. Nanti jgn terkejut tgk abbi masa jemput kt Airport... Hehe.. Malam ni langit malawi sungguh cerah, bulan mengambang penuh.. Tak ada bintang, menandakan hari esok belum tentu kering. Dulu-dulu itulah panduan mek. Malam2 sambil asah pisau toreh, mendongak kelangin takut2 esok hari hujan. Kalau kita nmpak bintang, itu tandanya esok kering.... Selalunya, itulah tanda2nya. Memori di rumah pertama dulu tu, masih ada kenangan tersimpan. Akan saya sambung cerita itu kemudian nanti insyaallah. Aku dan kenang(2) bakal menyusul.

Adik saya yg lahir tu kini sudah pun belajar di universiti. 21 tahun sudah berlalu, ada yg saya igt ..yang dah lupa pun ada.... Bukan senang utk jadi org yg berjaya hidup di negara orang yg asing bagi kita, kehidupan yg bermula dengan hanya menjadi kuli estate getah, menongkah arus kehidupan yang penuh pancaroba dan ketuanan melayunya. Saya pun rasa cabaran mcmana mencari rezeki di tempat asing seperti ini, tapi derita itu tak akan pernah sehebat yg ibu saya tanggung....saya tahu kerana saya anak penoreh getah.

Monday, March 9, 2009

Aku dan sesuatu (1)

Entah kenapa, mlm ini saya rasa berasa OK bersengkang mata menulis entry blog. Selalu klu tgh2 mlm sampai2 dirumah saja tak smpt apa2 terus tumbang... Cuaca di Blantyre kebelakangan ini dingin, hujan setiap hari. Adakala tak sanggup mandi pagi kalau air panas takder. Melalui jln depan mount sochee hotel tadi buat mata saya memandang kiri dan kanan jalan, selalunya unggas-ungas malam malawi berpeleseran disitu mencari pelanggan. Jalan itu umpama chow kit di KL, tapi malam ini lengang dan bisu dari kelibat manusia, mungkin semua unggas dh masuk sarang? Berembun dan sejuk sekali kt luar masa2 begini.

Dah 1 pagi malawi time, 10 march 2009, mata ini masih belum sudi memejamkan dirinya. Ada kenangan yang terimbau sejak petang semalam, bila terlihat keriangan kanak-kanak malawi bermain menggelek tayar kereta yg sudah tak dipakai. Dalam hati dtg terintas, ini permainan saya 20 tahum dulu. Wah bangga.. rupanya, kat sini masih ada permainan sama yg masa kecik dulu saya suka bermainnya bersama nasarudin dan mahasan, kawan yg sejiran yang mak mereka sama kerja menoreh dgn mek. Tapi syg sekali, kedua mereka belajar tidak tinggi. Kedua mereka pun ada krisis keluarga. Dan dimana pun mereka berada sekarang ini saya tak pernah melupakan kenangan saya , mereka dan permainan itu. Permainan itu memang pada waktu itu dilabelkan untuk ciri2 kanak-kanak yg tercicir & tak ada harapan dlm pelajaran. Tapi saat itu, itulah permainan yg menggembirakan hati saya dan kawan-kawan senasib.. Cuma saya ini tidaklah secekap mereka berdua menggelek tayar ditempat yang banyak-banyak korner. Bukan senang beb, sape pernah main tahulah.... Permainan dia dgn menggunakan sebilah kayu utk putarkan tayar tu... Sunguh adventureous. Saya banyak kalah dalam bnyk permainan dengan mereka ni, mereka cukup hebat dlm permainan senapang patah (saya tak ada), melastik burung, tahan pukat, laga anak sepilar, kalu bulan puasa juara mercun spark plug. Salah mana sgt melastik burung, main gelek tayar bagi utk budak2 mcm kami yg tidak ada brick game, dam ular, saidina utk di main. Geng2 gelek tayar dan lastik burung selalunya dilabelkan budak tangan panjang sbb kemiskinan ibubapanya.. Mak bapa yg rasa diri dia kaya tak suka bagi anak2 dia bergaul dengan geng ini takut anak dia sama terjebak tgn panjang kononnya. Jadi kalau saya hendak berkawan dengan anak mereka saya harus tinggalkan geng mahasan dan nasarudin. By that time, no way..

Saya tahu tinggi mana taraf sangat mereka nak ckp kawan2 senasib dengan saya itu tak ada masa depan... entah2 anak mereka yg tak jadi apa. Hingga mek pun takut nak bagi saya berkawan kdg2 tuh... Takut dipandang negatif pada org2 kaya. Saya tetap berkawan..Main wau, bidas burung, main gurah, main neting, gelek tayar. Mungkin mereka ni agak nakal sedikit tapi tidak keterlaluan seperti yg org ingat, orang hanya bila kerana org itu tak mampu, miskin, papa terus kaitkan dengan benda negatif, mcmner org seperti itu nak jadi baik dimata orang? Tak jahat pun org ckp jahat jgk.. Kalau dia tak fikir panjang baik jadi jahat terus.. Secara tak sengaja org itu mewujudkan perasaan dendam dlm hati kanak2 ini. Pada dia mgkin suatu hari dia akan membalas, kalau tak utk dia, utk kawan2 dia... Walaupun kawan dia tak suruh.

Kembali semula pada permainan tadi, ia jadi permainan petang2 saya kerana hanya permainan begitu yg mengiburkan hati org seperti kami waktu itu, 80an. dan biar jijik perspeksi di mata orang, agung dimata saya dan kawan-kawan. Hey kawan, jgn lupa yg kanak-kanak kecil seperti saya & mereka ini pun punya hati. Ada lagi satu tempat yang selalu saya kenang sampai kini, dulu-dulu belakang rumah saya itu, ada sawah padi yg orang dah lama tak diusahakan. Kami panggil dia becah..ejanya be-cah. Kat situ ada banyak ikan2.. Ada satu anak sungai....tempat saya dan kakak-kakak mandi manda. Kecik-kecik dulu, waktu malam rumah kami tak der elektrik mcm org dan rumah itu terpeosok jauh dari orang.....saya berjiran dengan nasarudin yg sebaya dengan saya. Rumah kami pakai pelita sahajalah. Malam2, kalau bulan mengambang, terang benderang halaman rumah. Saya, mek, kakak-kakak, ayah suka ambik angin atas pangkin depan rumah kalau bulan terang. Tapi side belakang rumah tu malam-malam takut kalau nak kena turun 'ben-rak'. Dulu-dulu kawasan kejiranan kami tu, org2 mcm kami masih ramai yg tak mampu ada jamban... konsep gali dan kambus. Kadang-kadang time tengah dh syok2 meneran ada anak jiran2 yg suka mengusik tetiba tercongok kt belakang dgn lampu suluh menyuluh muka dia. Hadui kecut perut...berkebok cabut lari naik atas rumah. Tak dan nak basuh berak.. Maklum kita nih budak sangat lagi... Tak der saper nk teman, penakut. Tapi kadang2 k.mah suka temankan....dia tu pun penakut, turn dia saya jugak teman dia..dia pun pernah kena org tetiba dok belakang suluh lampu kt muka. Huuu.... Takut gila. Selalu peranan peneman dia kena tolong pegang pelita. Diri sendiri bawak cangkul dan gali. Kecik2 dulu ayah tolong galii... Hehe tak larat angkat cangkul. Gali kena dalam2... silap2 aribulan terpijak taik sendirik. Lepas tu di rumah tu, kalau bangun pagi2 semua pakat korek hidung, sebab asap pelita tu buat hidung jadi hitam. Saya dan kakak-kakak suka check hidung masing2 sama2, dah cek masing2 banding saper lagi hitam.. Syukur saya dpt rasa zaman susah itu dan boleh cerita hari ni.

Lagi satu, belakang rumah ada pokok jambu kayu...yg biji dia warna pink kalau masak. Pokok tu jadi sumber kepada saya menyanyi2 diatas pokok menghibur hati... K. Mah & k.moh suka buat port bawah rumah dengan permainan masak2 dorang yg kadang2 saya pun jn sama. Waktu Mek pergi menoreh, k.moh yg menjaga kami berdua. Kadang-kadang kami bertiga ikut mek & ayah menoreh. Tak buat apa pun, cukup masa melantak nasi yg mek bungkus dlm tupware..... Seronok betul time mkn bawah pokok getah. Saper pernah rasa feel tu, memang tahula.. Dengan tgn mek yg berbau getah.. Gaulkan makanan dan suapkan utk saya yg mengada2, takkan dpt rasa dh feel tu harini.

Tapi yg best, antara rumah jiran yg kt situ, rumah saya jer ada tv, zaman tu zaman hitam putih ada lagi.... Nk pasang kena sambung pada bateri. Sila sambung meletop tv. Ha... Ni lagi satu benda yg org jarang dpt rasa. Mlm2 jiran2 semua pakat bertenggeg kt umh saya nk tgk cerita.. Hehe... Happenning, mcm panggung wayang jadiknya. Layan sampai habih siaran. Kalau musim ada wayang gambar, ayah akan bawak kami sekeluarga pegi tgk, cerita hindustan lah selalunya. Wayang gambar dulu2 tu yg mcm screen lcd skrg ni... RTM time2 akan dtg tayang kt tgh2 padang tgh2 mlm... Macam pesta malam tu kg bukit bunga. masing2 berhimpun tgh2 padang. Itu cerita wayang..

Musim tengkujuh, 1988, lahirlah seorang adik yg lama saya idamkan, sy sudah 6 tahun waktu tuh... waktu tu, cukup sedih... Mek baru beranak, banjir, keliling rumah penuh air. Tak bergerak kemana. Kerja apa pun tak boleh buat sbb hujan.. Makan saja apa yg ada. Ikan darat (sungai) bnyk......yg sya igt mkn daging busuk yg diperap lama dlbotol. Itu mknn terdesak kami. Mek apa lagi, sengaja tidak mahu pergi klinik, sebab kami mmg tak ada duit. Lagi2 tak ada kerakyatan... Mek sanggup dimaki oleh bidan kerajaan, asalkan dia dpt beranak dekat rumah. Bagi Saya org nak senang kerja dia tanpa kira kesusahan org memang bullshit. Saya sendiri sabar menunggu mlm tu, bidan kampung (arwah) yg membidankan mek sungguh penyabar. Semoga Allah balas kebaikan dia...Bintang-bintang bergembira malam itu, seperti juga saya. Rasa dunia terang dan luas dgn kehadiran seorang adik yg ditunggu selama ini.. Gembira, teruja, saya kini sudah ada seorang adik....perempuan. Lalu itu saya bergelar abe hingga hari ini.

Jauh sudah perjalanan hidup ini, jln yg penuh beranjau saya lalui... bertalu2 air mata kami mengiringi perjalanan itu. Tak kan pernah saya lupakan.

4:09Am
Namiwawa,
Malawi

Friday, February 27, 2009

Mustahilkah ini?

Nampak orang yang berdiri dalam gambar tu? Itu bukan saya, tapi saya mengkagumi orang itu. Terbayang, saya duduk didepan itu, dengan ilmu matematik penuh didada. Wah! Jauhnya pikiran ini melayang malam ini. Saya mengimpikan suatu hari nanti saya akan duduk di situ.

credit : wikipedia
P/s : Dream is possible - faizalondon.blogspot.com

Mr Naked Chief versi Abbi Balqis

Salamalaik to my dear readers, ops... readers? Apa ramai sgt ker yg baca blog saya ni... But anyway, ramai tak ramai...tu apa ada hal. Kita semua maklum, this is not commercial punya blog.. Tulis syok2 sendiri jer.. Kalau tak der org baca tak semestinya kita tak payah menulis. Dlm dunia blogger, semua org ada pendapat sendiri kenapa dia menulis. Org mcm saya, walaupun tak der apa sgt nk tulis apa, yg penting saya ada space utk berinformation exchange dgn anda.

Hari ni, user training mula lepas jumaat, adalah masa sikit utk tenung2 blog. Training harini dah masuk hari keempat. Semuanya lancar... Esok ada setengah hari training. Ahh.. Penatnya.. Balik rumah tadi elektrik pulak tak de.. haduh tension2. Saya dah lama tak bercakap pasal politik. Kat sini mcm2 dah saya dengar, mcm cepat je semua benda berlaku. Dalam sebulan saya kat sini, mcm2 benda aneh yg berlaku kat Malaysia terutamanya jenayah politik. In fact, buatlah mcmana taktik sekalipun, rakyat Malaysia tidak sebodoh yang disangka Najib.

Politik malaysia makin hari nmpk makin celaru... Kacau bilau habih sakat isteri rosmah nak jadi PM. Politik kotor mcm tu kalau berterusan, boleh buat negara hancur... Senang cerita saya nak kata kat sini, jom tengok semula kegemilangan Islam dulu, sistem kita sistem terbaik. Islam itu ada sosialnya, ada kebajikannya. Orang silap bila mat saleh labelkan islam dgn ekstrim...kita pun terikut sama, kdg2 tu org kita sendiri tak suka cara pak2 lebai, alim ulamak kita. Negara kita dh ada capable utk jadi maju, tapi kerana kita dah terjerumus kepada krisis kepimpinan yang mcm ni, yg sibuk kata nk perjuangkan melayu sgt tu tak de pun sibuk mana, sibuk nak isi poket ada la... itu parti tu punya hal lah. Yang kita ni, apa punya ‘bongggok’ manusia mcm ni, nak kaya.. ada cara dia...usahalah, memalu kan betul. Org kita ni, pantang org hulur duit.. tengoklah kalu time mengundi kt kampung saya, dpt kain batik sehelai pun sengih, gula sekilo pun sengih.. bnyk org igt duit tu segalanya, habis rosak dunia ni.. kalau boleh kepercayaan kepada tuhan pun dia jual agaknya.. Kita inilah masyarakat yang dah menjurus kepada keruntuhan moral agaknya, kecik2 lg dok sangat bg mkn anak dengan duit rasuah, lama-lama, cucu cicit kita membesar dgn hasil yg tak berkat. Org mcm ni hidup dia rasa mcm takkan mati... rasa lambat je lagi nak mati.

Ok, politik biar la politik. Krg panjang2... susah nak stop. Anyway, ada satu benda nak bagitahu. Anda pernah dengar perkataan RTFM? Harini mungkin anda akan tahu apa itu RTFM.. benda ni tak asing bagi developer mcm saya. Or mungkin sedikit asing bagi anda. Untuk tak nak kena RTFM, saya tak akan ambik risiko untuk tanya org benda common2 simple kalau melibatkan kerja. Sebab apa, orang teknikal selalu rajin mencari sendiri benda2... jangan lah nak cuba2 tanya benda bodoh, karang kena balas dengan RTFM. Bagi mat salih cara tu sangat sopan berbanding bagitahu terus terang. Anyway, mari tengok apa yang wiki kata tentang RTFM. Kalo orang lain cakap RTFM jangan pulak sengih ingat dia puji kita. OK?


RTFM is an acronym for the statement "Read The Fucking Manual". This instruction is sometimes given in response to a question when the person being asked believes that the question could be easily answered by reading the relevant "manual" or instructions. It is also used to tell someone to try to help himself/herself before seeking assistance from others


Apa guna, jadi developer kalau tak tahu short form2 ni, ada lagi… ni contoh2 nya

· STFW ("Search The Fucking Web")
· GIYF ("Google Is Your Friend")
· JFGI ("Just Fucking Google It")
· UTSL ("Use The Source Luke")
· RTFA ("Read The Fucking Article")

http://en.wikipedia.org/wiki/RTFM

Anda pun kalau tak nak kena JFGI kenalah banyak2 google kalau nak tahu sesuatu.

Finally, let me show you something yang berlaku kat dapur rumah saya last week… kalau sempat catch gambar tu maknanya, saya sorang2 la kat rumah tu. Saya bangun awal pagi tu, ada masa lebih sikit, tak de idea nak masak apa sebenarnya, Cuma terfikir untuk berbuat sesuatu.. Memula kalau nampak tepung tu, saya nak buat lempeng.. tapi memandangkan saya baru teringat ada belen nasi semalam, terus tukar plan nak menggoreng nasi pulak. Nama menu hari itu ialah Nasih Goreng Campak-campak. Therefore, marilah tengok2 step by step mcmana the campak-campak di kerjakan...


Note : Sekali tengok mcm blog masak-memasak gituh, gambar ni sebenarnya bertujuan nak eksen kat ummi balqis. Heehehe.. jangan jelesiii OP disini telah menyamar jadi tukang masak skejap!! Hehe.. Jom tengok Abbi balqis kita, apa dia buat.








P/s: Naked chief sbb memasak dengan memakai boxer. Dok sorang2 takpe tak dosa. Okay. Hehehe…