Feeds RSS

Saturday, March 21, 2009

Kita yang berpuak atau kita yang di diskriminasi?

Sudah pukul 3 pagi, baru balik dari opis tadi, time merebahkan kepala ke katil. Tadi di opis saya dh terlelap dekat sejam jgk la.. Mengantuk tak tahan, dh la skrg ni musim hujan, rasa mcm nk tdo jer... Ekon sini bukan sejuk yg so-so.. Ekon bilik server lama TNM, tghri saya pun boleh menggigil kalau x pakai jaket kdg2, Sampai umah saja terus mata segar. Apa cerita hari ini. Ada sdikit ni, pasal adik Nik Nurmadiah pelajar terbaik SPM 20A (19A1, 1A2) baru-baru ni. Tahniah la adik madiah dari abe walaupun kita tak kenal, sbg anak kelate yg ada jatidiri dan samo keluare sekoloh YIK, sero degha bulu roma tgk dale harakahdaily barunih. Bangga sungguh sungguh ni..braso nok nok nocak denga... Ore klate kita patut bangga dgn kehebatan ilmu yg dimiliki bukan bnyk mano pitih kita ada. Nasib baik ore afrika sini tok kenal negeri kelantan kita dik. Tok tahu nok royak ko demoni lagumana, ore susah mace saya, adik pun mampu berlawan dengan ore bandar hok sene serba serbi. Ummah kita akan kuat kerana ramainya manusia berilmu mcm adik. Saya yakin adik akan jadi sesorang bila grad nanti.

Oleh sebab, saya ni seorang anak negeri, dan sgt bangga jadi org kelantan, bukan kerana nak assobiah atau berpuak seperti tohmahan org luar, bukan terlalu nak bangga dgn kepadaian org2 mcm madiah ni shja tapi, bangga sebab kita ada keunikannya. Tak ada negeri lain yg dlm usaha membentuk rakyatnya berkeperibadian agama, hidup dalam prinsip amal makruf wanahi anilmunkar pada saya kecuali ia d ibawah sistem pemerintahan gerakan islam mcm PAS dan parti2 yg serius memperjuangkan pembentukan negara islam. Semua negeri yg lain2 skrg ni institusinya pentadbiran bnyk yg punah ranah kerana dgn adanya bnyk islam-islam klon. Banyaknya org ini rasa dia sudah cukup islam bila dia pandai mengucap, bersembahyang 5 waktu, puasa cukup sebulan, naik haji .. Tapi dlm bab dosa dan pahala tiada rasa apa2.. Bukan kerana tak ada khabar Allah yg
sampai, tapi hati tidak teguh untuk melaksanakannya cara islam yg adil dlm berpolitik, ekonomi, rumah tangga.. Rakyat dibawah pemerintahan Islam klon ini sengaja bawa kearah kemungkaran, program hiburan malah kalau boleh nk terbanyak di dunia.. kerana bimbang kalau rakyat banyak fokus dan berpengetahuan agama, sokongan pada mereka turut jadi lemah. Susah kalau nk ckp, terutama bila fulus sudah didepan mata, org yg berpengetahuan pun takut2 nk ckp kt boss dia kalau boss dia buat salah, semua ya dan angguk...durjana sungguh manusia ini, menyorok kebenaran yg Islam bawa, seolah dia mengzalimi diri sendiri.

Untuk yg tak tahu lagi la, ni saya nak bagitahu, bukan sahaja tahun ini sebenarnya kelantan jadi juara dalam SPM ni, tahun sebelum sudah pun sama, kelantan pelajar sekolah agama Maahad dekat kelantan juga yg terbaik, Siti Fatimah nama adik tuh, tapi langsung tak dpt liputan media, yg mendapat jolokan oleh kementerian org diluar kelantan, atau siapa nama dia, Amelina?. Mungkin program dia salah kira sampai 17 dan 18 pun tak boleh beza mana lebih besar. Ini kerja2 menteri pendidikan kita, kemaruk dengan kuasa, bios pada org-org UMNO sahaja, sampai institusi ilmu sanggu di perdagagangkan oleh org2 tak bermaruah mcm ni. Jadi , sayA nk bagitahu ini.....tak salahlah kalau saya bios pada org Kelantan. Umno bole hina lupa org kelantan yg pandai2 sebab di Kelantan PAS yg memerintah, atau kerana yg bijak tu dari sekolah YIK, sekolah agama negeri? Dahla begitu rupa kita ni dihina, keputusan SPM pun sengaja diperlambatkan di beri pada sekolah YIK.. Sekolah yg umno kata mendidik ideologi PAS, owh kalau begitu, mengaji sains disekolah YIK itu org pas, bolehlah kita kata org mengaji sains kt sekolah aliran kebangsaan semua org UMNO? Kalaulah yg pandai tu dari sekolah lain dari bawah kerajaan ngeri kelantan mcm Amelina umpamanya, entah berapa minggu entah bakal keluar masuk tv tu. Tapi hairan, bila tahun ni adalah kluar surat khabar jugak pasal kelantan, mungkin inilah sebab PRU baru ni kalah teruk.

Banyak orang kelantan ni sangat anti Politik perkauman UMNO, PAS siap kata tak boleh bersahabat dengan UMNO, haram undi UMNO. Betul jugak tu. Tapi orang UMNO ada juga yang baik... cuma dalam politik , dia kurang matang . Bual lebih, penakut banyak :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen dan pandangan dialukan.