Feeds RSS

Friday, January 23, 2009

Salam dari Blantyre

Salam sedingin bayu Blantyre,

Saya hari ini sebnarnmya dah masuk hari kedua disini. Anyway this is my short update. Harapnya saya ada masa unduk update yang panjang selepas ini. Bertolak dari KL puku 1.10 pagi, dan sampai tepat-tepat pukul 5:30 pagi waktu south africa (11.30PM waktu malayia. Sesampai saya di sini, dunia terasa asing sekali, rasanya semalam saya dikelilingi orang berkulit sawo matang... diafrika dunia saya dikelilingi kegelapan orang afrika. Tapi not all yang berkulit gelap, ramai sangat orang south africa banyak yang berasal dari britain dan menetap sini. Ada sorang staff africa airport yang jaga kaunter gate tu, sungguh putih melepak n purely mat salih bermata biru. Aduh... sekali tengok hilang perasaan mengantuk jetlag saya.

Sampai sahaja di Joburg (short pronounce for Johannesburg), airport dia sungguh besar dan canggih... jangan cakap apa la.. lebih kurang sama jugak macam KLIA kita. Mencari telepon public untuk telefon ney, sempat saya berkenalan dengan orang dari madagascar. Ayat dia pelik sket... Cuma masa di kaunter utk ambil boarding pass ke Blantyre, imigresen dia mcm tak friendly, muka ketat. Once dah ok semua, baggage pun dah ok, saya turun ke bawah sementara menunggu kapal... sempat juga saya membeli akhbar tempatan. Sebanyak 10 USD saya keluarkan dari purse, dan baki dipulangkan dalam matawang south africa. Saya belinya kerana tertarik nak baca pasal Obama yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden US. Sejurus saya menunggu di gate.. tertidur.. nasib baik tak terlepas flight.

Sebaik sahaja kapal SAA mendarat, saya dan saya yakin few visitor yang macam saya teruja dengan pemandangan gunung ganang disini. Menarik... dan besar2 gunung kat sini. Sesampai di Blantyre, untuk info, kawasan ini adalah kawasan tinggi, lebih kurang 1500kaki dari paras laut, negara dia penuh dengan gunung-ganang, scenarionya amat cantik disini, orang mengayuh basikal, lepak-lepak tepi jalan, kedai-kedai dia kecik-kecik, the best thing gunung ganang dia... tak boleh challage kat tempat lain kata En Onn... terutama antara yg terbesar di sini pergunungan Mulanje. Kerana kecantikan gunung mulanje itu, En onn sanggup membeli lukisan kanvas dari seorang tua yg dtg ke meja kami sewaktu makan di kedai yg berharga 22000 kwacha (150USD) sebagai kenangan africa katanya.

Bagi saya afrika adalah memang satu tempat yang mendamaikan.. Suatu ppemandangan kita takkan dapat lihat lagi di malaysia. Bumi dia masih fresh.. Orang-orangnya masih melakukan aktiviti secara tradisional.. belah papan guna gergaji contohnya... Orang disini kebanyakan masih ada lagi yg kerjanya kena perlu berjln kaki sejauh beratus km setiap hari... Sewaktu sampai, saya melihat ramai mereka membawa seguni arang diatas basikal dan berjalan kaki menolak basikal. En on memberitahu, ramai yang bekerja menjual arang secara haram, mereka akan mengayuh basikal sejauh 50kmtk ke destinasi pembakaran arang dan akan sampai semula ke blantyre keesokan petangnya. Cukup menginsafkan saya...

Ok.. sampai disini dulu. Saya belum boleh transfer gambar gunung dibelakang rumah saya. Tak dapat nak transfer sebab laptop ni tak ada memory card reader. Once availabe, I'll share betapa cantiknya bumi Malawi ini.

Salam,

Firdaus
Livingstone Building,
Blantyre
Malawi

2 comments:

fati said...

huuu.. sila, upload cepat.. xsabo nak tgk nehh.. :D

Sharina Sharudin said...

caner nk jd follower abe??

Post a Comment

Terima kasih, komen dan pandangan dialukan.